* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Yang dipertua PIBG SK Teluk Lipat, Tuan Haji Mahadi bin Khalid telah mencabar calon-calon UPSR 2011 SK Teluk Lipat untuk mengulangi kejayaan cemerlang UPSR 2010 dan menjanjikan ganjaran yang sama iaitu RM500 bagi setiap pelajar yang berjaya memperolehi 5A.
Pada tahun lalu seramai 7 orang pelajar yang mencapai 5A telah diberikan imbuhan tersebut oleh PIBG sekolah selain mendapat juga sebuah komputer riba setiap seorang sumbangan Dato Dr. Abdul Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing.
Beliau membuat cabaran itu dalam Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa , Solat Hajat kecemerlangan UPSR 2011 serta solat tarawih yang diadakan oleh pihak sekolah bersama PIBG, murid-murid dan ibu-bapa pelajar pada malam Khamis, 25 Ramadan 1432H.
Majlis tersebut yang diadakan secara sederhana tapi cukup meriah dengan komitmen dan sokongan daripada ibubapa yang turut sama bersolat tarawih bersama pelajar-pelajar dan guru-guru.

En. Yusup bin Sulong, Guru Besar SK Teluk Lipat dalam ucapannya berharap keberkatan Ramadan Al-Mubarak dapat mengulangi kecemerlangan UPSR 2010 setelah segala usaha dan ikhtiar telah dibuat oleh semua pihak khususnya pelajar dan guru-guru untuk mencapai kecemerlangan tersebut... InsyaAllah....!!


YDP PIBG SK Teluk Lipat, Tn. Hj. Mahadi bin Khalid
sedang berbuka puasa dalam majlis tersebut.
Di sebelah kiri beliau ialah En. Yusup Sulong,
Guru Besar SK Teluk Lipat
Untuk melihat ambar-gambar lain majlis tersebut sila lihat di sini..

0 komen ::

Catat Ulasan