Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 8 Januari 2011

Peringatan : Cadangan Cuti Berganti & Cuti Peristiwa Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan dokumen berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Butirannya adalah seperti edaran rasmi sebelum ini.

Jumaat, 7 Januari 2011

SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mersing

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Semua masjid jamek dan mukim daerah Mersing

Solat berkenaan akan diimamkan oleh Imam Masjid yang bertugas pada hari ini.

Sehubungan itu, tuan diminta menghebahkan maklumat ini dan menjemput semua warga sekolah agar dapat turut serta dalam program berkenaan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.
Khamis, 6 Januari 2011

Media : KECEWA CALON CEMERLANG, TAJAAN KEMENTERIAN GAGAL TEMU DUGA

Reaksi :  
KPM telah menetapkan supaya urusan pengambilan graduan pendidikan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu melalui proses temu duga sebelum mereka dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) untuk berkhidmat di KPM. Pelaksanaan temu duga bertujuan untuk memastikan hanya graduan pendidikan yang berkualiti dan terbaik sahaja dilantik sebagai GST.

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
Surat Kutipan Yuran Makan Asrama (YMA) Di Bawah Bantuan Makanan Asrama (BMA), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Mulai Tahun 2011

Jadual Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal bagi Tahun 2011

Reaksi :  
Jadual Kuasa dan Tugas Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi Pengurusan Kewangan di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri/Institut Pendidikan Guru(IPG) dan Kolej Matrikulasi bagi Tahun 2011
Jadual Kuasa dan Tugas Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi Pengurusan Kewangan di Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) bagi Tahun 2011
Jadual Kuasa dan Tugas Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi Pengurusan Kewangan di Sekolah PTj bagi Tahun 2011
Jadual Kuasa dan Tugas Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi Pengurusan Kewangan Akaun Sekolah bagi Tahun 2011
Selasa, 4 Januari 2011

Takwim Peperiksaan Awam 2011

Reaksi :  
UPSR :
Ujian Bertulis ; 13 - 15 September 2011 (3 hari)

PMR :
Ujian Bertulis ; 4-6 Oktober 2011 & 11 - 12 Oktober 2011 (5 hari)

SPM :
Ujian Bertulis ; 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)

STPM :
Ujian Lisan ; 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
Ujian Bertulis ; 21 November 2011 - 15 Disember 2011

STAM :
Ujian Lisan ; 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis ; 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (Ulangan) :
Ujian Lisan ; 15 -17 Jun 2011 (3 hari)
Ujian Bertulis ; 13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Sumber : Laman Web KPM

Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mersing 2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan kami mengucapkan terima kasih atas keterlibatan pihak sekolah serta warga guru dalam Program Memartabatkan Jawatankuasa Kurikulum Daerah.

Al-Hamdulillah, hasil perbincangan dalam Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil.1/2011 telah memutuskan jawatankuasan seperti berikut :

Lampiran 1 : JKD_2011.pdf
Lampiran 2 : JKD_MEN_2011.pdf
Lampiran 3 : JKD_REN_2011.pdf
Ahad, 2 Januari 2011

PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011

Reaksi :  

Surat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pelajaran Malaysia, no rujukan KP(KSU)001/10 bertarikh 29 Disember 2010 adalah berkaitan seperti diatas.

Kontrak Perkhidmatan Pengurusan Rangkaian Untuk Naik Taraf Lebar Jalur Schoolnet diantara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Syarikat Goverment Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd. akan tamat pada 31 Disember 2010. Sehubungan itu, pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) berkuatkuasa dari Januari 2011 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak oleh pihak KPM. Walaubagaimanapun, dua minggu pertama Januari 2011, perbekalan talian Schoolnet tidak diputuskan setakat ini.

Sumber : Portal Rasmi JPNJ.

BAHAN TAKLIMAT PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN AWAL TAHUN 2011

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi JPNJ

Adalah dimaklumkan bahawa bahan taklimat untuk persediaan awal tahun 2011 boleh dimuat turun disini.

1. BAHAN TAKLIMAT PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN AWAL TAHUN 2011

2. PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR SEMPENA MESYUARAT KSPPD BIL 4/2010