Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 24 Jun 2011

BAHAN SIP SEKOLAH DAERAH MERSING - KEPERLUAN PTP:PPKKPS 2011

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon pihak sekolah yang masih belum mempunyai bahan cetakan SIP, muat turun bahan tersebut dan cetak mengikut sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Pengurusan Kualiti PPD Mersing.

Terima kasih.

BUKU PANDUAN DAN PENGOPERASIAN LINUS

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Makluman kepada semua Guru Besar, Penyelaras LINUS dan warga pendidik yang berkaitan dengan Pengoperasian LINUS sekolah-sekolah Rendah Daerah Mersing.

Satu naskah Buku Panduan dan Pengoperasian LINUS telah dimasukan kedalam 'Pigeonhole' sekolah masing-masing.

Buku Panduan tersebut juga boleh juga dimuat turun dari Lampiran dibawah.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 23 Jun 2011

Tazkirah : Kita tidak boleh lari daripada percakapan manusia.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah.. kali ini Si Kerdil ingin berkongsi kisah Loqmanul Hakim untuk pedoman serta peringatan kita bersama.

Kisah ini sering kali Si Kerdil sebut dan ceritakan dalam siri perjumpaan, mesyuarat dengan warga pendidikan Mersing. Tak salah kan.. kalau ianya diulang bicara berkali-kali... demi penghayatan kepada konsep tazkirah dalam Surah Al-Asr.

Diriwayatkan oleh para tabi'in bahawa sebuah kisah Luqmanul Hakim berjalan bersama anak lelakinya berserta seekor keldai peliharaannya.

Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya :

"Anakku, kita akan melintasi 4 buah pekan yg berlainan. Maka perhatikanlah apa yg diperkatakan oleh para penduduk pekan..."

Pekan Pertama

Luqmanul Hakim berjalan kaki manakala anak lelakinya pula menunggangi keldainya. Tatkala memasuki pekan pertama, telah berkata para penduduk pekan tersebut "Alangkah teruknya si anak muda itu!! Dia telah membiarkan si tua itu berjalan kaki, manakala budak muda itu pulak menunggang keldai. Apakah anak itu tidak takut balasan Allah terhadap anak derhaka?? Kejam sungguh anak muda itu!!"

Pekan Kedua

Oleh kerana kritikan penduduk pekan pertama, maka Luqmanul Hakim pulak yang menunggang keldai, manakala anaknya pula berjalan kaki. Ketika mereka melintasi pekan kedua, berkata pula para penduduk pekan tersebut :

"Alangkah kejamnya si bapak budak itu. Dia membiarkan anaknya itu berjalan kaki manakala dia pula bersenang lenang menunggang keldai. Tidak ada perasaan kasihan langsung! Malang sungguh anak itu."

Pekan Ketiga

Disebabkan kritikan penduduk pekan kedua, maka kedua anak beranak itu membuat keputusan untuk menunggang keldai mereka bersama-sama. Ketika melintasi pekan ketiga, telah berkata para penduduk pekan ketiga :

"Alangkah kejamnya mereka terhadap keldai itu. Mereka sudah tahu keldai itu membawa barang, lalu dibebani pula dgn mereka berdua. Mereka adalah manusia yang tidak berhati perut langsung!! Kejam terhadap binatang!!"

Pekan Keempat

Untuk mengelakkan mereka dikritik, Luqmanul Hakim dan anak lelakinya memutuskan untuk berjalan kaki bersama-sama beserta keldai mereka. Apabila memasuki pekan terakhir, telah berkata para pendudk pekan keempat :

"Alangkah bodohnya mereka itu. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan keldai untuk tunggangan? Sesungguhnya mereka berdua adalah orang yang bodoh dan tidak pandai menggunakan nikmat Allah".

Sesudah itu, berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku, perbuatlah apa yg pada kamu rasa ia adalah terbaik bagi kamu selagimana ianya tidak terkeluar daripada landasan syariat kerana sesungguhnya manusia ini penuh dengan syak wasangka yg buruk".

"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"

" Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan selain hanya kepada Allah SWT sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap perkara."

Pengajaran :

Kita sebagai manusia makhluk yang lemah sentiasa diperhatikan oleh orang lain.. Sudah tentu pemerhati utamanya adalah Allah SWT... kita juga sentiasa diperhatikan oleh musuh mahupun kawan. Corak pemerhatian dan persepsi mereka adalah berbeza kerana keunikan nikmat akal yang Allah anugerahkan kepada manusia.

Kemahuan, keperluan serta kepuasan mereka juga berbeza antara satu dengan yang lain.
Seorang pemimpin atau pengikut atau sesiapa sahaja adalah sukar untuk memuaskan hati semua orang. Pasti ada ketidakpuasannya... Mungkin juga tindakan dan niat kita yang baik disalah ertikan atau sebaliknya.

Justeru.... buatlah pertimbangan dengan iman, ilmu dan akal yang waras . (bukan mengikut hawa nafsu dan syaitan).

Si Kerdil mengajak diri ini dan rakan-rakan pengunjung agar sentiasalah beramal dan menghayati konsep tazkirah yang disebut secara jelas dalam surah Al-Asr. Pesanan dan peringatan tersebut perlu diiringi dengan kesabaran serta kebenaran. Ini agak sukar sebenarnya untuk diamalkan kerana kita berhadapan dengan pelbagai kerenah, watak dan aras manusia.

Kembalilah kepada pegangan agama kita.

Sehubungan itu.......Si Kerdil memohon kemaafan atas silap salah, atau tindakan (sedar ataupun tidak sedar) Si Kerdil yang tidak disenangi oleh rakan-rakan pengunjung terutama guru-guru dan warga pendidikan Mersing semasa perkhidmatan Si Kerdil di bumi Mersing ini. Si Kerdil hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Moga warga Mersing sentiasa cemerlang. Wassalam.

Pelajar terjun bangunan kerana gagal ujian...

Reaksi :  
Rabu, 22 Jun 2011

Keputusan Kenaikan Pangkat Siswazah (PPPS) DG41 dan DG44 KUP "Time Based"

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah.. sukacitanya dimaklumkan keputusan berkenaan seperti berikut :

1. Sharimah Zainal, SK Bandar Mersing (kini di Kulai)
2. Zaidi bin Bujang, SK Seri Pantai.
3. Haliza Jelani, SK Seri Pantai (kini di SK Mersing Kanan)
4. Abdul Rahim Awang, SK Teriang (kini di SK Teluk Lipat)
5. Nor Hamidah A.Rahman, SK Teriang.
6. Ruslan Muwardi Yahya, SK Pusat Air Tawar (kini di SK Teluk Lipat)
7. Sabri Mohamad, SK Pusat Air Tawar.
8. Samsuri Boslam, SMK Sri Mersing.
9. Khadijah Abd.Rahman, SMK Sri Mersing.
10. Zainuddin Homsan, SMK Ungku Husin.

TAHNIAH.

PEMBERITAHUAN PELANTIKAN JAWATAN GURU KANAN MATAPELAJARAN TAHUN 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pelantikan tersebut seperti lampiran.

TAHNIAH.. moga pelantikan ini bakal memberi impak yang memberangsangkan kepada pengurusan pendidikan daerah Mersing.

Wassalam.

Makluman : Penempatan Guru Cemerlang PPPS Secara KUP

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami merakamkan ucapan TAHNIAH atas penempatan guru-guru berikut sebagai GURU CEMERLANG.
Semoga ianya boleh memberi impak yang positif kepada prestasi akademik daerah Mersing.

1. Mohd. Freezailah Arkmey bin Md. Din, SK Sawah Dato'. (DG44)
2. Salina Awang, SK Tenggaroh 02. (DG44)
3. Faridah Abdullah, SMK Tenggaroh A. (DG44)
4. Halimahtus Sa'diah Ithnin, SMK Tan Sri Abdul Kadir (DG44)
5. Zamri Abdullah, SMK Tenggaroh A. (DG44)
6. Izhan Ibrahim, SMK Mersing (DG44)

Selasa, 21 Jun 2011
Reaksi :  
Ahad, 19 Jun 2011

20 Jun 2011 : Aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah Mersing

Reaksi :  
Tindakan : Warga PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan makluman sebelum ini adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa beberapa aktiviti akan diadakan pada 20 Jun 2011 (Isnin) seperti butiran di bawah :

PERHIMPUNAN BULANAN PPD MERSING BIL.3/2011 DAN MAJLIS PENGIKTIRAFAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

Tempat : Dewan Seminar, PPD Mersing.
Tentatif :
8.00 - 9.00 pagi - Pendaftaran
9.00 - 10.30 pagi - Perhimpunan Bulanan dan Pengiktirafan APC 2010
Sasaran : Penerima APC , Guru Besar dan Pengetua.

CERAMAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN oleh : Ketua Pen.Pengarah BTPN Johor

Masa : 11.00 - 12.30 tgh.
Tempat : Dewan Seminar PPD Mersing
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH

Masa : 2.30 - 3.30 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD Mersing
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar

PROGRAM MESRA PPD

Masa : 2.30 - 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pengarah Pelajaran Johor, Pegawai-Pegawai JPNJ dan PPD-PPD Negeri Johor

MAJLIS MENGIMBAS JARI PPD MERSING KALI TERAKHIR


Masa : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD Mersing
Sasaran : Warga PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar serta jemputan.

MAJLIS MALAM JASA TERSEMAT BUDI TERPAHAT

Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Besar SMK Anjung Batu
Sasaran : Warga PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar serta jemputan.

SILA TEPATI MASA.

Wassalam.