Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 1 Julai 2011

Tazkirah : Tidur dan Cara Guna Bantal

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmat yang tidak terkira. Mudah-mudahan Allah SWT menggolongkan kita bersama dengan orang-orang yang apabila mendengar sesuatu QAUL (kata-kata) atau nasihat, lalu mereka mengikut (akur) akan kebaikannya.

Kali ini, Si Kerdil ingin berkongsi satu kajian yang telah dibuat oleh seorang rakan kita tentang BANTAL.

Si Kerdil merakamkan tahniah kepada En. Mohamad Shuhmy Shuib kerana bermurah hati berkongsi hasil kajian beliau dengan kita semua.

Berikut adalah hasil kajian beliau tentang bantal -

Memeluk Bantal:

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadang kala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat perihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal:

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal:

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki:

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Tidur Tanpa Bantal:

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadang kala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Tidak Punya Bantal:

Kasihan betul...
pergi kedai belilah satu ..pasar malam ke..beli yang murah-murah, kira ok da!!
Heheh......

Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan