Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 25 Februari 2011

Program CAKNA Mersing Bil.3/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Februari 2011 (Isnin)
Tempat : SK Tenglu
Masa :

7.20 pagi : Perhimpunan Pagi
8.00 pagi : Taklimat Pelaksanaan Program
8.30 pagi : Program CAKNA Mersing Bil.3/2011

Sekian. Wassalam.

Tuisyen PMR Anjuran MARA akan bermula pada 27 Februari 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan makluman sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya tuisyen berkenaan akan bermula pada 27 Februari 2011 (Ahad) seperti ketetapan berikut :

8.30 - 10.30 pagi - KELAS 1
10.30 - 11.00 pagi - MINUM PAGI
11.00 pagi - 1.00 ptg. - KELAS 2
1.00 - 2.30 ptg. - REHAT & MAKAN TGH.
2.30 - 4.30 ptg. - KELAS 3

Sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu (24 orang)
2. SMK Mersing (15 orang)
3. SMK Sri Mersing (21 orang)

Sehubungan itu, mohon pihak sekolah memastikan semua pelajar yang terlibat, memakai uniform sekolah sewaktu mengikuti program tersebut.

Sekian. Wassalam.

Khamis, 24 Februari 2011

Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011

Reaksi :  
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya diingatkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008.

Ujian SEGAK tersebut boleh dibuat di dalam dan luar waktu Pembelajaran dan Pengajaran MP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Ujian SEGAK Bil.1/2011 - 1 hingga 29 Mac 2011
Ujian SEGAK Bil.2/2011 - 5 hingga 30 Sept. 2011

Aplikasi SEGAK Negeri Johor versi terkini sedang diujilari oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.
Aplikasi yang lengkap akan diedarkan selepas itu.

Sehubungan itu... dapatan ujian berkenaan hendaklah menggunapakai aplikasi terbaru yang akan dibekalkan kelak.

Wassalam.
Rabu, 23 Februari 2011

Takwim Sektor Pengurusan Akademik JPN Johor 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya, berikut dilampirkan takwim berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Pengurusan Fail Panitia MP Mata Pelajaran Sekolah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut dilampirkan surat JPNJ tentang perkara tersebut sepertimana edaran sebelum ini untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Wassalam.

Taklimat Penyelarasan Modul Program Kecemerlangan UPSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

Guru-Guru yang terlibat adalah seperti berikut :

Bil.

Nama

Sekolah

Catatan

1

MOHAMED AZHAR BIN SHAHRUDDIN

SK SAWAH DATO’

PROGRAM MENGGILAP PERMATA

2

SHIMATON BINTI SHAMSURI

SK SAWAH DATO’

3

ZAINAL BIN OMAR

SK LKTP TENGGAROH 01

4

KHATIJAH BT AWANG

SK TENGLU

5

ROSLI BIN AHMAD

SK NITAR 01

6

MOHD FADZILAH BIN MOHD ALI

SK SRI MERSING

PROGRAM HALUS PERMATA

7

ZANARIAH BINTI ZAKARIAH

SK MERSING KANAN

8

ZABIDAH BT ABDULLAH

SK BANDAR ENDAU

9

KHAIRUL ASMADI BIN ABU BAKAR

SK KEM ISKANDAR

10

NORSIAH BINTI BABA

SK BANDAR MERSING

Selasa, 22 Februari 2011

Terkini : Program Kelas Tuisyen MRSM 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan bermula pada 27 Februari 2011 (Ahad) ini di MRSM Mersing seperti edaran atau hebahan sebelum ini.

Sehubungan itu, mohon pihak sekolah memastikan semua pelajar yang terlibat, memakai uniform sekolah sewaktu mengikuti program tersebut.

Sekian. Wassalam.



Isnin, 21 Februari 2011

Makluman : Pertukaran dan Pelantikan Guru Besar serta Guru Kanan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan pergerakan dan pelantikan Guru Besar serta Guru Penolong Kanan seperti berikut :

1. En.Abd. Wahab bin Mohamad, GPK Pentadbiran SK LKTP Tenggaroh 04 ditukarkan sebagai Guru Besar di SK Pemanggil.
2. En.Abd. Razak bin Husain, Guru Penolong SK Peta ditukarkan sebagai Guru Besar di sekolah yang sama.
3. Hj. Sharifudin bin A.Kahar, GPK Pentadbiran, SK Sri Pantai ditukarkan sebagai Guru Besar di SK LKTP Tenggaroh 04.
4. En.Saidan bin A.Jalal, Guru Besar SK Pemanggil ditukarkan sebagai Guru Besar di SK LKTP Tenggaroh 01.
5. Hj. Nazari bin Zainuddin, Guru Besar SK Peta ditukarkan sebagai Guru Besar di SK LKTP Tenggaroh 06.
6. Pn. Salmah binti Abdul Ghani, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 ditukarkan sebagai Guru Besar di SK Parit Pechah, Muar.
7. Pn. Noor Azlin Chang binti Abdullah, Guru Penolong SJKC Chiao Ching ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama.
8. En. Puade bin Jamak, Guru Penolong SK Lembaga, Endau ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 03.
9. En. Sazali bin Nasir, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 06 ditukarkan sebagai Guru Besar di SK Bukit Mahkota, Kota Tinggi.
10. Pn. Khalijah binti Attan, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01 ditukarkan sebagai Guru Besar di SK FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi.

PERHATIAN : SEMUA PERTUKARAN TERSEBUT BERKUAT KUASA PADA 16 FEBRUARI 2011.

Sekian. Wassalam.

Pencapaian STPM Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbbah.

Al-Hamdulillah .. jutaan syukur ke hadrat Allah SWT atas taufik dan inayahNya membenarkan kita terus mengecapi nikmat kehidupan di dunia yang fana' ini..

Al-Hamdulillah .. berkat usaha yang berterusan para guru dan pelajar, maka hari ini keputusan STPM 2010 telah diumumkan dengan baik.. Ini juga telah mempamerkan keberhasilan usaha para guru dan pelajar yang komited dan beristiqamah..

PENCAPAIAN DAERAH MERSING

PERATUS LULUS PENUH :
92.62 % (-5.29 berbanding 97.91% tahun 2009)

PNGK :
1.98 (-0.31 berbanding 2.29 tahun 2009)

Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing di tempat yang ke 10 dalam kedua-dua kategori berbanding Tempat Pertama (kategori peratus lulus) pada tahun 2009.

Terima kasih dirakamkan untuk rakan-rakan guru dan pelajar yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sebelum ini. Moga cabaran ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus maju ke hadapan .. dan terus MENCIPTA SEJARAH MEMAHAT TAMADUN.

Wassalam.