* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Tindakan : Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat KP.BT.8857/1/Jld.2 (23) bertarikh 25 Oktober 2011 adalah berkaitan dan dirujuk.

Untuk makluman pihak sekolah, hasil dapatan pemantauan ke sekolah oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati selain Buku Teks dan bahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat juga buku dan bahan tambahan termasuk buku rujukan dan buku kerja yang digunakan oleh pihak sekolah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Selain itu, didapati banyak sekolah yang tidak mempunyai senarai lengkap buku dan bahan tambahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat JK Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Kali ke-61 pada 27 Mei 2011 telah memutuskan supaya pihak sekolah menyediakan senarai nama semua buku/bahan tambahan dan buku rujukan/buku kerja yang digunakan unruk pengajaran dan pembelajaran selain buku teks dan bahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut format yang dilampirkan.

Senarai tersebut hendaklah disimpan di sekolah dan ditunjukkan semasa pemantauan JNJK.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat hebahan.pdf
Lampiran : Surat siaran KPM.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan