* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 25 Mac 2011

Surat kepada Pengarang : GURU RAYU KEMBALIKAN ELAUN PERTUKARAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Semporna, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh22 Mac 2011Guru rayu kembalikan elaun pertukaran.
Elaun tuntutan perpindahan dan pertukaran merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan kepada aduan ini didapati bahawa, pengadu bercadang untuk memohon pertukaran dari Sabah ke Semenanjung bagi mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengadu dimaklumkan tiada peruntukan disediakan bagi elaun pertukaran sesi Jun 2011.

Surat kepada Pengarang : PEMILIHAN PPG BERAT SEBELAH

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times bertarikh 23 Februari 2011Jaminan KPM ambil anak tempatan jadi guru disambut baik.
KPM sedia melatih calon guru apabila ada keperluan dan perjawatan. Setiap calon yang memohon program KPLI perlu mengikuti prosedur pemilihan yang ditetapkan iaitu:
1. Ujian Kelayakan atau Malaysian Teachers Selection test (MTeST)
2.ProsesTemuduga
3.Proses Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan
Walaupun GSTT mempunyai pengalaman mengajar tetapi mereka juga perlu melalui saringan atau tapisan sebelum dipilih mengikuti kursus perguruan yang ditawarkan. KPM amat menitikberatkan pemilihan calon guru berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan bagi melahirkan bakal pendidik yang berkualiti.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat kepada Pengarang : NEED FOR TEACHERS’ CODE OF CONDUCT

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Disturbed Parent, Penang, published in THE STAR dated 28 Februari 2011on the issue of – Need for teachers’ code of conduct.
Seperti yang sedia maklum, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi elemen-elemen berkenaan konsep SGM. Diantaranya adalah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, SGM tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada semua warga pendidik demi menjamin kualiti guru dan kecemerlangan profesion keguruan. Selain itu, BPG juga berperanan mengenal pasti guru-guru untuk menghadiri kursus Amalan Nilai Profesionalisme Pendidik bagi meningkatkan kualiti profesionalisme mereka dan seterusnya mengamalkan Etika Keguruan dalam melaksanakan tugas. Berdasar kepada perkara-perkara tersebut, KPM memang memberi penekanan terhadap nilai-nilai murni seorang guru.

Surat kepada Pengarang : TEACHERS SHOULD SHOW MORE CONCERN

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Another Disturbed Parent, Shah Alam, published in THE STAR dated 1 Mac 2011on the issue of – Teachers should show more concern.
Seperti yang sedia maklum, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi elemen-elemen berkenaan konsep SGM. Diantaranya adalah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, SGM tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada semua warga pendidik demi menjamin kualiti guru dan kecemerlangan profesion keguruan. Selain itu, BPG juga berperanan mengenal pasti guru-guru untuk menghadiri kursus Amalan Nilai Profesionalisme Pendidik bagi meningkatkan kualiti profesionalisme mereka dan seterusnya mengamalkan Etika Keguruan dalam melaksanakan tugas. Berdasar kepada perkara-perkara tersebut, KPM memang memberi penekanan terhadap nilai-nilai murni seorang guru.
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
Assalamu a'likum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil mengucapkan tahniah atas pencapaian sekolah-sekolah daerah Mersing dalam SPM 2010.

Berikut dipaparkan pencapaian sekolah-sekolah daerah Mersing dalam 10 sekolah terbaik negeri Johor mengikut mata pelajaran.

Bil

Mata Pelajaran

Sekolah

Keddkan

GKMP

1

Bahasa Malaysia

SMSSI

2

0.40

2

Bahasa Inggeris

SMSSI

7

1.76

3

Pend. Islam

SMSSI

2

0.74

4

Sejarah

SMSSI

1

0.40

5

Matematik

SMSSI

2

0.44

6

Bah.Arab Tinggi

SMSSI

1

1.99

7

Mate Tambahan

SMSSI

2

1.92

8

Perakaunan

SMKPC

10

1.89

9

Lukisan Kejuruteraan

SMSSI

3

1.89

10

Teknologi Kejuruteraan

SMSSI

2

2.71

11

Teknologi Kejuruteraan

SMKAB

6

4.43

12

Fizik

SMSSI

2

2.48

13

Kimia

SMSSI

4

2.46

14

Sains Sukan

SMKSM

3

3.39

15

Pend.Al-Quran dan Sunnah

SMSSI

3

1.04

16

Pend. Syariah Islamiyyah

SMSSI

1

0.87

17

Bahasa Cina

SMKSM

8

2.67

18

Pendawaian Domestik

SMKM

2

4.41

19

Kimpalan Arka dan Gas

SMKUH

2

3.36

20

Catering dan Penyajian

SMKAB

6

3.56

21

Seni Reka Tanda

SMKAB

2

2.65

Anugerah SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada 23 Mac 2011 di MPC Johor Bahru dengan pencapaian yang agak membanggakan .(seperti hebahan 23 Mac 2011)

Berikut dimaklumkan beberapa anugerah yang telah disampaikan dalam majlis tersebut :

1. Anugerah Khas Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang, Kategori Pencapaian Lonjakan Saujana.
(PPD Mersing)

2. Anugerah Khas Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang, Pencapaian Paling Cemerlang.
(PPD Mersing)

3. Anugerah Khas Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang, Kategori Peratus Pelajar Layak Mendapat Sijil.
(PPD Mersing)

4. Anugerah Khas Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang, Kategori Pencapaian Peratus Pelajar Paling Cemerlang Tertinggi.
(PPD Mersing)

Anugerah Pelajar Cemerlang Tertinggi (Anugerah Negeri Johor) :

1. Ahmad Salim Mohsin, SMSSI (9A+)
2. Nuur Mursyiidah Muhammad, SMSSI (9A+) (Anugerah Johor dan Kebangsaan)

Anugerah Sekolah Cemerlang :

1. Anugerah Sekolah Cemerlang - Kategori Sekolah Berasrama Penuh : Tempat Kedua
Negeri : SM Sains Sultan Iskandar

2. Anugerah Sekolah Cemerlang - Kategori Lonjakan Saujana : Tempat Ketiga Negeri :
SMK Sri Mersing

3. Anugerah Sekolah Cemerlang - Kategori Sekolah yang mencapai ETR : SMK Sri
Mersing dan SMK Ungku Husin

4. Anugerah Sekolah Cemerlang - yang mencapai 100% layak mendapat sijil : SM
Sains Sultan Iskandar dan SMK Sri Mersing

SYABAS DAN TAHNIAH...

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi ini adalah inisiatif Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan staf yang banyak memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam pengurusan akademik PPD Mersing. Anugerah berkenaan telah dilaksanakan bermula tahun 2008 hingga kini.

Si Kerdil merakamkan penghargaan dan tahniah kepada rakan-rakan pegawai dan staf yang telah diberikan anugerah tersebut seperti berikut :

TAHUN 2008

1. EN.DZULKIFLI JAAFAR
Penyelia Kanan Teknik & Vokasional
2. PN. SAPURA IBRAHIM
Pembantu Am Pejabat N1
3. PN.NORAZITA MD.TAIB
Pembantu Tadbir Rendah N11

TAHUN 2009

PN.WAN SUZELAWATY WAN MAHMOOD
Pembantu Tadbir Kewangan


Bagi tahun 2010 , sukacitanya dimaklumkan bahawa anugerah tersebut telah diberikan kepada pegawai-pegawai berikut :

PN. MAIMUNAH MOHAMAD
Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan

UST. OTHMAN BIN AHMAD
Penyelia Pendidikan Islam

TAHNIAH DAN SYABAS.
Teruskan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Khamis, 24 Mac 2011

Lagi Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011

Reaksi :  
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya diingatkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008.

Ujian SEGAK tersebut boleh dibuat di dalam dan luar waktu Pembelajaran dan Pengajaran MP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Ujian SEGAK Bil.1/2011 - 1 hingga 29 Mac 2011
Ujian SEGAK Bil.2/2011 - 5 hingga 30 Sept. 2011

Aplikasi SEGAK Negeri Johor versi terkini (030311) telah siap dibina oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.
Sistem ini hanya perlu diselaraskan dengan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sedia digunapakai oleh pihak sekolah. (tanpa masukkan maklumat murid satu persatu)

Sehubungan itu... dapatan ujian berkenaan hendaklah menggunapakai aplikasi terbaru tersebut seperti dilampirkan.

Bengkel Verifikasi Data tersebut akan dilaksanakan awal April nanti.

Wassalam.

Rabu, 23 Mac 2011

Pencapaian SPM Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, lafaz syukur dirafa'kan kehadrat Yang Maha Esa Rabbul Jalil atas limpah kurnia nikmat dan rezeki yang tidak terkira, juga tidak ternilai harganya kepada hambaNya.

Al-Hamdulillah, daerah Mersing telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang SPM 2010 dalam semua kategori Cemerlang, Lulus dan GPS.

Si Kerdil merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik, guru-guru dan murid-murid yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu , berterusan, berpaksikan kepada nilai keikhlasan yang tulus untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Kejayaan yang Mersing capai pada hari ini adalah hasil usaha, keikhlasan dan strategi yang ditanam oleh rakan-rakan kita yang terdahulu...kemudian dicanai dengan baik, ... dengan penambahbaikan dan inovasi yang berkesan secara jamae'i sepasukan.. akhirnya memberi impak kepada pencapaian.. demi pencapaian yang membanggakan... hinggalah hari ini Mersing dicatatkan berada di TEMPAT KE 3 Negeri Johor dalam SPM 2010...

Sejarah terbaik adalah pada tahun 2008 di mana Mersing dinobatkan tempat 1 , kategori GPS. Kemudian tempat ke 4 ppada tahun 2009.

Butiran pencapaian Mersing dalam SPM 2010 adalah seperti berikut :

MERSING HEBAT - MERSING NO 3

PERATUS LULUS : 94.01% (+ 1.48 %)
PERATUS CEMERLANG : 2.74 % (+ 0.94%)
GPS : 5.04 (- 0.28)

Pelajar Cemerlang Daerah Mersing :

1. Ahmad Salim Mohsin, SMSSI (9A+)
2. Nuur Mursyiidah Muhammad, SMSSI (9A+)
3. Lee Sue Hong, SMKSM (9A+, 2A)
4. Aliah Mustafa, SMSSI (9A+,1A,1A-)
5. Nurul Farhana Jumari , SMSSI (9A+, 1A, 1A-)

Lampiran :


Hebahan terdahulu :