Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 15 Januari 2011

Penghargaan - Seminar KSSR dan SPPK Daerah Mersing 2011

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Seminar KSSR dan SPPK Daerah Mersing Tahun 2011 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, 15 Januari 2011 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seri Integrasi, SM Sains Sultan Iskandar.

Tentatif Seminar :

8.00 - 8.30 pagi (Pendaftaran)
8.30 - 10.30 pagi (Slot 1 : SPPK)
10.30 - 11.00 pagi (Minum Pagi)
11.00 - 1.00 ptg. (Slot 2 : KSSR)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa seminar tersebut disasarkan kepada semua GPK 1 Sekolah Rendah (SK dan SJK) dan guru-guru yang mengajar Tahun 1 Sesi 2011 . (seperti lampiran)

Kami mengucapkan tahniah dan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang berkesempatan hadir ke seminar tersebut sepenuhnya. Tahniah juga kepada peserta yang mungkin mempunyai alasan tertentu yang terpaksa keluar dewan sebelum seminar tersebut berakhir tanpa memberitahu pihak urusetia.
Apa-apapun alasan yang diberikan... Kami sentiasa doakan kesejahteraan untuk anda.

Kehadiran Peserta :

Slot 1 - 185 orang
Slot 2 - 173 orang ( - 12 orang)

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Sains Sultan Iskandar kerana membenarkan pihak kami mengadakan seminar tersebut di premis sekolah berkenaan.

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Amirudin bin Abd. Manaf, Penolong Pengarah Sains Rendah, Jabatan Pelajaran Johor dan Pn. Rohani binti Ismail, SK Pusat Air Tawar, Jurulatih Utama SPPK kerana sudi hadir dan menyampaikaan ceramah dalam seminar tersebut.

Terimakasih juga diucapkan kepada rakan-rakan warga kerja Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing yang hadir dan turut sama membantu menjayakan seminar tersebut hingga akhirnya. Komitmen ini amat bermakna kepada kami kerana ia mempamerkan nilai kebersamaan dalam pasukan Unit Pengurusan Akademik. Semoga semangat dan kerjasama erat ini akan sentiasa diamalkan oleh semua pegawai.

Kehadiran Pegawai :

En.Wan Nadzri Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum
En.Wee Kok Cheng, PPPD Bahasa Malaysia (Men)
Cik Saharazad Mustaffar, PPPD Bahasa Inggeris (Rendah)
En. Mat Yasin Daud, PPPD PBS
En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik (Rendah)
Pn. Maimunah Mohamad, Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan

Kami memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan yang mungkin timbul semasa pelaksanaan seminar tersebut. Cadangan dan komen serta cadangan penambahbaikan daripada tuan/puan amat dialu-alukan. Perkara itu boleh disalurkan kepada kami melalui alamat email akademikmg@gmail.com atau ruang ulasan yang disediakan dalam hebahan blog ini.

Wassalam.




PANDUAN PELAKSANAAN MODUL ELEKTIF KSSR

Reaksi :  
Assalamua'laikum wrth. dan Salam Mahabbah

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk meneliti surat siaran KPM bertarikh 3 Januari 2011 mengenai pelaksanaan Modul Elektif KSSR Tahun 1/2011 seperti lampiran. Tuan diminta melaksanakan modul tersebut mengikut arahan seperti surat siaran tersebut supaya pelaksanaannya berjalan dengan lancar. Terima kasih

Khamis, 13 Januari 2011

AUDIT AKADEMIK PMR 2010

Reaksi :  
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Januari 2011 (Isnin)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Tentatif:

1. Ucaptama PPD Mersing.
2. Pembentangan Analisa PMR 2010
3. Perkongsian Pintar - SMK Sri Mersing dan SMK Ungku Husin
4. Audit Sekolah berdasarkan analisis SWOT.
5. Cadangan penambahbaikan berdasarkan Matriks TOWS.
6. Penentuan TOV dan ETR PMR 2011.
7. Hal-Hal Lain.

Sasaran: Pengetua, GPK1 dan semua GKMP.

Maklumat rasmi berkaitan hal ini telah dipanjangkan ke semua sekolah yang terlibat.
Sila bawa bersama TOV dan ETR 2011.

Sekian terima kasih.

SEMINAR KSSR DAN SPPK DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa :

8.00 - 8.30 pagi (Pendaftaran)
8.30 - 10.30 pagi (Slot 1 : SPPK)
10.30 - 11.00 pagi (Minum Pagi)
11.00 - 1.00 ptg. (Slot 2 : KSSR)

Tempat : Dewan SM Sains Sultan Iskandar Mersing
Sasaran : GPK 1 dan Guru-guru tahun 1 (Rujuk Lampiran)

Sekian Terima Kasih

Bacaan Yassin dan Doa Selamat utk Pn.Shamsiah Md. Yatim

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Adalah dimaklumkan bahawa KEPTAN Mersing akan menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat untuk Pn. Shamsiah binti Md. Yatim , PT SK Mersing Kanan seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 6.45 petang
Tempat : Surau Jalan Abdullah, Mersing Kanan.

SEMUA WARGA PENDIDIKAN MERSING DIJEMPUT HADIR.

Makluman : Pn.Shamsiah kini tidak sedarkan diri akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru .
Wassalam.

Tarikh-Tarikh Pelaksanaan Program Menggilap Permata 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011.

Cadangan Tarikh Pelaksanaan :

Siri 1 - 26 Mac 2011
Siri 2 - 23 April 2011
Siri 3 - 21 Mei 2011
Siri 4 - 18 Jun 2011
Siri 5 - 9 Julai 2011
Siri 6 - 23 Julai 2011

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengatur aktiviti di peringkat sekolah agar tidak bertindih dengan program berkenaan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.
Isnin, 10 Januari 2011

Program Akademik Minggu Ini

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang minggu ini seperti ketetapan berikut :

Program : Audit/Post Mortem Program Menggilap Permata 2 2010
Tarikh : 10 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 2.15 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : AJK PMP2 2010

Program : Audit Akademik Sains dan Matematik PMR 2010
Tarikh : 10 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : GKMP Sains dan Matematik SM

Program : Audit Akademik UPSR 2010
Tarikh : 12 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar & GPK1 (SR Gred A & B), Guru Besar SKM (SK Pulau & SK Peta dikecualikan)

Program : Taklimat Pelaksanaan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) 2011
Tarikh : 12 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Sekolah-Sekolah Men. yang terlibat dengan PPS.

Program : Seminar KSSR dan SPPK
Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan SM Sains Sultan Iskandar
Sasaran : GPK1 dan Guru-Guru Tahun 1

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sekian. Wassalam.

Pelaksanaan Program ICTL For Primary School Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bermula pada Januari 2011, KSSR akan dilaksanakan sesi persekolahan 2011.

Sehubungan dengan itu, Program ICTL dimansuhkan bermula tahun 1 pada 2011 secara berperingkat-peringkat. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan diajar dalam Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi (DST) di tahap 1.

Manakala pelaksanaan di Tahun 2,3,4,5 dan 6 adalah seperti sediada.

Pihak tuan dikehendaki memuat turun surat siaran yang dilampirkan bersama hebahan ini untuk tindakan seterusnya.

Lampiran : pek.ict_.pdf

Hari Ini : AUDIT/POST MORTEM PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2 TAHUN 2010

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 2.15 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : AJK PMP 2 2010
GB SK Sawah Dato
GB SK Lembaga
GB SK Bandar Mersing
GB SK Tenggaroh 1
GB SK Tanah Abang
GB SJKC Pai Chee
GPK1 SK Lembaga
GPK1 Tenggaroh 2
GPK1 Nitar 1
GPK1 SK Sawah Dato
GPK1 SK Bandar Mersing
GPK1 SK Pusat Air Tawar
GPK1 SK Tenggaroh 4
GPK1 SK Nitar 1
GPK1 SK Sri Mersing
GPK1 SK Tenggaroh 6
GPK1 SK Bandar Endau
Pn Shimaton Shamsuri-SK Sawah Dato
Pn Zanariah Zakariah - SK Mersing Kanan
En Zainal Omar - SK Sri Pantai
Pn Khatijah Awang - SK Tenglu
En Rosli Ahmad - SK Nitar 1

Maklumat rasmi berkaitan hal ini telah dipanjangkan ke sekolah yang berkaitan.

Sekian terima kasih.
Ahad, 9 Januari 2011

Bahan KSSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah boleh memuat turun bahan berkenaan daripada laman blog ini (paparan info sebelah kanan anda) seperti berikut :

Konsep KSSR
Bahasa Malaysia

Plan J Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 5 2011

Reaksi :  
Sila muat turun di sini ..

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan Intervensi (P1NCH) Tahun 2011.

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa Program 100% Celik Huruf (P1NCH) tahun ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Johor. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut.

Untuk makluman semua, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang berbincang bersama penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad dan Syarikat Goverment Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) berkaitan penawaran pekej jalur lebar khas untuk kegunaan pihak sekolah. Antara kandungan pakej jalur lebar yang ditawarkan ialah keselamatan rangkaian, data, antivirus, proses penapisan kandungan di pintu masuk (gateway), pertambahan kelajuan dan sebagainya.

Sehubungan itu, pihak JPN Johor memohon kerjasama semua sekolah Negeri Johor membuat penanguhan sementara untuk mendaftar mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk kegunaan talian internet di sekolah. Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) akan mengadakan penerangan ke setiap daerah berkaitan tawaran pakej khas untuk semua sekolah.

Buat masa ini, perkhidmatan talian schoolnet belum ditamatkan dan perbekalan dilanjutkan sementara dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2011. Garis panduan pemasangan talian internet seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2332237 atau berhubung dengan Penolong PPD (Teknologi dan Maklumat) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Segala kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Lampiran : Hebahan sebelum ini.

INFO MENGENAI MTQSS BIL. 37 TAHUN 2011

Reaksi :  

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam (BPI) akan mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Bil. 37 Tahun 2011.

Capaian mengenai maklumat mengenai Majlis tersebut boleh dicapai melalui Media > Muaturun Dokumen >MTQSS atau terus klik di sini.

MODUL SOKONGAN BAHASA ARAB TAHUN SATU KSSR

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Modul Sokongan Bahasa Arab Tahun 1 KSSR berikut ;

a. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu KSSR
b. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun 1
c. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Mendengar
dan Bertutur Tahun 1


Bahan - bahan tersebut boleh dimuat turun di laman web berikut http://www.moe.gov.my/bpk/

Plan J Bahasa Arab 2011

Reaksi :  
Sila muat turun dokumen berikut :

Plan J Bahasa Arab Tingkatan 3 2011

Reaksi :  
Sila muat turun di sini.
Sila lihat pautan berikut : http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=1622

Surat kepada Pengarang - KERAJAAN DIMINTA BINA SBP DI SETIAP DAERAH

Reaksi :  
KPM mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai institusi pendidikan yang berkualiti dan berupaya melahirkan modal insan cemerlang. KPM sedar akan pertambahan bilangan permohonan ke SBP ini. Bilangan pengambilan tidak dapat ditingkatkan kerana tempat yang ditawarkan terhad dan mengikut kriteria pemilihan yang telah ditentukan. Sehingga kini, SBP yang sedia ada di negara ini berjumlah enam puluh (60) buah. Inisiatif untuk menambah bilangan SBP ini diteruskan oleh kerajaan dengan membina lapan (8) buah SBP baru yang sedang dalam pembinaan. Baca lagi di sini....

Surat kepada Pengarang - WHY ARE BOOKS IN BM?

Reaksi :  
MOE acknowledges the reader’s informed statement regarding the exercise to switch the medium of instruction for teaching Mathematics and Science from English to Bahasa Malaysia in stages and should be completed by 2012. This is due to the change of policy from PPSMI (Teaching of Mathematics and Science in English) to the MBMMBI policy (Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris). More details....

Media - MBMMBI MAMPU MELAHIRKAN GENERASI FASIH MELAYU, INGGERIS

Reaksi :  
Sila lihat pautan berikut :

Syarat kelayakan akademik bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat tiga (3) cemerlang dalam mana-mana mata pelajaran dan tiga (3) kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, KPM telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kelayakan akademik kepada lulusan Unified Examination Certificate (UEC) kepada empat (4) kepujian sahaja di peringkat SPM dan calon juga mestilah mendapat kepujian Bahasa Cina di peringkat UEC –Senior Middle Level (SML). Syarat kelayakan akademik bagi kemasukan ke IPG adalah wajar kerana ianya berpandukan syarat utama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam.

Surat kepada Pengarang - FACTUAL ERRORS IN HISTORY BOOKS

Reaksi :  
lihat pautan berikut :

Media : Pelajar maut terkena besi ketika latihan unit beruniform

Reaksi :  
Seorang pelajar Tingkatan Dua terbunuh apabila terkena sebatang besi di kepala ketika menjalani latihan unit beruniform di padang sekolahnya di Taiping, 95 km dari sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, Goh Swee Khim, 14, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata, semasa kejadian pelajar itu sedang menarik seutas tali yang telah diregangkan di sebatang besi bersama kira-kira 20 pelajar lain di sekolah berkenaan.

"Besi berkenaan dikatakan tercabut lalu tercampak dan mengenai kepala mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat Goh dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - BERNAMA

Pupuk minat pelajar sertai sukan

Reaksi :  
Program ‘Satu Murid Satu Sukan’ bakal dilancarkan di seluruh sekolah di negeri ini bermula Februari depan.

Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran berkata, program tersebut adalah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk minat pelajar terhadap bidang sukan.

Menurutnya, jika sebelum ini penglibatan sukan hanya bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam acara tertentu tetapi, dasar kali ini adalah memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri mereka dalam bidang tersebut. Baca lagi di sini....