Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 28 Mei 2011

Media : Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru

Reaksi :  
BETUL KE ?


Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah. Baca lagi di sini...

KAMI pelajar tingkatan tiga di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong amat kecewa dengan sikap seorang guru bahasa Inggeris yang berkelulusan dari universiti di Amerika Syarikat.

Pada hari pertama beliau memasuki kelas kami, kami begitu bangga dan teruja kerana mendapat guru bahasa Inggeris lulusan dari luar negara.
Tentu hebat orangnya, tentu juga hebat cara mengajarnya dan tentu sekali harapan kami akan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan mudah. B
aca lagi di sini...

Media : Mata murid buta dicucuk pensel

Reaksi :  

Sumber : Kosmo Online

Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan. Baca lagi di sini...


Cuti Penggal Persekolahan Pertengahan Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya diucapkan SELAMAT BERCUTI kepada guru-guru dan murid-murid Warga Pendidikan Mersing.

Apa yang diharapkan agar cuti berkenaan tidak memutuskan usaha berterusan kita untuk memastikan pendidikan daerah Mersing sentiasa berada di puncak.
Peluang berkenaan seharusnya digunakan sepenuhnya untuk menjana perkembangan ilmu dan pemikiran kita.

Sukacita juga dirakamkan ucapan TAHNIAH kepada warga pendidikan Mersing kerana telah berjaya mempamerkan potensi dan budaya kerja yang cemerlang. Kecemerlangan tersebut telah mengeluarkan kita daripada belengggu TEMPURUNG KACA yang seringkali menghadkan perkembangan potensi kita. Ini telah meletakkan daerah Mersing sebaris dengan daerah-daerah lain di negeri Johor, sekaligus membuktikan bahawa, kita mampu untuk berubah.

TAHNIAH.. moga kita akan terus hebat.
MERSING HEBAT.
Khamis, 26 Mei 2011

27 Mei 2011 : Program Kunjung Permata PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diteruskan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mei 2011 (Jumaat)
Masa :

8.00 pagi : SK Teriang
9.30 pagi : SK Penyabong
11.00 pagi : SK Tanjung Resang

Pegawai yang terlibat :

1. Hj. Mohamed Azhar Ismail, PPD Mersing.
2. En. Rashidi Muhammad Safuan, PPPD B&K
3. En. Dzulkifli Jaafar
4. En. Mohd. Fakarudin
5. Hj. Nizam Yeo Abdullah
Rabu, 25 Mei 2011

Surat kepada Pengarang : TAK TAHAN BEBAN KERJA

Reaksi :  
Bagi menangani isu beban tugas guru, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG). JKMIBTG telah mengenal pasti 14 faktor yang menyebabkan guru-guru terbeban dan telah mencadangkan 28 perakuan untuk menangani isu beban tugas guru ini. Daripada 28 perakuan tersebut, ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan ada yang memerlukan jangka masa panjang untuk dilaksanakan.

Surat kepada Pengarang : SMS BERKAITAN DENGAN ”BEBAN TUGAS GURU”

Reaksi :  
Lihat butirannya di sini..

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong

Reaksi :  
Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.

Isnin, 23 Mei 2011

Penghantaran Data SEGAK Mac 2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.Link
Makluman dan hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa sehingga ke saat ini, masih terdapat sekolah-sekolah yang belum menghantar data tersebut untuk penyatuan peringkat daerah dan negeri.

Ada terdapat pihak sekolah yang telah menghantar "text file", namun ia tidak dapat dibuat gabungan dengan lancar kerana masalah teknikal. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menghantar Aplikasi SEGAK Versi 03032011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) atau En.Shamshuddin Othman, JU SEGAK dengan seberapa SEGERA.

Berikut adalah sekolah-sekolah yang belum mengambil tindakan tersebut :

1. SK Air Papan (selesai 24/5/2011)
2. SK Pulau Pemanggil (Text File)
3. SK Kem Iskandar
4. SJK Tamil (selesai 24/5/2011)
5. SK Tenggaroh 06 (selesai 24/5/2011)
6. SK Tenggaroh 07 (selesai 24/5/2011)
7. SK Penyabong (selesai 24/5/2011)
8. SK Nitar 02

Sekian. Wassalam.

Pra dan Post Test Program Menggilap Permata dan HALUS Permata (Bahasa Malaysia)

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK dan SJK

Assalamu a'laikum wrth dan Wassalam

Berikut disertakan set soalan berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran : Ujian_Pra_Post_BM_PMP.rar
Ahad, 22 Mei 2011

Penyertaan Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya makluman dan hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Berikut dilampirkan senarai penyertaan terkini (Ahad 22 Mei 2011 jam 9.24 pagi) untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Bilangan Penyertaaan : 15 orang

Sasaran Sebenar :

Guru Cemerlang (WAJIB) - 21 orang
Setiap sekolah sekurang-kurang satu penyertaan (tidak termasuk Guru Cemerlang) - 45 orang

JUMLAH KESELURUHAN SEPATUTNYA = 66 orang.

Wassalam.