* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 30 April 2011

Keputusan MTQSS dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan keputusan berkenaan seperti berikut.

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

ACARA

KEPUTUSAN

DAERAH

Tilawah Al-Quran (L)

Johan

Johor Bahru

N.Johan

Kluang

Tempat ke3

Kota Tinggi

Tilawah Al-Quran (P)

Johan

Segamat

N.Johan

Pontian

Tempat ke3

Johor Bahru

Hafazan Al-Quran (L)

Johan

Pasir Gudang

N.Johan

Muar

Tempat ke3

Batu Pahat

Hafazan Al-Quran (P)

Johan

Batu Pahat

N.Johan

Pasir Gudang

Tempat ke3

Pontian

Bercerita Kisah-Kisah Dalam Al-Quran (L)

Johan

Kota Tinggi

N.Johan

Pasir Gudang

Tempat ke3

Mersing

Bercerita Kisah-Kisah Dalam Al-Quran (P)

Johan

Pasir Gudang

N.Johan

Kota Tinggi

Tempat ke3

Pontian

Nasyid Islami

Johan

Pasir Gudang

N.Johan

Johor Bahru

Tempat ke3

Muar

Johan Keseluruhan Rendah

Pasir Gudang

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

ACARA

KEPUTUSAN

DAERAH

Tilawah Al-Quran (L)

Johan

Muar

N.Johan

Johor Bahru

Tempat ke3

Mersing

Tilawah Al-Quran (P)

Johan

Muar

N.Johan

Pasir Gudang

Tempat ke3

Johor Bahru

Hafazan Al-Quran (L)

Johan

Pasir Gudang

N.Johan

Kulai

Tempat ke3

Muar

Hafazan Al-Quran (P)

Johan

Segamat

N.Johan

Kluang

Tempat ke3

Kota Tinggi

Syarahan Agama (L)

Johan

Pontian

N.Johan

Kota Tinggi

Tempat ke3

Pasir Gudang

Syarahan Agama (P)

Johan

Pasir Gudang

N.Johan

Kota Tinggi

Tempat ke3

Muar

Nasyid Islami

Johan

Muar

N.Johan

Johor Bahru

Tempat ke3

Pasir Gudang

Johan Keseluruhan Menengah

Muar


Si Kerdil merakamkan jutaan TAHNIAH kepada peserta-peserta yang telah menjuarai acara-acara yang telah dipertandingkan dalam majlis tersebut.

Wassalam.


Adakah jadual waktu sekolah anda masih mengenepikan subjek seperti PJ, Seni dan Pendidikan Muzik dan digantikan dengan subjek teras?

Ikuti perbincangan di sini....

Permata Mersing ke MTQSS dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 4.00 petang
Tempat : SMSSI, SMKAB, SKSM, PPD Mersing dan SKBM.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dan menjuarai pertandingan-pertandingan dalam majlis seumpamanya di peringkat daerah Mersing.

Anak-anak Permata berkenaan (seperti laampiran) akan mewakili daerah Mersing ke majlis di atas.

Wassalam.

Khamis, 28 April 2011

NKRA dan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia

Reaksi :  
Terdapat 6 bidang dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Area (NKRA) dan bidang ketiga adalah berkaitan dengan pendidikan iaitu Meluaskan akses kepada pendidikan kualiti dan berkemampuan. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah memfokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
  • Prasekolah
  • - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
  • Literasi dan Numerasi (LINUS) - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
  • New Deal/Bai'ah - akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkanperformance based assessment mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
  • Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
  • Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
  • Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
  • Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
  • Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
  • Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Peringatan : Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Minit Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2011 pada 6 April 2011 , hebahan kami sebelum ini, surat JPNJ yang diedarkan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam Taklimat Program Pengarah Turun Padang pada 26 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
Selasa, 26 April 2011

Penangguhan Program CAKNA Mersing Bil.5/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami pada 25 April 2011 (Isnin) adalah dirujuk dan berkaitan.

Dukacitanya dimaklumkan , atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, PROGRAM CAKNA MERSING BIL.5/2011 yang dijadualkan pada 27 APRIL 2011 (RABU) terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sebarang kesulitan dan kelemahan, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing memohon jutaan kemaafan.
Wassalam.
Isnin, 25 April 2011

Mesyuarat JKD Pend.Sivik Kewarganegaraan SR Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan : Semua Guru Besar SK dan SJK

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSK Sekolah Rendah akan mengadakan mesyuarat dan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PSK Sekolah
Pengerusi : Guru Besar SK Tenggaroh 01

Agenda :

1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan Garis Panduan PSK 2011.
5. Program Kecemerlangan 2011.
6. Program Khidmat Negara 2011.
7. Hal-hal lain.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membenarkan seorang Pengerusi Panitia PSK Sekolah hadir dan turut serta dalam mesyuarat dan program berkenaan.

Wassalam.

Program CAKNA Mersing Bil.5/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 April 2011 (Rabu)
Masa :

8.00 - 10.00 pagi (Pemantauan PnP)
10.00 - 12.15 tgh (Pemantauan Berfokus mengikut bidang)
12.15 tgh. - 1.00 ptg. (Rumusan)
1.00 - 2.30 ptg. (Perjumpaan dengan Semua Guru)

Tempat : SMK Nitar

Wassalam....
Tindakan : Semua Pengetua SM KPM dan MRSM.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSV Sekolah Menengah akan mengadakan mesyuarat dan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 - 27 April 2011 (Selasa-Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Studio Seni SMK Sri Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PSV Sekolah, Guru MP PSV dan dua orang calon SPM 2011.
Pengerusi : Pengetua SMK Anjung Batu.

Bahan yang perlu dibawa :

1. Laporan Audit Akademik PSV Sekolah (SPM 2010)
2. Bahan-bahan untuk menghasilkan Kerja Kursus PSV SPM 2011.
3. Bahan-bahan rujukan untuk Kerja Kursus PSV SPM 2011.
4. Dua set Soalan Objektif Kertas 1 PSV SPM.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membenarkan seorang Pengerusi Panitia PSV Sekolah, seorang guru MP PSV dan dua orang pelajar calon PSV SPM 2011 hadir dan turut serta dalam mesyuarat dan program berkenaan.

Wassalam.

Peringatan : Mesyuarat JKD PJPK SM Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan : Semua Pengetua SM KPM

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PJPK Sekolah Menengah akan mengadakan mesyuarat dan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PJPK Sekolah
Pengerusi : Pengetua SM Sains Sultan Iskandar

Agenda :

1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Post Mortem Aktiviti JKD 2010.
5. Perancangan Aktiviti JKD 2011.
6. Hal-hal lain.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membenarkan seorang Pengerusi Panitia PJPK Sekolah hadir dan turut serta dalam mesyuarat dan program berkenaan.

Wassalam.