Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 23 Jun 2011

Tazkirah : Kita tidak boleh lari daripada percakapan manusia.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah.. kali ini Si Kerdil ingin berkongsi kisah Loqmanul Hakim untuk pedoman serta peringatan kita bersama.

Kisah ini sering kali Si Kerdil sebut dan ceritakan dalam siri perjumpaan, mesyuarat dengan warga pendidikan Mersing. Tak salah kan.. kalau ianya diulang bicara berkali-kali... demi penghayatan kepada konsep tazkirah dalam Surah Al-Asr.

Diriwayatkan oleh para tabi'in bahawa sebuah kisah Luqmanul Hakim berjalan bersama anak lelakinya berserta seekor keldai peliharaannya.

Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya :

"Anakku, kita akan melintasi 4 buah pekan yg berlainan. Maka perhatikanlah apa yg diperkatakan oleh para penduduk pekan..."

Pekan Pertama

Luqmanul Hakim berjalan kaki manakala anak lelakinya pula menunggangi keldainya. Tatkala memasuki pekan pertama, telah berkata para penduduk pekan tersebut "Alangkah teruknya si anak muda itu!! Dia telah membiarkan si tua itu berjalan kaki, manakala budak muda itu pulak menunggang keldai. Apakah anak itu tidak takut balasan Allah terhadap anak derhaka?? Kejam sungguh anak muda itu!!"

Pekan Kedua

Oleh kerana kritikan penduduk pekan pertama, maka Luqmanul Hakim pulak yang menunggang keldai, manakala anaknya pula berjalan kaki. Ketika mereka melintasi pekan kedua, berkata pula para penduduk pekan tersebut :

"Alangkah kejamnya si bapak budak itu. Dia membiarkan anaknya itu berjalan kaki manakala dia pula bersenang lenang menunggang keldai. Tidak ada perasaan kasihan langsung! Malang sungguh anak itu."

Pekan Ketiga

Disebabkan kritikan penduduk pekan kedua, maka kedua anak beranak itu membuat keputusan untuk menunggang keldai mereka bersama-sama. Ketika melintasi pekan ketiga, telah berkata para penduduk pekan ketiga :

"Alangkah kejamnya mereka terhadap keldai itu. Mereka sudah tahu keldai itu membawa barang, lalu dibebani pula dgn mereka berdua. Mereka adalah manusia yang tidak berhati perut langsung!! Kejam terhadap binatang!!"

Pekan Keempat

Untuk mengelakkan mereka dikritik, Luqmanul Hakim dan anak lelakinya memutuskan untuk berjalan kaki bersama-sama beserta keldai mereka. Apabila memasuki pekan terakhir, telah berkata para pendudk pekan keempat :

"Alangkah bodohnya mereka itu. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan keldai untuk tunggangan? Sesungguhnya mereka berdua adalah orang yang bodoh dan tidak pandai menggunakan nikmat Allah".

Sesudah itu, berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku, perbuatlah apa yg pada kamu rasa ia adalah terbaik bagi kamu selagimana ianya tidak terkeluar daripada landasan syariat kerana sesungguhnya manusia ini penuh dengan syak wasangka yg buruk".

"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"

" Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan selain hanya kepada Allah SWT sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap perkara."

Pengajaran :

Kita sebagai manusia makhluk yang lemah sentiasa diperhatikan oleh orang lain.. Sudah tentu pemerhati utamanya adalah Allah SWT... kita juga sentiasa diperhatikan oleh musuh mahupun kawan. Corak pemerhatian dan persepsi mereka adalah berbeza kerana keunikan nikmat akal yang Allah anugerahkan kepada manusia.

Kemahuan, keperluan serta kepuasan mereka juga berbeza antara satu dengan yang lain.
Seorang pemimpin atau pengikut atau sesiapa sahaja adalah sukar untuk memuaskan hati semua orang. Pasti ada ketidakpuasannya... Mungkin juga tindakan dan niat kita yang baik disalah ertikan atau sebaliknya.

Justeru.... buatlah pertimbangan dengan iman, ilmu dan akal yang waras . (bukan mengikut hawa nafsu dan syaitan).

Si Kerdil mengajak diri ini dan rakan-rakan pengunjung agar sentiasalah beramal dan menghayati konsep tazkirah yang disebut secara jelas dalam surah Al-Asr. Pesanan dan peringatan tersebut perlu diiringi dengan kesabaran serta kebenaran. Ini agak sukar sebenarnya untuk diamalkan kerana kita berhadapan dengan pelbagai kerenah, watak dan aras manusia.

Kembalilah kepada pegangan agama kita.

Sehubungan itu.......Si Kerdil memohon kemaafan atas silap salah, atau tindakan (sedar ataupun tidak sedar) Si Kerdil yang tidak disenangi oleh rakan-rakan pengunjung terutama guru-guru dan warga pendidikan Mersing semasa perkhidmatan Si Kerdil di bumi Mersing ini. Si Kerdil hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Moga warga Mersing sentiasa cemerlang. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan