* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 11 Mac 2011

Jambatan Peta hanyut lagi

Reaksi :  
Laporan terdahulu... 7 Mac 2011

KINI... 11.30 pagi ..11 Mac 2011 (Jumaat)

Harap guru-guru dan warga Kampung Peta dapat bersabar dengan cubaan Ilahi...

Hikmahnya hanya Allah yang tahu..
Rabu, 9 Mac 2011

Tazkirah : Bagaimana mencapai kecemerlangan

Reaksi :  
  • Sentiasa muraqabah dan muhasabah diri.
  • Jadikan agama sebagai teras hidup.
  • Memelihara ibadah.
  • Membentuk matlamat yang murni.
  • Cari berkat dalam pekerjaan.
  • Bertindak dengan cemerlang.
  • kehidupan seimbang (dunia dan akhirat)
  • Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
  • Ingat akan mati.
  • Berfikiran positif.
  • Maaf memaafi.
  • Berakhlak mulia.
  • Sentiasa belajar dan mengajar.
  • Sentiasa bersyukur.
  • Sentiasa berdoa. #
Selasa, 8 Mac 2011

Tazkirah : Orang cemerlang

Reaksi :  
Orang cemerlang adalah orang yang sentiasa ada kerja untuk dilakukan. Tak kira apa pekerjaanpun. Cuba ukur diri anda sendiri..... kalau sibuk sangat, banyak perkara yang hendak dilakukan, itu tandanya anda seorang yang cemerlang.
Tapi.. kalau tak tahu apa nak buat, bukan tak de kerja, ada, tapi tak tahu nak buat apa, itu tandanya anda memang tak boleh harap. Orangpun dah tak harapkan anda...

Jangan jadi macam tu. Ingat, TUHAN jadikan kita bukan untuk sia-sia. Tanpa kita, alam ini tak 'complete'. Maka kita dijadikan dengan tugasan dan kewajipan. Maka, kalau anda ada kewajipan dan ada tugas, tandanya anda telah menepati antara sebab-sebab anda dijadikan. Selain memperhambakan diri kepada Allah SWT, kita juga ada tanggungjawab sosial dan semasa..

Sumber : Ada Bagus Bagusss (Dr.HM Tuah Iskandar)
Isnin, 7 Mac 2011

PERINGATAN : Tarikh-Tarikh Peperiksaan Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan surat kami sebelum ini adalah dirujuk.
Memandangkan keperluan tertentu, kami sekali lagi mengingatkan pihak sekolah tentang tarikh-tarikh peperiksaan 2011 yang telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sila lihat lampiran berikut :

Gotong Royong membina jambatan ke Kampung Peta

Reaksi :  


Peringatan : BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SJK TAHUN 2011

Reaksi :  
Kepada ,

Guru Besar
SJKC Pai Chee
SJKC Jemaluang
SJKC Chiao Ching
SJKC Kg. Hubong

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SJK 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran di bawah :

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia.
Tarikh : 8 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Malaysia Tahun Enam

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
Tarikh : 9 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Inggeris Tahun Enam

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Cina.
Tarikh : 10 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Cina Tahun Enam

Keterlibatan :

- SJKC Pai Chee x 3 orang
- SJKC Jemaluang x 2 orang
- SJKC Chiao Ching x 3 orang
- SJKC Kg. Hubong x 2 orang

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA, SOALAN-SOALAN RUJUKAN DAN KEMUDAHAN 'BROADBAND'.

Wassalam.

Peringatan : BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2011

Reaksi :  
Kepada ,

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Mersing
(SK Peta, SK-SK Pulau dikecualikan)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2011
(Program Menggilap Permata dan HALUS Permata 2011)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran di bawah :

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia.
Tarikh : 7 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Malaysia Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Sains .
Tarikh : 8 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Sains Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
Tarikh : 9 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Inggeris Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Matematik .
Tarikh : 10 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Matematik Tahun Enam

* Dua orang guru (seorang guru yang mengajar Kelas 'Elite' dan seorang guru yang mengajar Kelas Lemah) daripada Sekolah Gred A & B, manakala seorang daripada Sekolah Kurang Murid.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA, SOALAN-SOALAN RUJUKAN DAN KEMUDAHAN 'BROADBAND'.

Wassalam.

Permohonan Pertukaran Jun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa rakan-rakan yang hendak mohon tukar pada sesi Jun ini pastikan data anda disahkan oleh PK1 dan Pengetua/Guru Besar dalam e-Operasi