الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

PELAKSANAAN SOAL SELIDIK KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BAGI TAHUN 2011 SECARA ATAS TALIAN
2. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru Bil 9/2010 pada 30 Disember 2010 telah memutuskan bahawa satu uji lari (test run) laman sesawang soal selidik keperluan latihan dalam perkhidmatan secara atas talian perlu dijalankan sebelum pelaksanaan yang sebenar.
3. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua guru untuk menjawab soal selidik keperluan latihan dalam perkhidmatan secara atas talian di laman web pada link di bawah.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Muhamad Fadli Othman di talian 07-7997092 atau emel: fadli.othman@moe.gov.my
PELAPORAN DAN MAKLUMAT MATA PELAJARAN 3765 INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY ( ICT) SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan matapelajaran Information and Communication Technology (ICT), di sekolah tuan adalah berkiatan.
2. Adalah dimaklumkan, Unit ICT dan Perkomputeran, Sektor Pengurusan Akademik sedang menjalankan semakan pelaksanaan matapelajaaran terbabit dan pencapaian akademik bagi 2010/2011.
3. Kerjasama dan tindakan pihak tuan adalah dipohon untuk melengkapkan dan menyediakan semua maklumat di bawah :-
a. Borang Maklumat Guru (Semua guru yang mengajar ICT ) 2011
( Sila muaturun Lampiran 2)
b. Salinan Minit Mesyuarat Panitia ICT Bil. 1 /2011
c. Salinan Plan J dan RPT Tingklatan 4 dan 5 ( 2010 dan 2011)
d. Salinan Bahan Latihan Plan J Tingkatan 4 dan 5 (2010)
e. Analisa Peperiksaan SPM ( 3 tahun terkahir)
f. Salinan Batch Score Form ( BSF)untuk Penilaian Berasakan Sekolah ( 3 tahun terakhir)
4. Sila hantar semua dokumen berkenaan UP : En. Hisham bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah ICT dan Perkomputeran selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berkenaan di talian 07-2332228 atau 013-7414112.
Sekian. Terima Kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH MERSING BIL 1 2011 DAN MESYUARAT PROFESIONAL PPD PENGETUA DAN GURU BESAR BIL 1 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa majils tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa:
7.00 pagi - 8.00 pg - Pendaftaran
8.00 pagi - 10.00 pagi - Perhimpunan Bulanan
2.30 ptg - 5.00 ptg - Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua, Guru Besar (Pengetua dan GB sahaja)
Tempat: Dewan Terbuka PPD Mersing
Tema: "Bermuhasabah Ke Arah Transformasi"
Pakaian: Rasmi ( Pakaian kerja)
Sasaran: Semua Pegawai dan Staf PPD Mersing
Penyelaras PKG Bandar Mersing dan Endau
Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Mersing
GPK 1 dan semua GKMP sekolah Menengah
3 orang guru yang mengajar Tingkatan 3 Tahun 2010
Surat siaran rasmi telah diedarkan ke semua sekolah yang terlibat. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Terima kasih.
PENTING DAN SEGERA : TAWARAN PENCALONAN UNTUK ANUGERAH INOVATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2011 KPM BAGI GURU-GURU DAERAH MERSING
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Mohon kerjasama dan tindakan SEGERA semua Pengetua dan Guru untuk mencalonkan guru sekolah masing-masing yang layak bagi anugerah yang tersebut di atas. 3. Sila muaturun:- 3.1. Surat JPNJ.SPA.(05)/100-183/3 (4) bertarikh 5 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut. 3.2. Syarat-syarat Pertandingan Guru Inovatif 2011 KPM 3.3. Lampiran A � Borang Maklumat Calon 3.4. Lampiran B � Borang Pengesahan Calon 5. Lampiran C - Borang Maklumat Berkaitan Inovasi 4. Semua pencalonan bagi daerah Mersing hendaklah sampai kepada Pegawai Meja di PPD selewat-lewatnya pada 19 Januari 2011 jam 3.00 petang untuk disenarai-pendekkan sebelum dimajukan ke JPN Johor. Sekian . Wassalam Lampiran : |
Honda Malaysia Sdn. Bhd. dan Program Pembangunan Pendidikan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNDP) di bawah program Dana Impian Honda (Honda Dreams Fund, HDF) menawarkan biasiswa kepada 20 calon mulai 5 Januari lalu.
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berusia 17 tahun hingga 24 tahun layak untuk memohon sehingga 31 Mac ini. Lihat liputan seterusnya di sini...
Program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA) yang merupakan sebahagian daripada pelbagai langkah ke arah mengangkat kecemerlangan akademik anak negeri diteruskan buat tahun keenam, tahun ini.
Seramai 17 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat telah tiba bagi menjayakan program tersebut dan mereka akan mula ditempatkan di sekolah-sekolah pilihan di setiap daerah mulai bulan depan.