* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 9 Julai 2011

Seminar Kecemerlangan STPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Majlis Guru PraU (Tingkatan Enam) Daerah Mersing sedang menganjurkan SEMINAR KECEMERLANGAN STPM seperti butiran berikut :

Tarikh : 9 dan 10 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing, PKG Bandar Mersing dan Bilik Wawasan PPD Mersing (Lama).
Sasaran : Pelajar-Pelajar PraUniversiti 6 Atas

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Majlis Guru PraUniversiti Daerah Mersing, penceramah, pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar tersebut.

Tahniah disematkan kepada En. Mohd. Fakarudin bin Hussain, PPPD Menengah (Murid) dan En.Azamani Ghazali, PPPD Teknik Vokasional atas usaha dan inisiatif yang membanggakan.

Wassalam.

Barisan Urusetia yang setia
Sesi Motivasi bersama En. Suhaimi Ismail




Seminar Kecemerlangan Skor A PMR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Majlis Guru Kaunseling Daerah Mersing dengan kerjasama Berita Harian Berhad kerana telah berjaya menganjurkan seminar tersebut pada hari ini :

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Sasaran : Calon-Calon PMR 2011

Terima kasih dan tahniah juga disematkan buat En. Rashidi Muhammad Safuan, PPPD Bimbingan dan Kaunseling atas usaha yang baik ini...

Senarai Penyertaan Sekolah
Jumaat, 8 Julai 2011

Makluman : Pelantikan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

Reaksi :  


  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan pelantikan Tn.Haji Yasman bin Jamsir, Pengetua SMK Dato' Onn, Batu Pahat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing berkuatkuasa 21 Jun 2011.


Kami warga pendidikan Mersing mengalu-alukan kehadiran tuan ke daerah Mersing dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.


Semoga ianya memberi impak yang besar kepada kecemerlangan daerah Mersing dalam semua aspek. Wassalam.

Makluman : Pergerakan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikumm wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut seperti berikut :


1. ABDUL LATIFE BIN AHMAD, Guru Besar SK Sri Mersing ke SK Tenggaroh 02 berkuatkuasa 16 Jun 2011.


2. YM RAJA MAZLAN RAJA LATIFE, Guru Besar SK Tenggaroh 02 ke SK Sri Mersing berkuatkuasa 1 Julai 2011.


Wassalam. 

KEPUTUSAN UPPM2 BAGI PELAJAR KELAS TUISYEN YPJ. MOHON PENGHANTARAN SEGERA.

Reaksi :  
Assalamualaikum wbrkth.

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA adalah dipohon.

Kerjasama semua Guru Penyelaras Tuisyen YPJ yang masih belum menghantar maklumat tersebut adalah diminta untuk mengambil tindakan segera.

2. Maklumat perlu dihantar dalam 2 format yakni soft-copy (*.txt) dan hard-copy ( bercetak) UP. Pegawai Penyelaras di PPD seberapa SEGERA yang mungkin.

3. Maklumat soft-copy boleh diemail ke < azman.yusof@moe.gov.my > dan CCkan ke <azman1yusof@gmail.com >. Manakala yang hard-copy boleh di fax ke PPD – 077991828.


Sekian. Terima kasih atas tindakan yang segera.
MAKLUMAT PELARASAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN YANG PERLU DITERIMA OLEH KPTJ SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 JULAI 2011.

1.  SEMUA SEKOLAH perlu mengemukakan maklumat pelarasan kepada Ketua PTJ masing-masing. Pihak sekolah wajib melaksanakan pelarasan peruntukan untuk mengenalpasti peruntukan sebenar yang layak diterima pada Tahun 2011. (sama ada perlu menuntut pelarasan atau memulangkan lebihan).

2. Sekolah hendaklah menggunakan Borang TBP/R bagi murid sekolah rendah atau Borang TBP/M bagi murid sekolah menengah dengan mengisi lengkap maklumat yang diperlukan menggunakan asas enrolmen murid pada 1 Julai 2011.

3. Sekolah dikehendaki mengemukakan borang TBP ini bersama-sama;
    3.1  Borang Maklumat Pengiraan SR/SM - klik Muat Turun di Portal JPN   atau dapatkan dari Unit Kewangan, PPD.
     3.2    Salinan Penyata Bank Kerajaan / Asrama,
     3.3    Salinan Penyata Bantuan Tuntutam Awal Berdasarkan Enrolmen 1.10.2010,
     3.4    Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Hadapan,
     3.5    Maklumat Perubahan Harga Kontrak pada 1.7.2011
     3.6    Senarai Nama Penghuni Asrama pada 1.7.2011

4. Pihak sekolah perlu mendapatkan surat JPNJ.AKN(40)/400 - 2/1/13/8 Jld 4 ( 60  ) yang telah di edarkan kepada PPD untuk maklumat lanjut.
Sumber Maklumat : Akauntan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor Berpandukan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 (SPK 8/2010).

Borang Pindaan JKP1/2010

Reaksi :  
Sila muat turun di sini.....
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah
Bil.9
Tahun1993
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh26/12/1993
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 Pelaksanaan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (PEJYD)
Bil.1
Tahun1992
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh22/01/1992
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan
Bil.3
Tahun1992
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh14/03/1992
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah
Bil.4
Tahun1992
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh10/02/1992
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar
Bil.6
Tahun1992
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh28/04/1992
Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka. Hanya ketua jabatan di tempat bertugas pemohon PPG ambilan Khas ini sahaja yang dibenarkan menyokong. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.
Khamis, 7 Julai 2011

Analisis UPPM 3 - Bagi Calon UPSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah , dengan berkat kesucian niat kita bagi memartabatkan pendidikan daerah Mersing, juga dengan kerjasama semua pihak data UPPM3 dapat digabungkan.

Tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya menepati tarikh yang telah ditetapkan..

Berikut disertakan analisis berkenaan untuk makluman daan tindakan pihak sekolah dan JKD MP seterusnya.

PERHATIAN : DATA INI TIDAK TERMASUK SK LABUNG (belum hantar)

Perbandingan_TOV_ETR_UPSR-2011.pdf
01_Keseluruhan_Setiap_Sekolah.pdf
02_Kecemerlangan_Calon_ikut_Sekolah.pdf
03_MP_Keseluruhan_Sekolah.pdf
04_BM_Pemahaman_SK.pdf
05_BM_Penulisan_SK.pdf
06_BI_SK.pdf
07_Mate.pdf
08_Sains.pdf
09_BM_Pemahaman_SJK.pdf
10_BM_Penulisan_SJK.pdf
11_BI_SJK.pdf
12_BC_Pemahaman.pdf
13_BC_Penulisan.pdf
14_BT_Pemahaman.pdf
15_BT_Penulisan.pdf

Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Pendidikan Moral (Rendah) akan menganjurkan pertandingan tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SJKC Jemaluang
Acara : 


Tahap 1 - Mewarna
Tahap 2 - Melukis Poster dengan tema ' 1 Malaysia '

Penyertaan :

Tahap 1 - Dua orang setiap sekolah
Tahap 2 - Dua orang setiap sekolah

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14 JULAI 2011

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menguruskan penyertaan murid-murid sekolah tuan ke pertandingan tersebut. Sila patuhi peraturan dan prosedur membawa murid mengikuti aktiviti di luar sekolah yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Pihak sekolah juga diminta membayar yuran penyertaan sebanyak RM30.00 bagi menampung kos pengurusan dan bahan pertandingan. Bayaran berkenaan hendaklah dibuat atas nama PIBG SRJK(C) Jemaluang.

Makan tengahari disediakan, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Wassalam.

PEMBENTANGAN AUDIT AKADEMIK UPSR (STF) FELDA WILAYAH JOHOR.

Reaksi :  
Pihak Felda wilayah Johor Bahru bersama PPD Mersing akan mengadakan sesi pembentangan Audit Akademik UPSR (STF) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Julai 2011 (Selasa)
Tempat: Balairaya Felda Tenggaroh 5
Masa: 9:00 hingga 1:00 tengahari

2. Oleh yang demikian, pihak PPD Mersing berharap semua Penyelaras STF bersedia untuk sesi tersebut. Sila muat turun dokumen Bengkel Headcout Penyelaras STF.ppt sebagai tapak pembentangan yang telah diselaraskan untuk melancarkan program tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.


Sekian terima kasih.



Lampiran : BENGKEL_HEAD_COUNT_PENYELARAS_STF.ppt

PERMOHONAN BAGI PROGRAM KPLI/KPLSPM BAGI CALON GSTT AMBILAN NOV 2011/JAN 2012

Reaksi :  
Merujuk kepada Surat JPN Johor JPNJ.SPS.SR/500-2/6/1 bertarikh 5 Julai 2011 yang dilampirkan bersama.

Mohon maklumkan kepada semua GSTT yang sedang berkhidmat di sekolah tuan. Tarikh tutup sehingga 7 Julai 2011 sebelum jam 12.00 tengahari.



Lampiran : http://www.didik.my/gstt/edit
Lampiran : KPLI.PDF

PEMBERITAHUAN NAMA BILIK MESYUARAT DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH MERSING

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan PPD Mersing telah menetapkan perubahan nama bilik-bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Mersing seperti berikut:

1. BILIK MESYUARAT - di aras 2 Bangunan Utama PPD
2. DEWAN AL-AZHAR - di aras 3 Bangunan Tambahan PPD
3. BILIK SEMINAR - di aras 3 Bangunan Tambahan PPD
4. BILIK WAWASAN - di Bangunan Lama, Jalan Dato' Luar

Terima kasih.
Selasa, 5 Julai 2011

Media : New Straits Times bertarikh 23 Jun 2011 – STPM IS TOPS

Reaksi :  
One of the main objectives of Matriculation Programme is as the major feeder of potential pre-university bumiputera students to local public universities and higher learning institutions for various courses. Matriculation Programme also allocated 10% of its annual intake to non bumiputera students since 2003. More details....

Media : Utusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – 350 MURID DIANCAM BAHAYA

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan telahpun dilaksanakan oleh KPM dan telah siap sepenuhnya pada 31 Mei 2011. Baca lagi di sini...
 Baca laporan seterusnya di sini...
Ministry of Education (MOE) would like to thank the complainant on the sharing of opinions on current issues in MOE textbooks. MOE is cognizant and make improvements on the quality of textbooks from time to time and always care and concern for any comments and views.
More details....

Media : Tamil Nesan bertarikh 17 Disember 2010 – TIADA MEJA DAN KERUSI

Reaksi :  
Baca laporan seterusnya di sini..
Lately, Ministry of Education (MOE) has received a lot of complaints from teachers, expressing their frustration with the process of promotion especially the differences of grade among headmasters and senior assistants in primary schools. More details....
The intake of United Examination Certificate (UEC) students to specially enroll the Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) in June 2011 is in line with the government’s effort to give opportunity for those whom are well qualified in this group of students to obtain formal training in Teacher’s Training Institutes.
More details.....
KPM menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang layak dan menepati syarat mengikut bidang-bidang yang telah ditetapkan. Pihak Kementerian telah membuat saringan yang wajar dalam pemilihan calon untuk mengisi kuota tawaran yang terhad.
Baca lagi di sini...

Media : The Star bertarikh 19 Jun 2011 – SENIOR TEACHERS SIDELINED

Reaksi :  

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Unhappy Teacher, published in THE STAR dated 19 Jun 2011 on the issue of – Senior teachers sidelined.
 
Lately, MOE has received a lot of complaints from teachers, expressing their dissappointment in the Ministry for not giving priority to senior teachers in terms of promotion.

Media : Utusan Malaysia bertarikh 19 Mei 2011 – RINTIHAN HAMPA SEORANG GURU

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Ahmad Ibrahim, Kuala kedah, Kedah”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 19 Mei 2011 – Rintihan hampa seorang guru.
 
Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), agensi di bawah KPM tidak terlibat berhubung isu penerbitan manuskrip Kereta Api yang telah memenangi Sayembara Mengarang Novel Hari Guru 1976 tersebut. Namun begitu, DBP memang pernah menerbitkan novel Inah karya penulis tersebut dan semua rekod berkaitan dengan penerbitan tersebut ada dalam simpanan DBP. Sebarang penjelasan lanjut boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, DBP di talian 03-21447248.

Media : Sinar Harian bertarikh 8 April 2011 – GURU BESAR NAIK ANGIN

Reaksi :  
Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Sinar Harian bertarikh 8 April 2011 – Guru Besar naik angin.
Baca lagi di sini...
Surat Pembaca “Fadlina Othman, Melaka” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 3 Jun 2011 – Guru keliru peruntukan cuti bersalin.
Dimaklumkan bahawa surat siaran berkenaan Pelaksanaan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam di KPM bertarikh 3 Mac 2011 telah diedarkan ke semua  Pejabat Pelajaran Daerah dan  semua sekolah di negeri Melaka pada 21 Mac 2011.
Baca lagi di sini...

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Terlatih (GST) bagi Lepasan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Opsyen Pra Sekolah boleh disemak di sini bermula 04 Julai 2011. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.  Harap Maklum
[Lagi]

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan JPN untuk Permohonan ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia 2012 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 adalah melalui sistem online eSSeM yang akan bermula pada 4 Julai 2011 hingga 10 Julai 2011. Sila layari Laman Web KPM, www.moe.gov.my untuk semakan permohonan.
[Lagi]

Keputusan Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa semakan tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011 secara dalam talian telah ditunda pada  8 Julai 2011.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://ww
[Lagi]

SEMAKAN KURSUS PERSEDIAAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2011. SILA LAYARI http://apps.moe.gov.my/ehlp/krshlp/index2.cfm. TEMPOH ADALAH DARI 1 JULAI HINGGA 17 JULAI 2011
[Lagi]

Bahan Rujukan P dan P Pendidikan Islam

Reaksi :  
Bagi sahabat yg ingin mengajar PI Ting 4 dan 5 menggunakan internet, membuat nota atau merujuk, boleh datang ke blog ini. Insya Allah akan diperkemaskan dari masa ke semasa jika ada penggunaanya... (Muhammad Zakaria)


SILA KLIK DI SINI http://umat66.blogspot.com/


TAHNIAH.