* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 9 April 2011

SISTEM SEMAKAN DAN KELAYAKAN LEPASAN SPM/STPM KE PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH DI MANA-MANA UNIVERSITI DI MALAYSIA

Reaksi :  
Sila layari http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Khas Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) boleh dibuat mulai 04 April 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia :http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmkhas_2011

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

Reaksi :  
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan boleh dibuat mulai 03 April 2011 (Ahad) sehingga 23 April 2011 (Sabtu)mengikut zon,melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://apps.moe.gov.my/biasiswa

Kursus Integrasi ICT Dalam P& P Secara Dalam Talian

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan pengajaran.

Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)

Reaksi :  
Permohonan pertukaran antara negeri kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi bulan Julai 2011 melalui E-Tukar Bukan Guru telah dibuka mulai 1 April 2011 sehingga 30 April 2011 melalui linkhttp://apps.moe.gov.my/etukar

Program Studython Sains dan Matematik Ting.3 MRSM Mersing

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa MRSM Mersing akan menganjurkan Program Studython khusus untuk pelajar-pelajar Ting.3. Program ini melibatkan dua mata pelajaran utama iaitu Sains dan Matematik.

Tarikh : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah MRSM Mersing

Pihak MRSM berbesar hati menjemput sekolah-sekolah berhampiran menyertai program berkenaan seperti butiran berikut :

1. MRSM Mersing (28 orang)
2. SM Sains Sultan Iskandar (8 orang)
3. SMK Sri Mersing (8 orang)
4. SMK Anjung Batu (8 orang)
5. SMK Mersing (8 orang)
6. SMK Nitar (8 orang)
7. SM Arab Al-Khairiah (8 orang)
8. SMK Tenggaroh A (8 0rang)
9. SMK Tan Sri Abd. Kadir (8 orang)
10. SMK Pai Chee (8 orang)

Pihak sekolah perlu melantik seorang Guru Pengiring (keutamaan adalah daripada kalangan guru Sains dan Matematik)

Yuran Penyertaan : RM100.00 bagi setiap sekolah (makan minum, fail dan hadiah)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak MRSM.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Khamis, 7 April 2011

PELAPORAN SEGAK ATAS TALIAN PPD MERSING

Reaksi :  
Arahan SEGAK :

a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
b. 5 Set Ujian SEGAK
i. Pengiraan Indeks Jisim Badan
ii. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
iii. Ujian Tekan Tubi
vi. Ujian Ringkuk Tubi Separa
v. Ujian Jangkauan Melunjur
c. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun:
i. Ujian SEGAK Bil. 1/2011 ( 1 - 29 Mac 2011 )
ii. Ujian SEGAK Bil. 2/2011 ( 5 - 30 Sept. 2011)

Pelaksanaan SEGAK 2011

Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011

Lagi Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011


Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi SEGAK 030311
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak
Lampiran 5 : SMMv4.rar
KERJASAMA TUAN/PUAN ADALAH SATU PENGHORMATAN KEPADA KECEMERLANGAN DAERAH MERSING.
MERSING HEBAT

Aplikasi Atas Talian : e-SEGAK
Rabu, 6 April 2011

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Ang Swee Hoon, Guru Besar SJKC Kg. Hubong kerana telah dianugerahkan ANUGERAH PENGURUSAN PROFESIONAL BERPRESTASI TINGGI 2010 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan PPD Mersing pada 6 April 2011.

TAHNIAH.
Selasa, 5 April 2011

TAKLIMAT PENGGUNAAN MODUL PROGRAM MENGGILAP PERMATA MERSING TAHUN 2011 (BAGI SJK)

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SJKC

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 12 April 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Semua Guru bagi setiap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Tahun Enam.


Sehubungan itu, kami memohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.

Wassalam.

TAKLIMAT PENGGUNAAN MODUL PROGRAM MENGGILAP PERMATA MERSING TAHUN 2011 (BAGI SK)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh.
Tempat : SK Sawah Dato'
Sasaran : Seorang Guru bagi setiap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. (satu sekolah 4 orang guru)

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.

Wassalam.

Ahad, 3 April 2011

MESYUARAT JKD SEJARAH DAERAH MERSING BIL. 1/2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2011 (Jumaat)

Masa : 3.00 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Mersing

Sasaran : Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah Sekolah

Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing

Turut Hadir : Wan Nadzri bin Wan A.Rahman @ Wan Mohamed, PPPD Kurikulum

AGENDA :

a. Ucapan alu-aluan Pengerusi JKD.

b. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.

c. Perkara-perkara berbangkit.

d. Audit Akademik PMR dan SPM 2010

e. Perancangan Program Kecemerlangan 2011

g. Hal-hal lain.

2. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan agar dapat membenarkan Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah sekolah tuan hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

3. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

Assalamu a’laikum wrth. dan Salam Mahabbah

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan bengkel berkenaan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 7 APRIL 2011 (KHAMIS)

Masa : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

Tempat : BILIK MESYUARAT PPD MERSING

2. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan dapat membenarkan seorang Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) sekolah tuan hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

3. Sehubungan itu juga, tuan diminta membawa bersama komputer riba dan data mentah pelaksanaan SEGAK bulan Mac serta Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini semasa menghadiri bengkel tersebut.

4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“MERSING HEBAT”

Lampiran : Aplikasi SEGAK 030311

Pelaksanaan Mesyuarat JKD Mata Pelajaran 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat kami JPA4006.UPA/100-8/1/6 ( ) bertarikh 10 Januari 2011 M adalah berkaitan.

2. Sukacita diingatkan bahawa tuan diminta mengadakan mesyuarat JKD mengikut mata pelajaran sebagaimana lantikan kami sebelum ini. Mesyuarat berkenaan hendaklah dijalankan sebanyak tiga kali setahun.

3. Semoga kepercayaan yang diberikan ini akan memberi impak yang besar kepada arus perubahan pendidikan daerah Mersing bagi tahun 2011.

4. Sehubungan itu, pihak tuan diharapkan agar dapat mengatur strategi kecemerlangan yang berkesan mengikut bidang masing-masing.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan pendidikan daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

JKD Mengikut MP (M) 2011

JKD Mengikut MP (R) 2011

Sejarah Mersing

Reaksi :  

Sejarah Mersing