Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 23 Julai 2011

Program Restu Permata Zon Endau Tahun 2011

Reaksi :  
Majlis Penutupan Rasmi disempurnakan oleh
En.Md. Jais bin Samat, Timbalan  PPD Mersing
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Program Restu Permata bagi Zon Endau Tahun 2011, siri akhir Program menggilap Permata Mersing 3 Tahun 2011 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Julai 2011 di Dewan Pertubuhan Peladang, kawasan Endau.

 Pihak kami merakamkan sekalung ucapan TAHNIAH kepada pihak sekolah-sekolah zon Endau kerana dapat melaksanakan program berkenaan secara berkelompok daripada siri 1 hingga siri ke 7.

Penghargaan dan tahniah kepada Guru Besar- Guru Besar, guru-guru dan fasilitator serta anak-anak permata yang terlibat menjayakan program berkenaan secara langsung atau tidak langsung.

Program tersebut disertai oleh 104 orang murid-murid cemerlang dan 16 orang guru fasilitator daripada sekolah-sekolah zon Endau termasuk SJKC.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Syukri bin Ibrahim, Pegawai Khas UNIKL kerana sudi meluangkan masa menyampaikan  ceramah motivasi kepada murid-murid yang hadir.

Terima kasih juga dirakamkan untuk pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Endau kerana membenarkan secara percuma mengguna dewan premis tersebut bagi program berkenaan dan bermurah hati memberi suntikan kewangan kepada sekolah-sekolah zon Endau, khas untuk program-program kecemerlangan UPSR.

Tahniah untuk semua.. kami sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan semua.
Wassalam.











Dua orang calon cemerlang 5A
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Khamis, 21 Julai 2011

Tazkirah : Hmm... Hari Jumaat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Al-Hamdulillah, .. Kali ini Si Kerdil ingin berkongsi cerita pasal Hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari. Banyak perkara yang berlaku pada Hari Jumaat sebagaimana disebut dalam beberapa hadis Ar-Rasul SAW...  Ia merupakan hari pertemuan dan hari pernikahan :


1. Padanya berlaku pernikahan Nabi Adam AS dengan Siti Hawa.
2. Padanya berlaku pernikahan Nabi Musa AS dengan Shofwara'.
3. Padanya berlaku pernikahan Nabi Sulaiman AS dengan Balqis.
4. Padanya berlaku pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Khadijah RA.
5. Padanya berlaku pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Aisyah RA.
6. padanya berlaku pernikahan Saidina Ali bin Abu Talib dengan Siti Fatimah RA.
7. Padanya juga dijadikan Nabi Adam AS...
8. Padanya juga dimatikan Nabi Adam AS...
9. Padanya juga ummat Islam berkumpul di masjid bagi menunaikan SOLAT FARDHU JUMAAT.
10. Padanya juga digalakkan mengadakan majlis ilmu dan tazkirah serta ibadah yang lain.
11. Padanya juga dijadikan dunia ini...
12. Padanya juga akan dimusnahkan dunia ini....(Kiamat)
13. Padanya juga dibuka pintu taubat dan keampunan.
14. Padanya juga dilipatkan gandakan ganjaran oleh Allah SWT... dll.


Padanya juga dinasihatkan dijadikan CUTI UMUM bagi memberi peluang kepada orang Islam beribadah dengan tenang secara berjemaah.  (SOLAT JUMAAT) berbanding ketenangan yang diberikan kepada pihak lain bersembahyang pada hari Ahad.


DAN PADANYA JUGA KERAJAAN NEGERI JOHOR MENGARAHKAN SEMUA JABATAN KERAJAAN MENGADAKAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN SEBELUM MEMULAKAN TUGAS-TUGAS LAIN. (TERMASUK JPN DAN PPD)


DAN PADANYA JUGA MESYUARAT PAGI , DAN MESYUARAT MINGGUAN PPD BAGI PEGAWAI DAN STAF DIADAKAN SETIAP MINGGU SEBAGAI SATU WADAH PERKONGSIAN MAKLUMAT PELBAGAI BIDANG.


PADANYA JUGA SESI TAZKIRAH DIADAKAN SELEPAS PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN UNTUK MUHASABAH BERSAMA. 
Surat pemakluman, memo, peringatan secara lisan, notis di papan-papab kenyataan, tepi lif, hebahan dalam portal dan sebagainya  sering dibuat bagi mendapatkan perhatian serta penyertaan  semua pihak. 


UNTUK TUJUAN ITU JUGA... KEPUTUSAN DEMI KEPUTUSAN TELAH DIBUAT DALAM PERBAGAI MESYUARAT JK-JK DI PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH AGAR HARI JUMAAT INI DIBEBASKAN DARIPADA AKTIVITI LAIN SAMADA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI. HATTA SATU KETIKA ... PEGAWAI DAN STAF TIDAK DIBENARKAN BERCUTI PADA HARI TERSEBUT.


SOALNYA :


Apa yang berlaku pada hari Jumaat?


1. Ramai yang tidak bersolat Jumaat kerana kekangan mengejar waktu bekerja... begitu juga murid-murid kita yang tergopoh-gapah.. berkejar-kejar...pergi dan balik sekolah.. Pernah satu ketika dibuat kajian tentang BERAPA RAMAI PELAJAR KITA YANG TIDAK SOLAT JUMAAT? Dan... dapatannya telah dihantar kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya.


2. Berapa ramai juga muslim yang hilang fokus dan konsentrasi mereka kepada ibadah sekurang-kurang waktu solat Jumaat kerana mengejar masa dan dihambat bebanan kerja yang mendesak.


3. Akhir-akhir ini, begitu banyak program dibuat pada hari Jumaat sehingga menafikan keputusan-keputusan mesyuarat sebelum ini.. Sendiri buat dasar, sendiri langgar.


4. Malang sekali sekiranya ada orang yang tidak  pernah hadir Program Membudayakan Al-Quran dan Perkongsian Ilmu setiap hari Jumaat sebaliknya sering kali mencari dan membuat alasan...


5. Malang sekali sekiranya ada pihak yang sengaja melarikan diri atau tak ambil tahu atau tak ambil peduli atau sengaja melarikan diri atau tidak ada niatpuan atau tidak ambil hal atau tidak kisah atau tidak menyokong atau tidak menghargai usaha dan sumbangan rakan-rakan yang berusaha membuat pengisian program tersebut.


6. Amat malang kalau ada yang tidak pernah hadir.


7. Kesian juga melihat rakan-rakan yang begitu patuh dan jujur kepada sesuatu keputusan yang dibuat... dihimpit oleh kerenah rakan-rakan lain yang tak pernah kisah..


8. Kesian melihat rakan-rakan yang menganggap perjumpaan pada hari Jumaat amat penting bagi membuat sesuatu keputusan dan muhasabah... sementara rakan lain buat tak tahu sahaja...  


9. Malang sekali yang suka buat alasan TIDAK ADA MASA... walaupun sebenarnya DI CELAH MASA ITU  ADA MASA, sebelum kita betul-betul tidak ada masa.  
JAGALAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA... Antaranya MASA. Kerana.... semua orang diberi masa yang sama ... (24 jam) Jadi...uruskanlah masa anda sebelum terlambat.


Apa yang perlu di sini ialah kemahiran memilih nilai keutamaan antara yang utama.


FIKIR-FIKIRKANLAH..... sekadar untuk muhasabah.. Wassalam.

PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, pemantauan Musolla Al-Hakim Peringkat Daerah Mersing akan dilaksanakan bermula pada bulan ogos 2011.

Surat makluman serta Instrumen Penilaian Pengurusan Musolla Al-Hakim telah diedarkan ke sekolah.

Sekian terima kasih.

AKTIVITI IHYA` RAMADHAN DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sehubungan dengan itu, sempena Bulan Ramadhan dan Bulan Kemerdekaan yang akan menjelang, semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah amat digalakkan mengadakan akativiti/program bagi mengimarahkan bulan-bulan tersebut.

Sekian terima kasih.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Reaksi :  
Rabu, 20 Julai 2011

SOLAT HAJAT UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KECEMERLANGAN WARGA PENDIDIK SERTA PELAJAR DAERAH MERSING 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Mersing akan mengadakan solat hajat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Julai 2011 ( Jumaat )
Masa : Selepas Solat Jumaat 
Tempat : Setiap Masjid di Daerah Mersing

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memaklumkan kepada semua warga sekolah termasuk para pelajar untuk turut serta dalam program tersebut.

SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN MENGIMARAHKAN PROGRAM BERKENAAN
Sekian terima kasih.

Selamat Datang Pengetua SMK Ungku Husin

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada HJ. SAMADI BIN DURIAT, Bekas Pengetua SMK Taman Rinting 2 atas pelantikan sebagai Pengetua SMK  Ungku Husin.

Moga kehadiran beliau dapat memberi impak kecemerlangan yang agak besar kepada kepimpinan dan pengurusan pendidikan daerah Mersing.

Wassalam.
Isnin, 18 Julai 2011

Makluman : Pertukaran Guru Besar SK Penyabong dan SK Tenggaroh 01

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan pertukaran tersebut adalah seperti berikut :
Guru Besar 
1. En. Mansor bin Tahir, Guru Besar SK Penyabong bertukar ke SK Simpang Lima Darat, Muar.
2. En. Saidan bin A. Jalal, Guru Besar SK Tenggaroh 01 ke SK Penyabong.


Semua pertukaran berkenaan berkuatkuasa pada 16 Julai 2011.
Tahniah dan terima kasih kepada En.Mansor atas jasa bakti dan sumbangan yang telah diberikan semasa berada di bumi Mersing. Jasa tuan tetap akan dikenang sampai bila-bila.


Semoga pertukaran ini akan memberi satu suntikan baru kepada gelombang Mersing Hebat terutama di sekolah-sekolah yang terlibat.


Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya serta inayahNya program tersebut dapat dijalan dengan lancar pada bermula pada pagi ini.

Tahniah kepada semua JK, urusetia, guru-guru dan Pengetua-pengetua serta Majlis Guru Cemerlang Mersing atas kerjasama yang diberikan...
Wassalam



Senarai Penyertaan Sekolah
Ahad, 17 Julai 2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Makluman dan hebahan sebelum ini adalah dirujuk..


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 sedang dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011. (1443 orang)

ATAS SEBAB-SEBAB DAN KEKANGAN TERTENTU YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PELAKSANAAN PROGRAM TERSEBUT ADALAH SECARA BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED).. termasuk Program RESTU PERMATA.

PIHAK KAMI MEMOHON MAAF ATAS KESULITAN YANG MUNGKIN TIMBUL SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEMASA PELAKSANAA PROGRAM TERSEBUT.

TERIMAKASIH ATAS KERJASAMA SEMUA PIHAK TERUTAMA RAKAN-RAKAN FASILITATOR, GURU-GURU DAN SEMUA YANG TERLIBAT.



Tarikh Pelaksanaan :


Tarikh
Perkara
28/2/2011
Taklimat Penyelarasan Modul 2011
7-10/3/2011
Bengkel Pemurnian Modul 2011
9/4/2011
Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK
12/4/2011
Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK
16/4/2011
Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK
7/5/2011
Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1
21/5/2011
Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2
18/6/2011
Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3
9/7/2011
Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4
23/7/2011
Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5

Analisis Headcount PMR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah, JKD, guru-guru dan pegawai-pegawai di PPD Mersing.

01_TOV_ETR_PMR_2011.pdf
02_HC_Menguasai_PMR_2011.pdf
03_HC_Cemerlang_PMR_2011.pdf
04_HC_GPS_PMR_2011.pdf
01_Pencapaian_Keseluruhan_Daerah.pdf
02_Pencapaian_Kes._Setiap_Sekolah.pdf
03_Kecemerlangan_Calon_ikut_Sekolah.pdf
04_AnaMP_Keseluruhan_Sekolah.pdf
05_BM.pdf
06_BI.pdf
07_Sejarah.pdf
08_Geografi.pdf
09_BA.pdf
10_BC.pdf
11_BT.pdf
12_PI.pdf
13_Mate.pdf
14_Sains.pdf
15_KH1.pdf
16_KH2.pdf
17_KH3.pdf
18_KH4.pdf
19_PJPK.pdf
20_PSV.pdf
21_PMoral.pdf
22_PMuzik.pdf
23_PSK.pdf
24_Kemahiran_Al-Quran.pdf

Program Kecemerlangan STF UPSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah... kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak FELDA Wilayah Johor Bahru kerana menaja dan menganjurkan beberapa siri program tersebut mengikut mata pelajaran kepada calon-calon UPSR yang mengikut program STF tahun 2011.

Program tersebut dilaksanakan selama 3 hari dua malam di Tanjung Balau Resort, Kota Tinggi.
Tahniah kepada rakan-rakan guru dan pegawai-pegawai yang terlibat menjayakan program tersebut.
Tahniah kepada anak-anak permata kerana anta terpilih daripada yang terpilih.

Wassalam.









MAAF - MUTU VISUAL KURANG MEMUASKAN

Audit Akademik STF Wilayah Johor Bahru

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sesi audit berkenaan telah berjaya dilaksanakan pada 12 Julai 2011 (Selasa) yang lepas dengan kerjasama FELDA Wilayah Johor Bahru di Balairaya FELDA Tenggaroh 05.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah, juga guru-guru SKT01 - SKT07 dan SK Lembaga, Endau, FELDA Gugusan Tenggaroh dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, pegawai-pegawai di PPD Mersing atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program berkenaan.

TAHNIAH buat En.Azamani Ghazali, PPPD Teknik Vokasional merangkap Penyelaras STF Daerah Mersing atas  kesunggguhan dan usaha yang berterusan.

Moga program ini akan memberi impak yang sepatutnya kepada pencapaian akademik STF dan daerah amnya.
Wassalam.




Seminar Kecemerlangan PMR Bersama Guru Cemerlang Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 18, 19 dan 21 Julai 2011 (Isnin, Selasa dan Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang 
Tempat :
Zon Bandar - SMSSI
Zon Endau - SMKUH
Zon Tenggaroh - SMKTA
Sasaran : Calon-Calon PMR 2011

Mata Pelajaran yang terlibat :


1. Bahasa Malaysia
2. Matematik
3. Bahasa Inggeris
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam
6. Sains

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengurus dan memastikan penyertaan calon-calon PMR sekolah tuan ke seminar tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Ainul Hayati Abd. Raof, PPPD Sains Matematik (Men) merangkap Penyelaras Kecemerlangan PMR Daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

Tuisyen PMR Anjuran MARA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Makluman dan hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk.


Sukacitanya tuisyen berkenaan telah bermula pada 27 Februari 2011 (Ahad) seperti ketetapan berikut :

8.30 - 10.30 pagi - KELAS 1
10.30 - 11.00 pagi - MINUM PAGI
11.00 pagi - 1.00 ptg. - KELAS 2
1.00 - 2.30 ptg. - REHAT & MAKAN TGH.
2.30 - 4.30 ptg. - KELAS 3


Sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu (24 orang)
2. SMK Mersing (15 orang)
3. SMK Sri Mersing (21 orang)


Hari ini 17 Julai 2011 (Ahad) merupakan sesi ke sepuluh dan merupakan sesi tuisyen yang terakhir.

Sehubungan itu, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan tuisyen tersebut terutama pengurusan MRSM Mersing atas sumbangan yang diberikan.
Sekian. Wassalam.