* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu taklimat berkenaan surat pekeliling tersebut akan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor seperti butiran di bawah :

TARIKH : 21 FEBRUARI 2011 (Isnin)
MASA : 8.00 pagi - 12.00 tgh
PENDAFTARAN : 8.00 pagi
TEMPAT : ILP MERSING
SASARAN : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing dan Kota Tinggi

SILA PATUHI WAKTU YANG DITETAPKAN...

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya SKPM 2010 digunakan sebagai dokumen rasmi penarafan sekolah bagi menggantikan SKPM 2003.

Sehubungan itu, mohon tuan guru besar untuk membuat semakan dan perakuan pada laman web yang berkenaan (Laman web e-Penarafan). Pastikan maklumat dan data yang diisikan pada laman web tersebut adalah maklumat dan data tahun 2010. Jika pihak sekolah mengalami masalah, sila berhubung dan maklumkan pada pegawai yang berkenaan.

Tarikh TUTUP PERAKUAN bagi sekolah rendah adalah pada 27 Februari 2011.

Berikut dilampirkan surat KP (JNJK) 1100 /4/C (41) bertarikh 31 Januari 2011 dan instrumen serta jadual yang berkaitan untuk tindakan pihak sekolahh seterusnya.

Sebarang pertanyaan dan masalah bolehlah hubungi En.Mohd Fakarudin, Pen. PPD Pengurusan Kualiti di talian 019-9396782.

Sekian, terima kasih.

Lampiran 1 : KPM1.pdf
Lampiran 2 : KPM2.pdf
Program pertukaran budaya yang diadakan antara Raden Mas Primary School, Singapura dan ke Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 2 menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertukaran budaya terbaik.

Penyelaras Program, Mohd Sukhimi Md.Shah, berkata pertukaran budaya yang diadakan memberi pendedahan kepada pelajar Singapura untuk mempelajari budaya unik yang terdapat di negara ini.

Menurutnya, lawatan sambil belajar itu juga adalah salah satu lawatan ke Malaysia seterusnya mengenali sendiri kepelbagaian adat di negara ini. Baca lagi di sini.....

Tazkirah : Belajarlah daripada Angsa

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan inayahNya yang tidak berbelah-bahagi. Itulah sifat penyayang Allah yang maha agung kepada makhluknya.

Kali ini, Si Kerdil ingin memetik firman Allah :





41. Tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah SWT. (yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadahnya kepada Allah dan memujinya.. dan Allah amat mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (An-Nur : 41)

Allah SWT tidak mencipta setiap makhluknya dengan sia-sia. Setiap kejadian makhluk ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri untuk difikirkan oleh makhluk yang ulung iaitu insan yang bernama manusia berbekalkan akal dan ilmu.

Kali ini, Si Kerdil memilih satu binatang jenis burung yang unik untuk dijadikan bahan cetusan pemikiran dan pengajaran kita bersama.

ANGSA ; Sejenis binatang yang unik ciptaan Allah SWT. Watak dan budaya kerja serta sifat kerjasama sepasukan yang ada pada angsa perlu dihayati dan difikirkan. Kita sebagai manusia yang dibekalkan akal fikiran dan ilmu perlu melihat sesuatu dengan bentuk yang ilmiah serta pengiktibaran yang waras sesuai dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kalau anda tinggal di negara empat musim, maka pada musim gugur akan terlihat rombongan angsa terbang ke arah selatan untuk menghindari musim dingin. Angsa-angsa tersebut terbang dengan formasi berbentuk huruf “V” .

Apakah yang membuatkan angsa begitu hebat sehingga kita dapat belajar daripadanya? Sebenarnya ada banyak pengajaran daripada angsa yang boleh kita ambil dan terapkan dalam organisasi kita.

Kepakan sayap angsa di depan, memberi “daya dukung” bagi angsa di belakangnya. Angsa di belakang tidak perlu bersusah-payah menembusi ‘air wall’ di depannya. Hasilnya, seluruh kumpulan angsa dapat menempuh jarak terbang 71 % lebih Jauh berbanding sekiranya mereka terbeng secara bersendirian.

Kalau seekor angsa terbang keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sulit untuk terbang sendirian.

Jadual di bawah ini adalah antara teladan yang diperolehi daripada pergerakan angsa yang terbang berpindah (migrasi) dalam bentuk formasi 'V'.

Fakta

Teladan

Apabila ada angsa yang terkeluar daripada formasi ‘V’, angsa itu merasai kesukaran dan rintangan terbang bersendirian. Dengan segera ia terbang kembali masuk ke dalam formasi.

Anda terasa kesukaran apabila anda keluar daripada pasukan anda. Jangan rasa kedekut menyumbang kepada pasukan, kerana ia memberikan bantuan kepada anda juga.

Setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang di belakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk formasi ‘V, angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72 peratus lebih tinggi daripada terbang secara sendirian.

Apabila anda berkongsi matlamat yang sama dengan rakan sepasukan anda, juga mempunyai rasa kebersamaan; maka semakin mudah dan cepat anda mencapai destinasi’’ yang ingin dituju. Bekerjalah secara sepasukan dengan penuh rasa kepercayaan antara satu sama lain.

Apabila angsa di hadapan berasa penat, ia undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah. Secara automatik akan ada angsa lain yang mengambil alih tempat itu dan mengetuai formasi tadi.

Sebagai ahli pasukan, setiap ahli saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, ahli-ahli pasukan perlu menyumbangkan kemahiran, kemampuan, bakat, komitmen dan sumber yang dimiliki oleh setiap ahli.

Angsa-angsa yang berada di belakang anda berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa di depan. Ini bertujuan menaikkan semangat angsa-angsa yang berada di hadapan supaya mengekalkan kelajuan.

Pastikan ‘teriakan’ anda dalam pasukan adalah berbentuk ‘teriakan’ memberi perangsang dan motivasi. Semakin banyak dorongan di kalangan ahli kumpulan, semakin hebat pasukan itu.

Apabila ada angsa yang sakit ataupun ditembak jatuh, dua ekor angsa pasti keluar daripada formasi dan mengikuti angsa yang jatuh bagi melindungi dan memberikan bantuan. Mereka menunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula ataupun dipastikan sudah mati. Kemudian, mereka kembali ke dalam formasi V itu.

Bantulah rakan anda yang dalam kesusahan. Ini adalah sistem jaminan yang penting dalam pasukan. Dalam sistem kerja berpasukan Islam, ia disebut konsep ‘takaful’iaitu saling menjamin. Dengan sistem ini, rakan-rakan dalam pasukan berasa selamat hendak bekerja.


Harapan : Semoga semangat dan budaya sepasukan yang ada pada angsa ini dapat diamalkan sebaiknya dalam organisasi kita selari dengan Matlamat Utama untuk mencapai MardatilLah yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektik, Badar, Amanah dan Tawakkal).
Wassalam.
Jumaat, 18 Februari 2011

19 Februari 2011 - HARI PERSEKOLAHAN GANTI TAHUN BARU CINA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya diingatkan bahawa esok 19 Februari 2011 adalah HARI PERSEKOLAHAN GANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA bagi 1 Februari 2011 (Selasa)

Sehubungan itu, adalah diharapkan agar pihak sekolah dapat mematuhi waktu instruksional Pembelajaran dan Pengajaran jadual hari Selasa sepertimana surat siaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini.

Wassalam.

Ya Nabiy Mustaffa

Reaksi :  
Khamis, 17 Februari 2011

KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) DAERAH MERSING 2011 AKAN DIUMUMKAN ISNIN INI 21 FEBRUARI 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan STPM 2010 bakal dikeluarkan pada 21 Februari 2011 (Isnin).

Sehubungan itu, pengedaran keputusan tersebut akan diserahkan kepada sekolah-sekolah pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Mersing

Pengumuman peringkat negeri Johor akan diadakan di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada hari yang sama pada pukul 11.00 pagi.

Sekian ... untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Lampiran :Keputusan STPM Daerah Mersing Tahun 2009

Surat Arahan Penggantungan Pelaksanaan Arahan Pemulangan Lebihan Daripada baki Bantuan Makanan Asrama(BMA) dan Bantuan Per Kapita(PCG) Tahun 2010 Untuk Dipulangkan Kepada Akaun Hasil Kerajaan (Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010)


Berikut adalah Surat Arahan Penggantungan Pelaksanaan Arahan Pemulangan Lebihan Daripada baki Bantuan Makanan Asrama(BMA) dan Bantuan Per Kapita(PCG) Tahun 2010 Untuk Dipulangkan Kepada Akaun Hasil Kerajaan (Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010)

Bahan Audit Permata PMR Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Audit Permata PMR Daerah Mersing Bil.1/2011 telah diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 17 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Anjung Batu
Sasaran : Pengetua, GPK1, GKMP, SU Peperiksaan dan Peny. STF Sekolah

Sehubungan itu, berikut dilampirkan bahan-bahan program berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Wassalam.

Rabu, 16 Februari 2011

Program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia Edisi SR dan SM Bagi DUN Endau 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa ADUN Kawasan Endau berbesar hati menaja akhbar Utusan Malaysia bagi setiap hari Rabu dan Khamis sisipan ADaP UPSR, PMR dan SPM mulai Februari hingga Oktober 2011.

Pihak kami merakam ucapan TAHNIAH kepada sekolah-sekolah berikut kerana terpilih untuk menerima sumbangan naskhah berkenaan.

1. SMK Ungku Husin
2. SMK Mersing
3. SK Bandar Endau
4. SK Telok Lipat
5. SK Teriang
6. SK Penyabong
7. SK Tanjung Resang
8. SK Pusat Air Tawar
9. SK Lembaga
10. SK Air Papan
11. SK Tenglu
12. SK Sawah Dato'
13. SK Mersing Kanan
14. SK Peta
15. SK Labung
16. SK Tanah Abang

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan akhbar tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 17 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Ungku Husin, Endau, Mersing.

Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan dikehendaki hadir ke majlis tersebut.
Wassalam.

Tazkirah : Renungan Maulidur Rasul 2011

Reaksi :  

Andai Rasulullah Bersama Kita ( zaharuddin.net) from dakwahislami on Vimeo.

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan diteruskan pada tahun ini untuk kali yang ke 37.

Sehubungan itu, berikut dilampirkan dokumen berkaitan MTQSS 2011 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Bahan yang sama telah diedarkan ke semua sekolah dalam bentuk CD (Surat JPA4006.UPI/100-9/4/1 ( ) bertarikh 10 Februari 2011.

Lampiran 1 : TAKWIM MTQSS 2011
Lampiran 4 : Ayat Tilawah SK
Lampiran 5 : Ayat Tilawah SM

Tema Nasyid : AKIDAH KUKUH SAHSIAH TERPUJI

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mersing 1432H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa acara Perarakan Sempena Sambutan Hari Keputeraan As-Rasul 1432H yang dijadualkan pada 7.30 pagi 15 Februari 2011 (Selasa) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing adalah DIBATALKAN...

Sehubungan itu, makluman sebelum ini adalah TERBATAL.

Berikut dimaklumkan acara sambutan yang akan dilaksanakan di perkarangan Masjid Jamek Bandar Mersing :

Tarikh : 15 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 tgh.
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Bandar Mersing
Anjuran : Pejabat Agama Daerah Mersing
Tema : 1 Malaysia 1 Ummah

Program akan dimulakan dengan bacaan doa, diserikan dengan berzanji dan Ceramah Ilmiah oleh Syed Ahmad bin Syed Abdullah bertajuk Rasulullah Pemangkin Ummah.

Sambutan tersebut turut diimarahkan dengan penyampaian sepanduk terbuka oleh mana-mana pertubuhan, agensi atau jabatan kerajaan yang terlibat.

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Wassalam.

Taklimat Pemasangan Piano Digital

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat JPA4006.UPA/600-2/6/3 ( ) adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 16 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Muzik SMK Sri Mersing
Sasaran : Guru-Guru Pendidikan Muzik

Sekolah-Sekolah yang terlibat :

1. SMK Mersing
2. SK Teriang - Jemputan
3. SK Bandar Mersing
4. SK Sri Pantai
5. SK Sawah Dato'
6. SK Pusat Air Tawar
7. SK Sri Mersing
8. SK Kem Iskandar
9. SK Mersing Kanan
10. SK Air Papan
11. SK Lembaga
12. SJKC Kg. Hubong - JKD Pend.Muzik

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan agar dapat mengarahkan guru-guru yang terlibat hadir ke taklimat tersebut.

Kerjasama dan pertimbangan tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.

Program Kelas Tuisyen MRSM Untuk Masyarakat Setempat Anjuran MARA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat kami JPA4006.UPA/100-1/1 ( ) adalah berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK MARA Bil.2/2008 telah bersetuju untuk melaksanakan Program Kelas Tuisyen untuk masyarakat setempat yang akan dikendalikan oleh MRSM Mersing.

Program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memberi perkhidmatan bimbingan kepada pelajar-pelajar Bumiputera dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat PMR selain bekerjasama dengan masyarakat setempat dalam aktiviti yang boleh meningkatkan pencapaian pelajar.

Sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu (20 orang)
2. SMK Mersing (15 orang)
3. SMK Sri Mersing (20 orang)

JUMLAH KESELURUHAN : 55 orang calon PMR 2011.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengenalpasti calon-calon PMR 2011 yang betul-betul boleh memberi komitmen yang baik kepada tuisyen tersebut.

Senarai penuh calon-calon yang terlibat hendaklah dihantar ke PPD Mersing dengan kadar SEGERA.. u.p PPPD Kurikulum.

Wassalam..

Lampiran : Tuisyen_MARA.pdf

Pelaksanaan SEGAK 2011

Reaksi :  
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008.

Berikut dilampirkan surat JPNJ:SPA (05)/600-3/6/2 (6) serta jadual pelaksanaannya untuk makluman dan tindakan sekolah seterusnya.

Wassalam.