الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
Atas dasar ingin membantu dan berkongsi maklumat, Unit Inovasi & Kepiawaian di bawah Sektor Jaminan Kualiti ini berkongsi contoh takwim pemantauan yang dikehendaki oleh PK03 : Pengurusan Pemantauan MS ISO 9001:2008 Tahun 2011. Takwim ini terbahagi kepada 2 iaitu takwim pemantauan ke sekolah dan takwim pemantauan program.
contoh takwim ini boleh di pinda / ubahsuai mengikut keperluan sektor atau unit masing-masing.
Memandangkan tidak ada instrumen yang boleh dirujuk, SJQ ingin menawarkan perkongsian tentang contoh instrumen penilaian program yang perlu di laksanakan di dalam PK 03 MS ISO 9001:2008.
Pihak tuan boleh mengubah contoh instrumen ini mengikut kesesuaian sektor / unit masing-masing.
sila klik di sini : contoh instrumen penilaian program PK03 - MS ISO 9001:2008
Sukacitanya dimaklumkan perubahan berkenaan seperti berikut :
PROGRAM | : | PROGRAM KUNJUNG PERMATA PPD MERSING |
Tempat | : | SMKAB, SKKI Dan SKSP |
Tarikh | : | 05-May-2011 hingga 05-May-2011 |
Masa | : | 08:30:00 hingga 13:00:00 |
Peserta | : | 4 peserta - Ppd, En.murthazar, En.jamaludin Dan En.abd.halim |
Urusetia | : | Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum |
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Hebahan sebelum ini adalah berkaitan.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan dilaksanakan mulai 3 Mei hingga 18 Jun 2011 seperti lampiran jadual.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kelancaran program tersebut.
MODUS OPERANDI :
1. Program Salam Permata Mersing (Perjumpaan dengan calon-calon Peperiksaan Awam 2011).
2. Perjumpaan dengan Pentadbir Sekolah (Pengetua atau Guru Besar, GPK1, GPK HEM, GPK Petang dan GKMP).
Lampiran : Kunjung_Permata_PPD_ke_sekolah.pdf
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Interactive Learning Solution akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Sasaran : Calon-calon UPSR 2011. (Penyertaan juga dibuka kepada murid-murid tahun 4 dan 5)
Bayaran Pendaftaran : RM60.00
(Bayaran berkenaan adalah bagi menampong kos modul, makan minum, dan pengangkutan)
Sehubungan itu, semua calon UPSR 2011 dan murid-murid tahun 4 dan 5 dijemput menyertai program ini. (Penyertaan perlu melalui pihak sekolah)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak penganjur.
Interaktif Learning Solution
En. Ismuie bin Dato’ Ismail
010-4319013