* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 12 Februari 2011

Umat Islam dinasihat jauhi acara sambutan Hari Kekasih - Jakim

Reaksi :  

Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihatkan supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.

Baca lagi di sini....

Jumaat, 11 Februari 2011

SISTEM PEMANTAUAN BANJIR ONLINE JABATAN PELAJARAN JOHOR

Reaksi :  

Adalah dimaklumankan bahawa Pusat Gerakan Banjir Jabatan Pelajaran Johor telah melaksanakan Sistem Pemantauan Banjir Secara Online.

Maklumat berkaitan maklumat banjir boleh dilayari di http://www.moe.gov.my/jpnjohor/banjir

Dimaklumkan bahawa masih terdapat sekolah-sekolah yang masih belum memberikan maklum balas kepada TM mengenai status langgan talian internet di sekolah.

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah terlibat diminta agar berbuat demikian dengan kadar segera. Pihak TM berhak untuk memutuskan talian internet pada bila-bila masa sekiranya sekolah-sekolah tidak menghantar maklum balas tersebut.

Berikut ialah bilangan sekolah yang belum memberikan maklum balas mengikut daerah:

Daerah Kluang : 1 sekolah

Daerah Pontian : 2 sekolah

Daerah Kulai : 3 sekolah

Daerah Segamat : 3 sekolah

Daerah Muar : 8 sekolah

Daerah Johor Bahru : 8 sekolah

Daerah Mersing : 9 sekolah

Daerah Batu Pahat : 12 sekolah

Daerah Pasir Gudang : 14 sekolah

Daerah Kota Tinggi : 20 sekolah

Senarai lengkap sekolah-sekolah berkenaan boleh dimuat turun di sini (Sila Klik)

Sekolah-sekolah Agama di bawah seliaan Jabatan Agama Johor beroperasi di sekolah milik KPM atas persetujuan dan persefahaman antara dua pihak disamping memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran.

Surat kepada Pengarang : MASALAH KECIL, LAMBAT SELESAI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 24 Januari 2011 – Masalah kecil, lambat selesai.
Tindakan segera bagi membaik pulih siling perpustakaan SMK Maxwell akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan yang dipohon, diluluskan. Baca lagi di sini.....

Media : Insentif dorong pengetua tingkat prestasi sekolah

Reaksi :  
Insentif RM7,500 yang diberikan Kementerian Pelajaran kepada guru besar kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah di bawah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu pengiktirafan besar kerajaan kepada perkhidmatan perguruan negara.

Ia juga dianggap sebagai hadiah bermakna bagi guru besar dan warga sekolah, sama ada sekolah bandar atau luar bandar kerana pemberian insentif itu bergantung kepada usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.

Media : 924 guru besar terima ganjaran

Reaksi :  
Bai’ah turut iktiraf pendidik paling cemerlang: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara bakal menerima ganjaran RM7,500 seorang kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai’ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mengikut tawaran itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Khamis, 10 Februari 2011

Media : PEMERIKSAAN KESIHATAN PERLU DIROMBAK

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Anuar Murad, Putrajaya” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia 26 Januari 2011 – Pemeriksaan kesihatan perlu dirombak.
KPM telah menetapkan antara syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) dan penyakit berjangkit. Hanya melalui pemeriksaan kesihatan yang teliti, tahap kesihatan seseorang dapat disahkan.
KPM memandang serius akan perkara ini dan mengambil kira aspek kesihatan ini sebelum menawarkan tempat kepada pemohon yang layak. Baca lagi di sini...

Media : KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK MASUK SEKOLAH MENENGAH ALIRAN AGAMA

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “B” dalam akhbar KOSMO bertarikh 13 Januari 2011 seperti kenyataan di atas.
Permohonan belajar ke sekolah aliran agama semakin meningkat sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai kalangan ibu bapa kecewa kerana gagal menempatkan anak mereka belajar ke sekolah-sekolah tersebut. Untuk makluman, KPM menguruskan sebanyak 56 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 159 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Permohonan ke SMKA adalah melebihi 30,000 orang pada setiap tahun, sedangkan tempat yang boleh ditawarkan hanyalah seramai 7455 orang (24.9% daripada jumlah permohonan). Untuk tahun 2011, sebanyak 3545 permohonan ke SMKA diterima, sedangkan tempat yang ditawarkan hanyalah 490 orang sahaja (13% daripada jumlah permohonan). Baca lagi di sini...

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi Majalah Sekolah Sesi 2011

Reaksi :  
Kata-kata Aluan ini adalah untuk Majalah Sekolah bagi semua sekolah rendah, sekolah menengah harian, sekolah menengah teknik/vokasional. Untuk Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster pihak sekolah berkenaan boleh mendapat Kata-Kata Aluan KPPM daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Mayat disangka kayu

Reaksi :  
Seorang kakitangan kerajaan terkejut apabila menemui mayat yang disangkanya kayu ketika hendak menangkap ikan di kuala Sungai Teriang, Endau, kelmarin.

Abdul Hamid Osman, 41, berkata, kejadian itu berlaku jam 5.50 petang kelmarin dan mayat ditemui dalam keadaan sempurna berhampiran pokok kelapa tumbang dalam sungai.

“Di lokasi yang sama juga terdapat motosikal dalam keadaan terbalik. Baca lagi di sini...

Pertukaran Pegawai Daerah Mersing Merangkap YDP MDM amat dirasai

Reaksi :  
Pertukaran Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing (MDM), Datuk Abdul Razak Hassan ke Majlis Daerah Segamat nyata kehilangan besar kepada warga di daerah ini berikutan sifatnya yang disegani.

Setiausaha MDM, Mohd Johari Tarmidi berkata, sifat kepimpinan yang dimiliki Abdul Razak itu akan menjadi satu tauladan kepada semua kakitangan MDM.

“Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, amat disenangi dan disayangi oleh semua warga MDM,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan meraikan Abdul Razak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin. Baca lagi di sini....

Guru Tua sanggah Mokhtar Sabah

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Februari 2011. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.

Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.

Baca lagi di sini....

Lampiran 1 : Kiriman Mokhtar Sabah

Lampiran 2 : Perbincangan FB

Rabu, 9 Februari 2011

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berkuatkuasa 7 Februari 2011. Tahniah diucapkan!

PERUTUSAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011,

Reaksi :  
Siaran langsung perutusan akan disiarkan secara langsung melalui TV1,Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Februari 2011
Masa : 9.00 pagi

Sehubungan itu , tuan/puan hendaklah memastikan semua guru dan pelajar menyaksikan dan mendengar perutusan tahun baru 2011. Surat siaran telah diedarkan ke sekolah.

Terima kasih.

Surat Pekeliling SPA Bil 2 Tahun 2011 dan Surat Pekeliling SPA Bil 3 Tahun 2011

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2011 bagi menerangkan prosedur pengesahan pelantikan dan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2011 bagi menerangkan kaedah dan prosedur pengesahan dalam perkhidmatan.

ARAHAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KREATIVITI DAN INOVASI SEKOLAH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat KSPPD Bil. 3/2010 telah memutuskan bahawa satu jawatankuasa yang mengendalikan program-program berkaitan kreativiti dan inovasi yang dinamakan JAWATANKUASA KREATIVIT DAN INOVASI SEKOLAH perlulah ditubuhkan di semua sekolah dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Johor mulai 2011.

3. Sila muaturun lampiran berkenaan di bawah untuk garis panduan pembentukan jawatankuasa tersebut

Sekian makluman. Terima kasih.

TERKINI : Tarikh-Tarikh Peperiksaan Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya berikut disertakan Jadual Peperiksaan Awam dan Selaras Negeri Johor 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Sehubungan itu, pindaan perlu dibuat kepada Takwim Akademik 2011 yang telah diedarkan sebelum ini.

Wassalam.

Lampiran 1 : Tarikh_Pep.2011.pdf
Selasa, 8 Februari 2011

Pekeliling : Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Reaksi :  
Sila muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2011
Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan pegawai awam terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi akan datang yang akan dibangunkan bagi menggantikan PTK.
Sehubungan itu, JPA sedang mendapatkan maklum balas pegawai awam mengenai bentuk dan ciri penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik.

Borang Soal Selidik ini perlu diisi secara ónline' dan melibatkan semua kakitangan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutua dan Negeri.

Borang Soal Selidik tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Responden), Bahagian B (Kaedah Penilaian Menggantikan PTK) dan Bahagian C (Ciri-Ciri Penilaian Baru)

RM21,170.70 untuk Tabung Keamanan Palestin

Reaksi :  
Jalan Ibrahim - Sebanyak RM21,170.70 untuk Tabung Keamanan Palestin berjaya dikutip di sepanjang Karnival Aman Palestin yang diadakan di Dataran Pulau, di sini, baru-baru ini

Pengurus Jualan karnival berkenaan, Mohd Fauzi Abd Hamid berkata, selain diletakkan di tapak karnival, tabung itu juga turut diedarkan di seluruh daerah ini seperti di kedai, restoran, sekolah dan lain-lain lagi.

Peringatan : Standard Akademik Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan pada 28 Januari 2011 (Jumaat) di Portal Rasmi PPD Mersing dan Laman Blog ini adalah dirujuk dan berkaitan..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa dokumen Standard Akademik Negeri Johor (RPT dan Plan-J) (terkini 2011) boleh dimuat turun daripada Laman Blog ini di ruang Standard Akademik Negeri Johor (sebelah kanan anda)

Wassalam.
Isnin, 7 Februari 2011

Kutipan Tabung AMAN Palestin

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin, anjuran AMAN Palestin dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing telah berjaya diadakan pada 28 Januari hingga 6 Februari 2011 di Dataran Pulau Mersing.

Sempena karnival tersebut, kutipan amal Tabung AMAN Palestin telah dilancarkan bagi mengumpul dana kemanusiaan rakyat Palestin.

Makluman tentang perkara berkenaan telah dibuat dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil. 1/2011 pada 24 Januari 2011 (Isnin) di PPD Mersing. Sila rujuk Kertas Makluman (KM3). Tabung kutipan dana tersebut turut diedarkan semasa mesyuarat itu berjalan.

Pihak sekolah telah diberi tempoh mulai 24 - 28 Januari 2011 untuk membuat kutipan daripada warga sekolah.

Sukacitanya dimaklumkan sehingga hari ini 7 Februari 2011 (Isnin), hanya 32 buah sekolah yang telah mengambil tindakan tersebut. Ini bermakna terdapat 13 buah sekolah lagi yang belum mengambil tindakan seperti keputusan mesyuarat tersebut.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menghantar tabung tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Mohon kerjasama agar pihak sekolah yang belum berbuat demikian, dapat mengembalikan tabung tersebut dengan kadar segera kepada PPPD Kurikulum atau Pembantu Tadbir Akademik.

Ahad, 6 Februari 2011

Seminar Standard Akademik Negeri Johor Zon Tenggaroh

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama MGB Cawangan Mersing (Zon Tenggaroh) akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 Februari 2011 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SK LKTP Tenggaroh 02
Kelolaan : Zon Tenggaroh
Penceramah : Pen. Pengarah Sains dan Penyelia Kanan Matematik, Jabatan Pelajaran Johor.
Sasaran : Guru-Guru Sekolah Rendah Zon Tenggaroh

Mohon kerjasama semua pihak agar mematuhi waktu instruksional yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Sekian. Wassalam.

Laluan ke SK Peta terputus

Reaksi :  
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

MOGA SEMANGAT GURU-GURU SK PETA TETAP UTUH DAN TIDAK PERNAH LUNTUR.