* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Ahad, 11 September 2011

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK dan Calon-Calon UPSR 2011

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, ungkapan syukur di " rafa'kan '' kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmatNya serta iradahNya, kita telah berjaya menjalani pentarbiahan Ramadan selama sebulan.
Kini, kita diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan Negara kali ke 54.

Pengisian kemerdekaan dan kehidupan kita selepas ini lebih mencabar dan diluar kemampuan kita untuk menghadapinya tanpa bantuan dan keberkatan Yang Maha Esa. Hanya kepadaNya, tempat kita memohon pertolongan.

Si Kerdil mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN kepada CALON-CALON UPSR 2011 pada 13 hingga 15 September 2011.

Jalanilah ia dengan tenang, sabar, tabah, bersungguh-sungguh dan jangan lupa bahawa Allah SWT adalah pengawal segala-galanya.

Pastikan segala kefardhuan yang disyariatkan, ditunaikan dengan sebaiknya. Sentiasakanlah diri kita berdoa kepada Allah SWT.. moga diberi ketenangan, kecerdasan, kesihatan, kelapangan dan dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan baik dan tepat.

Amalkan doa :


اللهم استودعك ما علمتنا ، فاردده عند حاجاتنا إليه ولا تنسناه 
ولاحول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KEMBALIKANLAH KEPADA KAMI, APA YANG TELAH AJARKAN KETIKA MANA KAMI BERHAJAT KEPADANYA YA ALLAH.
JAUHKANLAH KAMU DARIPADA SIFAT LUPA. TIDAK ADA DAYA DAN KUASA SELAIN MU YA ALLAH YANG MAHA TINGGI DAN MAHA AGUNG.

KAMI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PERMATA MERSING...MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA.

Lampiran : Jadual UPSR 2011
Lampiran : Syarat Pendaftaran UPSR
Lampiran : Panduan Peng. Peperiksaan
Lampiran : Kajian Mutu Jawapan UPSR 2010

0 komen ::

Catat Komen