الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

SISTEM SEMAKAN DAN KELAYAKAN LEPASAN SPM/STPM KE PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH DI MANA-MANA UNIVERSITI DI MALAYSIA
Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Khas Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMU)
Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Khas Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) boleh dibuat mulai 04 April 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia :http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmkhas_2011
Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.
Arahan SEGAK : a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 b. 5 Set Ujian SEGAK i. Pengiraan Indeks Jisim Badan ii. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit iii. Ujian Tekan Tubi vi. Ujian Ringkuk Tubi Separa v. Ujian Jangkauan Melunjur c. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun: i. Ujian SEGAK Bil. 1/2011 ( 1 - 29 Mac 2011 ) ii. Ujian SEGAK Bil. 2/2011 ( 5 - 30 Sept. 2011) Pelaksanaan SEGAK 2011Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011Lagi Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 Lampiran 2 : Aplikasi SEGAK 030311 Lampiran 3 : Manual_SEGAK Lampiran 4 : Prosedur_Segak Lampiran 5 : SMMv4.rar | |
KERJASAMA TUAN/PUAN ADALAH SATU PENGHORMATAN KEPADA KECEMERLANGAN DAERAH MERSING. MERSING HEBAT Aplikasi Atas Talian : e-SEGAK |
TAKLIMAT PENGGUNAAN MODUL PROGRAM MENGGILAP PERMATA MERSING TAHUN 2011 (BAGI SJK)
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 12 April 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Semua Guru bagi setiap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Tahun Enam.
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Wassalam.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh.
Tempat : SK Sawah Dato'
Sasaran : Seorang Guru bagi setiap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. (satu sekolah 4 orang guru)
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Wassalam.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 8 April 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Mersing
Sasaran : Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing
Turut Hadir : Wan Nadzri bin Wan A.Rahman @ Wan Mohamed, PPPD Kurikulum
AGENDA :
a. Ucapan alu-aluan Pengerusi JKD.
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
c. Perkara-perkara berbangkit.
d. Audit Akademik PMR dan SPM 2010
e. Perancangan Program Kecemerlangan 2011
g. Hal-hal lain.
2. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan agar dapat membenarkan Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah sekolah tuan hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.
3. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.
Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.
Sekian. Wassalam.
BENGKEL VERIFIKASI STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) TAHUN 2011
Assalamu a’laikum wrth. dan Salam Mahabbah
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan bengkel berkenaan sebagaimana ketetapan berikut :
Masa : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT PPD MERSING
2. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan dapat membenarkan seorang Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) sekolah tuan hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.
3. Sehubungan itu juga, tuan diminta membawa bersama komputer riba dan data mentah pelaksanaan SEGAK bulan Mac serta Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini semasa menghadiri bengkel tersebut.
4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Lampiran : Aplikasi SEGAK 030311
2. Sukacita diingatkan bahawa tuan diminta mengadakan mesyuarat JKD mengikut mata pelajaran sebagaimana lantikan kami sebelum ini. Mesyuarat berkenaan hendaklah dijalankan sebanyak tiga kali setahun.
3. Semoga kepercayaan yang diberikan ini akan memberi impak yang besar kepada arus perubahan pendidikan daerah Mersing bagi tahun 2011.
4. Sehubungan itu, pihak tuan diharapkan agar dapat mengatur strategi kecemerlangan yang berkesan mengikut bidang masing-masing.
Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan pendidikan daerah Mersing.
Sekian. Wassalam.