* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 5 Ogos 2011

VERIFIKASI PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH MENENGAH SPSK NEGERI JOHOR 2011

Reaksi :  

Tindakan : Pengurus Kualiti Sekolah ( GPK 1 ) & Ketua Juruaudit Sekolah

Daripada : Pengurus Kualiti SPSK Negeri Johor

Perkara : VERIFIKASI PENARAFAN KENDIRI SEK MEN NEGERI JOHOR 2011


Adalah dimaklumkan bahawa satu verifikasi akan dilaksanakan ke semua sekolah menengah SPSK Negeri Johor pada minggu ke-2 atau ke -3 bulan Ogos 2011. Tujuan verifikasi ini adalah untuk memastikan penarafan kendiri yang telah dibuat oleh sekolah sahih, telus dan bolehpercaya.

Verifikator terdiri daripada :

1. Pegawai Sektor Jaminan Kualiti, JPN Johor
2. Pen. PPD Kualiti Daerah
3. JK Teknikal Daerah & Zon

Tindakan Pengurus Kualiti Sekolah & Ketua Juruaudit Sekolah

1. Rujuk takwim verifikasi . Sila klik di sini.
2. Sediakan semua bukti-bukti yang menyokong kepada penarafan kendiri berdasarkan skor yang telah diisi. Contohnya jika skor 2, semua bukti yang diperlukan mestilah berjaya ditunjukkan kepada verifikator.
3. Verifikator akan melihat sama ada skor yang telah dibuat adalah benar berdasarkan bahan bukti yang disediakan oleh pihak sekolah.
4. Verifikator akan menggunakan borang VER1 dan borang penarafan kendiri sekolah semasa sesi verifikasi berlangsung.
5. Satu salinan Borang VER1 dan penarafan kendiri yang telah diverifikasikan akan diserahkan kepada Pengurus Kualiti Sekolah / Ketua Juruaudit Sekolah setelah selesai proses verifikasi.
6. Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Pen.PPD Kualiti daerah masing-masing.

Sumber : Portal JPN Johor

0 komen ::

Catat Ulasan