Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 21 Julai 2011

Tazkirah : Hmm... Hari Jumaat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Al-Hamdulillah, .. Kali ini Si Kerdil ingin berkongsi cerita pasal Hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari. Banyak perkara yang berlaku pada Hari Jumaat sebagaimana disebut dalam beberapa hadis Ar-Rasul SAW...  Ia merupakan hari pertemuan dan hari pernikahan :


1. Padanya berlaku pernikahan Nabi Adam AS dengan Siti Hawa.
2. Padanya berlaku pernikahan Nabi Musa AS dengan Shofwara'.
3. Padanya berlaku pernikahan Nabi Sulaiman AS dengan Balqis.
4. Padanya berlaku pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Khadijah RA.
5. Padanya berlaku pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Aisyah RA.
6. padanya berlaku pernikahan Saidina Ali bin Abu Talib dengan Siti Fatimah RA.
7. Padanya juga dijadikan Nabi Adam AS...
8. Padanya juga dimatikan Nabi Adam AS...
9. Padanya juga ummat Islam berkumpul di masjid bagi menunaikan SOLAT FARDHU JUMAAT.
10. Padanya juga digalakkan mengadakan majlis ilmu dan tazkirah serta ibadah yang lain.
11. Padanya juga dijadikan dunia ini...
12. Padanya juga akan dimusnahkan dunia ini....(Kiamat)
13. Padanya juga dibuka pintu taubat dan keampunan.
14. Padanya juga dilipatkan gandakan ganjaran oleh Allah SWT... dll.


Padanya juga dinasihatkan dijadikan CUTI UMUM bagi memberi peluang kepada orang Islam beribadah dengan tenang secara berjemaah.  (SOLAT JUMAAT) berbanding ketenangan yang diberikan kepada pihak lain bersembahyang pada hari Ahad.


DAN PADANYA JUGA KERAJAAN NEGERI JOHOR MENGARAHKAN SEMUA JABATAN KERAJAAN MENGADAKAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN SEBELUM MEMULAKAN TUGAS-TUGAS LAIN. (TERMASUK JPN DAN PPD)


DAN PADANYA JUGA MESYUARAT PAGI , DAN MESYUARAT MINGGUAN PPD BAGI PEGAWAI DAN STAF DIADAKAN SETIAP MINGGU SEBAGAI SATU WADAH PERKONGSIAN MAKLUMAT PELBAGAI BIDANG.


PADANYA JUGA SESI TAZKIRAH DIADAKAN SELEPAS PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN UNTUK MUHASABAH BERSAMA. 
Surat pemakluman, memo, peringatan secara lisan, notis di papan-papab kenyataan, tepi lif, hebahan dalam portal dan sebagainya  sering dibuat bagi mendapatkan perhatian serta penyertaan  semua pihak. 


UNTUK TUJUAN ITU JUGA... KEPUTUSAN DEMI KEPUTUSAN TELAH DIBUAT DALAM PERBAGAI MESYUARAT JK-JK DI PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH AGAR HARI JUMAAT INI DIBEBASKAN DARIPADA AKTIVITI LAIN SAMADA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI. HATTA SATU KETIKA ... PEGAWAI DAN STAF TIDAK DIBENARKAN BERCUTI PADA HARI TERSEBUT.


SOALNYA :


Apa yang berlaku pada hari Jumaat?


1. Ramai yang tidak bersolat Jumaat kerana kekangan mengejar waktu bekerja... begitu juga murid-murid kita yang tergopoh-gapah.. berkejar-kejar...pergi dan balik sekolah.. Pernah satu ketika dibuat kajian tentang BERAPA RAMAI PELAJAR KITA YANG TIDAK SOLAT JUMAAT? Dan... dapatannya telah dihantar kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya.


2. Berapa ramai juga muslim yang hilang fokus dan konsentrasi mereka kepada ibadah sekurang-kurang waktu solat Jumaat kerana mengejar masa dan dihambat bebanan kerja yang mendesak.


3. Akhir-akhir ini, begitu banyak program dibuat pada hari Jumaat sehingga menafikan keputusan-keputusan mesyuarat sebelum ini.. Sendiri buat dasar, sendiri langgar.


4. Malang sekali sekiranya ada orang yang tidak  pernah hadir Program Membudayakan Al-Quran dan Perkongsian Ilmu setiap hari Jumaat sebaliknya sering kali mencari dan membuat alasan...


5. Malang sekali sekiranya ada pihak yang sengaja melarikan diri atau tak ambil tahu atau tak ambil peduli atau sengaja melarikan diri atau tidak ada niatpuan atau tidak ambil hal atau tidak kisah atau tidak menyokong atau tidak menghargai usaha dan sumbangan rakan-rakan yang berusaha membuat pengisian program tersebut.


6. Amat malang kalau ada yang tidak pernah hadir.


7. Kesian juga melihat rakan-rakan yang begitu patuh dan jujur kepada sesuatu keputusan yang dibuat... dihimpit oleh kerenah rakan-rakan lain yang tak pernah kisah..


8. Kesian melihat rakan-rakan yang menganggap perjumpaan pada hari Jumaat amat penting bagi membuat sesuatu keputusan dan muhasabah... sementara rakan lain buat tak tahu sahaja...  


9. Malang sekali yang suka buat alasan TIDAK ADA MASA... walaupun sebenarnya DI CELAH MASA ITU  ADA MASA, sebelum kita betul-betul tidak ada masa.  
JAGALAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA... Antaranya MASA. Kerana.... semua orang diberi masa yang sama ... (24 jam) Jadi...uruskanlah masa anda sebelum terlambat.


Apa yang perlu di sini ialah kemahiran memilih nilai keutamaan antara yang utama.


FIKIR-FIKIRKANLAH..... sekadar untuk muhasabah.. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan