Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam misi ini.
Tahniah kepada warga SK Peta yang telah mendapat pengalaman baru. Moga sentiasa bersedia meneruskan misi pendidikan walau di mana anda berada.
Di situ bumi dipijak, di situ jugalah langit dijunjung.
Misi ini dijalankan rentetan limpahan air sungai yang telah menenggelamkan jalan ke Kampung Peta, sekaligus telah memutuskan hubungan darat ke kampung berkenaan.
Banjir berkenaan telah menyebabkan usaha guru-guru SK Peta untuk keluar bercuti sempena Tahun Baru Cina terkandas lebih 9 jam.
Al-Hamdulillah dengan bantuan Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan beberapa pihak yang berkaitan , guru-guru berkenaan telah dapat dibawa keluar dengan selamat.
Wassalam.







