* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 15 April 2011

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT YAYASAN PELAJARAN JOHOR 2011

Reaksi :  
Assalamualaikum wrkth.

Sukacita dimaklumkan, Yayasan Pelajaran Johor telah memilih dua buah sekolah bagi seluruh negeri Johor dan bukannya dua buah sekolah bagi setiap daerah bagi pelaksanaan Program Sekolah Angkat YPJ 2011.

2. Dua buah sekolah yang terpilih ialah SMK Tanjung Puteri Resort dalam daerah Pasir Gudang dan SK Tunjuk Laut dalam daerah Kota Tinggi.

3. Kami mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan minat untuk program tersebut.

Sekian makluman.
TAWARAN UNTUK MENJADI GURU TENAGA PENGAJAR KELAS TUISYEN IBNU SINA YPJ 2011 BAGI GURU-GURU OPSYEN FIZIK, KIMIA, BIOLOGI DAN MATEMATIK TAMBAHAN BAGI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING ( TERMASUK JUGA DARI MRSM DAN SMS SULTAN ISKANDAR )

Assalamualaikum wrbtkh.

Merujuk kepada perkara di atas , TAWARAN adalah dibuka kepada semua guru opsyen sains tulen ( Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan ) yang berkelayakan dan komited dari sekolah-sekolah menengah daerah Mersing termasuk dari MRSM Mersing dan juga SM Sains Sultan Iskandar untuk menjadi guru tenaga pengajar kelas Tuisyen IBNU SINA bagi sekolah-sekolah menengah terpilih di daerah Mersing.

2. Tawaran ini juga adalah terbuka kepada kepada Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran malah dari kalangan Pengetua yang berminat berdasarkan kepada opsyen subjek masing-masing.

3. Secara umumnya TAWARAN ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat asas yang berikut:-

3.1 Tempoh kelas tuisyen tersebut adalah berjumlah selama 40 jam dan akan dijalankan bermula April sehingga Oktober 2011.

3.2 Guru tenaga pengajar akan dibayar oleh YPJ sejumlah RM4000.00 bagi sesi 40 jam itu (RM100.00 @ 1 jam)

3.3 Kelas tuisyen boleh dilaksanakan selama 2 atau 3 jam bagi satu sesi mengikut jadual fleksibel atas persetujuan dan kelapangan guru / murid dan akan diselaras-pantau oleh Guru Penyelaras Tuisyen sekolah-sekolah yang berkenaan.

3.4 Guru tenaga pengajar Tuisyen IBNU SINA TIDAK DIBENARKAN mengajar kelas tuisyen di sekolah sendiri. Petempatan guru akan dibuat secara timbal-balik.

4. Sekiranya ada guru-guru yang berminat dan boleh memberikan komitmen, sila kemukakan permohonan kepada Pegawai Penyelaras Tuisyen YPJ di PPD Mersing untuk dipertimbangkan. Permohonan boleh dibuat melalui surat, email atau panggilan telefon. Alamat email ialah azman.yusof@moe.gov.my . Hantarkan juga salinan email ke < ictxzac@yahoo.com > Nombor HP: 019-9600120 / 07-7982736

Sekian makluman.
SK MERSING KANAN
SK BANDAR MERSING
SK SAWAH DATO’
SK TENGLU
SK SERI PANTAI
SK TELUK LIPAT


Tuan/Puan,

Assalamualaikum wbrkth.

1. Sukacita dimaklumkan, tiket-tiket Zoom-A tajaan YPJ telah dimasukkan ke dalam akaun sekolah, oleh itu tuan/puan diminta mendaftar tiket langganan Zoom-A tersebut kepada murid-murid yang terpilih mengikuti kelas Tuisyen Hikmah dengan kerjasama penyelaras Zoom-A sekolah masing-masing.

2. Sekiranya ada murid-murid yang berkenaan telahpun mendaftar Zoom A, ubah status langganan daripada langganan peribadi kepada langganan YPJ. Tiket langganan peribadi berkenaan diberi kepada murid lain sama ada di darjah 6 atau darjah 5. Sekiranya ada masalah dalam proses mendaftar, sila hubungi terus syarikat One Touch Education sdn. bhd di talian 09-744 3044 / 09-744 2144 / 09-748 2144 / sms 012-983 6060 / faks 09-746 1558 atau E-Mel : onetouch@zoom-a.com

Sekian makluman. Terima Kasih.
Assalamualaikum wbrtkh.

Sukacita dimaklumkan, salah satu program kecemerlangan pendidikan 2011, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah bercadang untuk menaja 10 orang pelajar Tingkatan 4sekolah menengah daerah Mersing bagi Pembelajaran Interaktif Online tutor.com.myselama setahun.

2. Berikut adalah syarat-syarat asas bagi mendapat penajaan Tutor.com tersebut.

3.1 Pelajar adalah BUKAN pelajar tajaan Tuisyen Hikmah YPJ

3.2 Pelajar haruslah mempunyai akses internet di sekolah dan di rumah.

3.2 Pencalonan pelajar sebaiknya dicadangkan oleh pihak sekolah.

3.3. Mempunyai potensi untuk cemerlang dalam SPM 2012

4. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang berminat untuk mendapat tajaan tersebut adalah dipelawa untuk membuat permohonan (sudah tentunya melalui cadangan dan sokongan sekolah) dengan mengemukakan maklumat diri beserta keputusan PMR 2010 samada melalui surat, fax atau terus melalui email azman.yusof@moe.gov.my dan CCkan ke ictxzac@yahoo.com kepada Pegawai Penyelaras Tuisyen YPJ di PPD Mersing sebelum 20 April 2011 untuk disenaraipendekkan.

5. Pemilihan akhir akan diputuskan oleh pihak pengurusan YPJ sendiri dan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2011.

Sekian hebahan. Terima kasih.
Khamis, 14 April 2011

Peringatan : Mesyuarat JKD Kajian Tempatan Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK dan SJK.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami dan surat kami sebelum ini adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Kajian Tempatan akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Guru Besar SK Tenggaroh 04

Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Kajian Sejarah Tempatan.
5. Hal-Hal lain.

Sehubungan itu, mohon jasa baik pengurusan sekolah agar dapat membenarkan seorang Pengerusi Panitia Kajian Tempatan sekolahhadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Rabu, 13 April 2011

Pembinaan Item Soalan Selaras Sejarah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah... Mesyuarat JKD MP Sejarah Bil. 1/2011 telah dikelolakan dengan baik oleh En. Chua Chor Sang, Pengetua SMK Sri Mersing pada 8 April 2011 di SMK Sri Mersing.

Keputusan mesyuarat tersebut adalah dirujuk dan berkaitan. Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah Pembinaan Item Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

Selepas perbincangan dengan PPMP Sejarah Negeri Johor, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah.

1. Setiap sekolah perlu menyediakan set soalan mengikut tingkatan (Tingkatan 1 hingga 5) - lihat lampiran 1 .
2. Setiap soalan dan skema tersebut perlu mengikut format yang telah disediakan. (lihat lampiran 2).

Soalan dan skema yang telah siap hendaklah dihantar ke pejabat ini (u.p. PPPD Kurikulum) dalam bentuk 'Hardcopy' dan 'Softcopy' selewat-lewatnya pada 25 April 2011.

** Bahan 'Softcopy' hendaklah dihantar melalui Aplikasi Atas Talian Sekolah e-Sejarah. Manakala bahan 'hardcopy' hendaklah dihantar melalui hantaran biasa.

Perhatian dan komitmen tuan amatlah diharapkan.
Wassalam.

Lampiran 3 : e-Sejarah
Isnin, 11 April 2011

Makluman : Penempatan dan Pertukaran Guru Besar, GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan perkara tersebut seperti berikut :

Nama

Jaw.

Sekolah Asal

Sekolah Baru

Jaw.

ABDUL RAHMAN TALIB BIN A.KARIM

GPK KOKO

SKT06

SK LDG. MUTIARA

GPK HEM

JASMAH JUSOH

GPK KOKO

SKN02

SKN02

GPK HEM

ROHANI ABD. GHAPER

GPK KOKO

SK TENGLU

SK SRI MERSING

GPK HEM

MAZIAH MD. LAZIM

GPK HEM

SKT02

SKT04

GPK 1

SAFIAH A.RAHMAN

GPK HEM

SKBM

SKMK

GPK 1

ASIYAH HJ.DUAN

GPK KOKO

SKBM

SKBM

GPK HEM

HAMIDAH AHMAD

GPK HEM

SKSM

SKSP

GPK 1

RAHIMAH BABA

GURU

SK TENGLU

SKBM

GPK KOKO

NOAR ASIMAH MOHD. ZAIN

GURU

SKT02

SKT06

GPK KOKO

NORSIAH BABA

GURU

SKBM

SKN02

GPK KOKO

MOHD. AZRAN JUSOH

GURU

SK TG. RESANG

SK TENGLU

GPK KOKO

HAIRANI PON

GURU

SK TENGLU

SKT02

GPK HEM

YUZANI KHALID

GURU

SKBM

SKT04

GPK HEM

CHAI SIEW AIK

GURU

SJKCCC

SJKCCC

GPK KOKO

NAZARI ZAINUDDIN

GB

SK PETA

SKT06

GB

SHARIFUDIN BIN A KAHAR

GPK 1

SKSP

SKT04

GB


SEMUA PERGERAKAN TERSEBUT BERKUATKUASA 1 APRIL 2011.

Wassalam.

Penangguhan : Bengkel Peningkatan Prestasi Geografi SPM Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah berkenaan .

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacita dimaklumkan bahawa berita baru diterima tentang penangguhan bengkel berkenaan kepada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 April 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Datuk Menteri, Batu Pahat.

SILA BAWA BERSAMA DOKUMEN YANG BERKAITAN PROGRAM PENINGKATAN GEOGRAFI TAHUN 2011.

Guru-Guru yang terlibat :

1. HANIZAIDA BINTI MAT YASSIM (SMK TENGGAROH A)
2. HABSAH BTE. DARLAN (SMK MERSING)
3. ROSMANI BINTI WAHAB @ ABDULLAH (SMK ANJUNG BATU)
4. FAZLINDA BINTI OTHMAN (SMK SRI MERSING)
5. MOHD. RIZUAN BIN RAMLI (SMK UNGKU HUSIN)

Sehubungan itu, hebahan dan makluman kami sebelum ini adalah terbatal.

Kerjasama tuan amat dihargai dan satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing.
Wassalam.

Peringatan : Tarikh-Tarikh Pelaksanaan Program Kecemerlangan UPSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011.

Tarikh Pelaksanaan :

Tarikh

Perkara

28/2/2011

Taklimat Penyelarasan Modul 2011

7-10/3/2011

Bengkel Pemurnian Modul 2011

9/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK

12/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK

16/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK

23/4/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1

21/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2

18/6/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3

9/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4

23/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5


Atas sebab-sebab dan kekangan kewangan dan masa, maka pelaksanaan program berkenaan akan dijalankan secara BERASASKAN SEKOLAH.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua sekolah agar dapat mengatur strategi pelaksanaan program di peringkat sekolah secara berjadual.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.