Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 30 Mac 2011

Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam

Reaksi :  
Seorang pelajar Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

“Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.

Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.

“Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.

“Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan,” kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.

Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.

“Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.

“Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga,” kata anak kelima daripada 10 beradik.

Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.

Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya. — Bernama

Selasa, 29 Mac 2011

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Johor 2010

Reaksi :  

Tokoh Guru Negeri Johor 2010

Reaksi :  
Isnin, 28 Mac 2011

Ranking SPM 2010

Reaksi :  
1. Ranking SBP bagi Keputusan SPM 2010.

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010

Reaksi :  

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Lihat butiran penuh di sini....

Di sebalik kejayaan SPM 2010

Reaksi :  
1. Anak penjaja ikan hargai pengorbanan bapa

Program CAKNA Mersing Bil.4/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 30 Mac 2011 (Rabu)
Masa :

8.00 - 10.00 pagi (Pemantauan PnP)
10.00 - 12.15 tgh (Pemantauan Berfokus mengikut bidang)
12.15 tgh. - 1.00 ptg. (Rumusan)
1.00 - 2.30 ptg. (Perjumpaan dengan Semua Guru)

Tempat : SK Sri Mersing

Wassalam....

BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENULISAN TOKOH GURU & SEJARAH TEMPATAN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sasaran :

Pengetua SMK Sri Mersing (JKD Sejarah)
Guru Besar SK Tenggaroh 04 (JKD Kajian Tempatan)
En. Ayob bin Ibrahim @ Din (SMK Mersing)
Pn. Roslina bt. Ghazali (SMK Tan Sri Abd.Kadir)
Pn. Afidah bt. Mohd. (SMK Anjung Batu)
En. Nazim bin Subari (SMK Ungku Husin)
Ust. Mohd. Syah bin Muda (SK Tenggaroh 02)
En. Haron Asnawi (Persatuan Penulis Mersing)

Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir ke bengkel berkenaan. Peserta diminta membawa komputer riba dan senarai tokoh guru daerah dari dulu (paling awal yang boleh dijejaki) hingga 2010 serta rujukan sejarah tempatan semasa menghadiri bengkel tersebut.

Sekian. Wassalam.
Ahad, 27 Mac 2011

Cikgu Nawiah binti Rosdi, SMSSI meninggal dunia jam 11.20 mlm. 26 Mac 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Dukacitanya dimaklumkan berita Pn. Nawiah binti Rosdi, seorang guru di SM Sains Sultan Iskandar telah meninggal dunia pada jam 11.20 malam 26 Mac 2011 di Wad ICU, Hospital Pontian, Johor...

Al-Hamdulillah.. pagi tadi Si Kerdil sempat menziarahi keluarga beliau di Kg. Seri Bunian, Pontian. Jenazah beliau telah selamat disemadikan tengahari tadi di Tanah Perkuburan kampung tersebut.

Beliau meninggalkan seorang suami (En.Abd. Razak bin Pid, GPK Koko SMK Anjung Batu) dan tiga orang cahaya mata.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh....

Baca lagi di sini....