* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Ahad, 15 Mei 2011

Salam Hari Guru 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran dan ketaatan kepada Allah SWT, Si Kerdil dengan penuh rasa rendah diri melahirkan rasa kehambaan yang tidak terkira ke hadrat Ilahi atas nikmat kurniaanNya.

Si Kerdil merakamkan ucapan tahniah kepada warga guru yang telah banyak menabur bakti memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak permata Mersing dan dimana sahaja amanah sebagai pendidik itu dicurahkan.

Si Kerdil juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing kerana telah berjaya menganjurkan Program Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing pada 12 Mei 2011 (Khamis) jam 7.00 - 9.30 malam di Masjid Jamek Endau.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan guru yang berkesempatan dan merasa bertanggungjawab untuk sama-sama mengimarahkan serta hadir ke majlis tersebut.
Bagi rakan-rakan yang belum ada kesempatan tersebut, carilah ia, berusahalah untuk itu, kerana ia amat bernilai bagi seorang guru. Kerana kalau bukan kita... siapa lagi?

Amat malang juga, sekiranya ada rakan-rakan guru yang tidak pernah hadir ke majlis-majlis seperti itu tetapi sebaliknya berlumba-lumba hadir ke majlis-majlis lain.

Suka diingatkan juga bahawa sambutan Hari Guru pada tahun ini akan dibuat seperti butiran di bawah :

1. 16 Mei 2011 - sambutan peringkat sekolah.
2. 16 Mei 2011 - sambutan peringkat kebangsaan (Sarawak)
3. 19 Mei 2011 - sambutan peringkat negeri Johor (Kulaijaya)
4. 26 Mei 2011 - sambutan peringkat daerah Mersing (SMKUH)

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata :

" janganlah kamu menjadi ulama (cerdik pandai atau guru) yang sombong. Maka tidaklah cukup ilmu itu dengan kebodohanmu".

" ahli ilmu yang sebenar sentiasa berasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berusaha menambahkan ilmunya secara berterusan " - Dr. Tajul Arifin Abim.

Antara panggilan-panggilan kepada guru adalah seperti berikut :

1. al-Mu'allim : menyampaikan ilmu yang sebenar.
2. al-Murabbi : menjayakan proses tarbiah (pendidikan)
3. al-Mu'addib : mengajar adab budi dan sahsiah.
4. al-Mudarris : mengajar pelajaran dan kemahiran.
5. al-Mursyid : membentuk kepimpinan Islam.

' Walaupun satu kalimah yang diajarnya, dia adalah gurumu' - Peribahasa Arab.

SALAM HARI GURU... MOGA SEMANGAT DAN KOMITMEN SERTA RASA KEBERTANGGUJAWABAN KITA SENTIASA MEKAR HINGGA KE LIANG LAHAD....

TERIMA KASIH CIKGU.

Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan