* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 12 November 2011

Makluman : Rekod Kehadiran Sesi Profesional KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kelab Keluarga KIP Seri Mersing telah menganjurkan Sesi Profesional KIP Seri Mersing seperti butiran berikut :


Tarikh : 11 November 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIPs Mersing.


Surat panggilan telah difakskan melalui Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan. Pemakluman juga telah dibuat melalui laman blog ini dan Portal Rasmi PPD Mersing.


Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima  kasih serta tahniah kepada JK Kelab Keluarga KIPs Mersing dan rakan-rakan penghuni yang hadir serta telah memberi komitmen yang membanggakan.


Kami juga mengucapkan terima kasih kepada En. Md. Jais bin Samat, Timbalan PPD Mersing dan Pn. Siti Mariam Abdullah, Ketua Pembantu Tadbir, PPD Mersing atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. 


Berikut dimaklumkan butiran kehadiran peserta program :


SASARAN : 54 ORANG PENAMA YANG MENGHUNI KIPs MERSING


HADIR : 23 ORANG
TIDAK HADIR : 31 ORANG


Pihak kami amat dukacita dengan status kehadiran penghuni dalam program berkenaan. Prestasi yang sama berlaku dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sebelum ini.  Ini sekaligus menggambarkan bahawa usaha-usaha untuk mengurus kebajikan warga KIPs Mersing selama ini seolah-olah tidak dihargai atau dengan kata lain mungkin dianggap tidak penting.


Kami menganggap satu cabaran yang tidak pernah selesai dan menjadi satu persoalan yang besar bilakah ianya akan selesai. Pelbagai pendekatan telah dibuat, tapi hasilnya belum memuaskan. Si Kerdil mengajak seluruh warga KIPs Mersing untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan semua. 


Si Kerdil juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua AJK Kelab Keluarga KIP Seri Mersing kerana sudi menyahut seruan FARDHU KIFAYAH mengurus KIP tersebut. 


Wassalam.


Lampiran : Kehadiran_Sesi_Prof_2011.pdf

0 komen ::

Catat Komen