* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 5 Februari 2011

INSTRUMEN PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN STANDARD 4

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berdasarkan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Johor Bil 1/2011 di Batu Pahat pada 1 Februari 2011, maka semua sekolah di Johor akan menggunakan SKPM 2010 - Standard 4 bagi tujuan pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran Guru mulai tahun 2011.

Berdasarkan ketetapan ini, maka keputusan pada Mesyuarat Profesionalisme PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil 1/2011 Daerah Mersing pada 24 Januari 2011 - menggunakan SKPM 2003 - Dimensi 3, Elemen 9 adalah terbatal.

Pihak sekolah boleh muat turun borang yang dilampirkan untuk kegunaan sekolah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Pengurusan Kualiti di talian 07-7991269

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa seminar tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 7.15 pagi - 2.00 petang
( 7.15 - 7.30 pagi - pendaftaran dan sarapan )
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing
Penganjur Bersama : PPD Mersing dan Institut Integriti Malaysia

Pihak IIM juga akan mengadakan jualan buku semasa seminar tersebut.
SILA PATUHI WAKTU YANG DITETAPKAN.

Wassalam .

Jumaat, 4 Februari 2011

Tazkirah : Kerja Sepasukan atau Kerja Berkumpulan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sebagai bahan muhasabah kita bersama pada kali ini, Si Kerdil ingin berkongsi tajuk KERJA SEPASUKAN ATAU KERJA BERKUMPULAN yang dipetik daripada buku 55 Petua Kerja Berpasukan.

Kita sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira samada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, kerja pejabat, tugasan profesional, tugasan korporat dan lain-lain… kita sentiasa perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting adalah kemahiran bekerjasama dalam pasukan.

Kita sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa Latihan Dalam Kumpulan dibangku sekolah atau ketika menghadiri kursus, juga seminar. Meja-meja dan kerusi disusun bercantum membentuk kumpulan dalam beberapa aktiviti.

Tetapi adakah itu contoh kerja sepasukan yang sebenar? Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Ada banyak aktiviti yang dibuat oleh beberapa orang dalam kelompok, tetapi ia belum menjadi contoh kerja sepasukan.

Kerja sepasukan dan kerja berkumpulan mempunyai beberapa perbezaan seperti berikut :

Kerja Sepasukan

Kerja Berkumpulan

Menumpukan kepada matlamat pasukan.

Menumpukan kepada kerja masing-masing tetapi secara beramai-ramai.

Penekanan kepada berkongsi matlamat dan tugasan, serta ia menyumbang kepada keseluruhan projek.

Penekanan berkenaan setiap ahli mempunyai tugasan yang mesti disiapkan.

Dapat menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang.

Biasanya ahli-ahli yang mempunyai persamaan daripada aspek cara berfikir, kemahiran, latar belakang ataupun lain-lain.

Menerima ahli yang berbeza sebagai sebahagian daripada kita.

Menganggap orang yang berbeza sebagai bukan daripada kita.

Fokus kepada menjayakan tugasan bersama, mengkordinasikan kerja dan menyumbangkan kemahiran tersendiri.

Hanya fokus kepada kerja masing-masing dan sendiri-sendiri.

Ahli saling memerlukan antara satu sama lain.

Apa yang penting, siapkan kerja masing-masing.

Tidak menghiraukan jurang status dan biasanya tidak mempunyai hierarki yang kompleks.

Mempunyai hierarki dan status yang pelbagai bagi mengawal kerja.

Komunikasi yang lebih terbuka dan telus.

Kurang komunikasi dan tidak telus.

Merancang dan merangka bersama.

Hanya menunggu arahan dan tugas yang diberikan.


Si Kerdil mengajak diri yang hina ini serta para pengujung yang budiman agar dapat berfikir sejenak dan bermuhasabah buat seketika tentang amalan dan budaya kerja yang kita telah dan sedang amalkan. Adakah ianya menepati kehendak di atas atau sebaliknya? Setiap individu mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Baikilah kekelamahan tersebut dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Berilah penambahbaikan sepatutnya kepada kekuatan sedia ada agar ianya lebih berkesan. Wassalam.

Sumber : 55 Petua Kerja Berpasukan
KategoriPekeliling Kewangan
SubjekSurat Pekeliling Kewangan Bil. 12 Tahun 2010 -Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan Di Semenanjung Tahun 2011
Bil.12
Tahun2010
JabatanBahagian Kewangan
FailDownload
Tarikh25/01/2011

Ujian kesihatan mental di sekolah

Reaksi :  
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

Naib Canselor Kolej Universiti ACMS, Prof Datuk Dr Mohamad Abd Razak, berkata ujian itu perlu dengan kerjasama doktor terlatih bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental setiap pelajar. Baca lagi di sini...
Khamis, 3 Februari 2011

Operasi Piramid - PELAN TINDAKAN EVAKUASI

Reaksi :  

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011

Modus Operandi

1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)

2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)

3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.

5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.

6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.

7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.

8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.

9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan

Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).

Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:
a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil

Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs

*TBC

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:

1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Kepada ibubapa atau keluarga pelajar-pelajar/ warga Malaysia yang berada di kawasan-kawasan selain KAHERAH mohon untuk berhubung dengan petugas-petugas Kedutaan di talian berikut untuk tujuan logistik evakuasi yang dijadualkan esok 3 hb. Feb 2011:

MANSURAH
ZAHIMI (PI) TEL: 002 015 233 944 63
HABIB BAKRI (MEDIC) TEL: 002 014 628 1186

TANTA
SULAIMAN (PI) TEL: 002 014 595 5287
ZULKIFLI (MEDIC) TEL: 002 014 782 3824

ZAQAZIQ & TAFAHNA
LUKMAN (PI) TEL: 002 011 123 5115
BUKHARI (MEDIC) TEL: 002 011 614 1548

DUMYAT
ZULFADLI (PI) TEL: 002 014 667 4288

DAMANHUR & DASUK & ITAI BARUT
ABDUL MU’MIN (PI) TEL: 002 011 185 6474

SYIBIN AL-KUM
REDWAN (PI) TEL: 002 011 367 8371

ISKANDARIAH
PN. NORZAKIAH ZAIDON (EM EGYPT) TEL: 002 014 584 4474
HJ. ISHAK (MARA) TEL: 002 011 693 4991

Sumber - jmk

Rabu, 2 Februari 2011

OPERASI PIRAMID [9.00pm(Malaysia),

Reaksi :  
Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir.

Satu daripada pesawat Charlie 130 yang dikerah ke Mesir berlepas dari pangkalan TUDM Subang, 4:10 petang tadi.

Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat.

Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.

2 buah lagi pesawat Charlie 130 akan berlepas kira-kira 9 malam ini.

Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.

Sebenarnya, misi membabitkan 3 pesawat Charlie dan kapal Bunga Mas 5 adalah fasa pertama daripada misi yang dikenali sebagai Operasi Piramid.

Dengan tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan, misi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud.

Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.

Kapal Bunga Mas 5 pula kini dalam pelayaran dari Teluk Aden ke Mesir dan dijangka tiba di Pelabuhan Adabiya 5 Februari ini.

Bunga Mas 5 kemudian akan membawa rakyat Malaysia ke Jeddah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."

Operasi membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air katanya adalah fasa kedua Operasi Piramid dan akan diselia Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

‎[INFO PENERBANGAN] : DUA ORANG PELAJAR KITA BERJAYA BOARDING DARI AIRPORT ALEX MENGGUNAKAN AIRLINES KUWAIT AIRWAYS JAM 17.45pm GMT +8 (11.45am GMT +2) pada 2 Februari 2011.


Kaherah
- pelajar2 dikumpulkan dan ditempatkan di rumah2 malaysia sperti di dewan pelajar Abassiyah, rumah2 negeri seperti Johor, Selangor, Sabah, Melaka dan lain2 negeri.
- duta telah mngeluarkan kenyataan rasmi bahawa TUDM telah berangkat menaiki kapal terbang bersama bekalan makanan kerana khuatir kekurangan bekalan makanan.
- sesetengah pelajar sudah mula dipindahkan, proses pemindahan ini adalah secara berperingkat-peringkat
- bekalan makanan masih mencukupi buat masa ini
- tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 lagi buat masa ini, semoga mereka sentiasa selamat.

Iskandariah
- disahkan pelajar akan dibawa keluar dari Mesir, proses pemindahan adalah secara berperingkat, semua pelajar telah diarahkan untuk bersedia dipindahkan
- persatuan pelajar telah menghadkan pergerakan2 pelajar2, bagi perempuan, mereka diarahkan keluar bermushrif siang dan malam, dibenarkan keluar hanya untuk hal yang benar2 penting
- keadaan masih terkawal, tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 atau warga malaysia, semua pelajar dilaporkan selamat
- lapangan terbang iskandariah semua berfungsi dengan baik,
- pesanan dari Pengerusi Perubatan Cawangan Iskandariah, "mak ayah di malaysia jgn bimbang keadaan kat sini okey je, tiada apa2 yang perlu dikhuatirkan, insyaAllah keselamatan pelajar2 selamat"

Tanta
- keadaan aman, tiada rusuhan dilaporkan
- pelajar2 telah diarahkan bersedia untuk dipindahkan
- pergerakan pelajar2 dihadkan atas sebab berjaga-jaga dengan keselamatan
- bekalan makan masih mencukupi buat masa ini
- segala persoalan di Tanta, boleh merujuk ke Zulkifli Mohamad (+2011-7403433, 002011-7403433), atau Mohamad Naufal Nasir (+2014-3147475, 002014-3147475)

Mansurah
- keadaan dilaporkan aman, hanya rusuhan kecil yang berlaku
- pelajar2 diarahkan duduk dalam kumpulan dan sentiasa berjaga-jaga
- persatuan pelajar telah keluarkan arahan kepada pelajar2 untuk bersedia dipindahkan bila-bila masa
- tiada laporan kes keselamatan pelajar buat masa ini
- bekalan makanan masih mencukupi

KENYATAAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Reaksi :  
KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my

2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.

8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.

Disediakan oleh:-

Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

Info Terkini


1. CAIRO UNI : Bercuti 3 bulan

2. AL-AZHAR UNI : Bercuti 1 tahun
3. Ain Shams UNI : Bercuti 6 bulan


1. PENERBANGAN TUDM dari KAHERAH ke JEDDAH
2. PENERBANGAN TUDM dari ISKANDARIYAH ke JEDDAH
3. PELAYARAN TLDM dari PELABUHAN AL- ADABIYAH ke PELABUHAN JEDDAH
4.JEDDAH menjadi PUSAT TRANSIT PELAJAR MALAYSIA.


GOLONGAN PERTAMA YANG AKAN DI PINDAHKAN KE JEDDAH - Pelajar Perempuan, dan Wanita warganegara Malaysia yang hamil.


3 PENERBANGAN - 2 CHARLIE & 1 PENERBANGAN AWAM AKAN KE CAIRO UNTUK HANTAR MAKANAN DAN SEMUA FLIGHTS TERSEBUT AKAN PINDAHKAN SEBILANGAN PELAJAR KE JEDDAH. ALHAMDULILLAH. :)

[INFO PENERBANGAN] : DUA LAGI PELAJAR KITA SELAMAT TRANSIT DI BAHRAIN DAN AKAN BERLEPAS KE MALAYSIA PADA JAM 3 PAGI 3 FEB 2011.