* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 30 Julai 2011

Tazkirah : Surah al-Falaq elak bencana

Reaksi :  

SURAH ini termasuk dalam Surah Makiyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Ata', Ikrimah dan Jabir. Sedangkan mengikut riwayat yang lain daripada Ibn Abbas dan Qatadah bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyah.
Ibn al-Jauzi berkata: Pendapat ini lebih kuat daripada yang pertama. Ia mengandungi lima ayat dan diturunkan selepas surah al-Fil.

Firman Allah SWT:


Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.


Al-Mawardi berkata: Surah ini dimulakan dengan qul yang membawa maksud katakanlah kerana Allah telah perintahkan nabi-Nya berkata demikian.

Ibn al-Jauzi menyebut enam pendapat berkenaan tafsir al-Falaq:

i. Ia adalah waktu Subuh seperti pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Sa'id bin Jubair, Qatadah, al-Qurazi dan Ibn Zaid.
ii. Ia adalah makhluk semuanya.
iii. Ia adalah penjara dalam neraka jahanam seperti pendapat Ibn Abbas juga dan Wahab serta Suddi yang menafsirkan telaga dalam neraka jahanam atau lembah dalam neraka jahanam.
iv. Pohon kayu dalam neraka seperti pendapat Abdullah Ibn Umar.
v. Setiap yang terbelah daripada sesuatu seperti cahaya Subuh, benih yang tumbuh daripada bijian. Inilah pendapat al-Hasan.
vi. Satu nama daripada neraka jahanam. Inilah pendapat Abu Abdul Rahman Abdullah bin Yazid al-Habali.

Sayid Qutub berkata: Sama ada dipakai dengan pengertian: Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi atau dipakai dengan pengertian Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.

Oleh itu kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat yang kemudian.

Firman Allah SWT: Dari kejahatan makhluk-Nya.


Berkenaan dengan ayat ini ada tiga pendapat:

i. Ia adalah umum. Inilah pendapat yang azhar.
ii. Ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan zuriatnya. Inilah pendapat al-Hasan.
iii. Neraka jahanam. Inilah pendapat al-Mawardi.

Al-Maraghi berkata: Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.

Kemudian disebutkan secara khusus sebahagian makhluk yang banyak mendatangkan bencana, lalu memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada kejahatan mereka dan menolak bencana yang ditimbulkan olehnya.

Firman Allah SWT: Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.

Maksud ayat ini pada perkataan ghasiq ada empat pendapat:

i. Matahari apabila tenggelam. Inilah pendapat Ibn Shihab.
ii. Bulan apabila ditutupi awan.
iii. Bintang thuraya apabila jatuh.
iv. Malam yang berlabuh kerana pada waktu itu keluarnya binatang buas dan serangga. Begitu juga penjahat berkeliaran pada waktu itu. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Dahhak, al-Suddi dan lain-lain.

Al-Maraghi berkata: Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya.

Malam hari gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh.

Firman Allah SWT: Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul.
Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa baginda pernah disihir oleh Labid Ibn al-A'sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri baginda, sehingga mengkhayalkan baginda dan menyebabkan baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda tidak mendatanginya.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Rasulullah SAW sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.
Sudah tentu pengaruh sihir terhadap Nabi Muhammad SAW itu menyentuh akan dan mempengaruhi rohani Baginda. Jika demikian, benarlah kata-kata kaum Musyrikin tentang Baginda itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir. (al-Israk: 47)

Sumber : Utusan Malaysia

Media : Anis Athirah, Pelajar Pendidikan Khas juara tilawah

Reaksi :  

Anis Athirah Ainol Amriz (tengah), Norhayati Jamal (kanan) dan Nur Aina Abdul Razak bersama hadiah masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Port Dickson, baru-baru ini.

Anis Athirah Ainol Amriz dari Negeri Sembilan johan kategori seniorTilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Kelapan di Port Dickson dekat sini kelmarin.
Kemenangan itu membolehkan Anis Athirah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panchor, Seremban merangkul hadiah berupa trofi, senaskhah al-Quran dan sijil penyertaan.
Pada majlis tilawah itu, dia membaca surah Yasin bermula ayat ke-13 sehingga ke-27.
Sementara itu, naib johan disandang Norhayati Jamal, 15, dari Johor manakala tempat ketiga diraih oleh Nur Aina Abdul Razak, 15, dari Pulau Pinang.
Majlis penutupan tilawah yang berlangsung di Hotel Permaisuri, Port Dickson itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli.
Anis Athirah memberitahu, ia adalah kali pertama beliau memenangi kategori senior selepas menduduki tempat kelima tahun lalu.
"Sebelum ini, saya pernah menang kategori junior yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah," katanya.
Anis Athirah mengucapkan terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi semangat bagi mencapai kejayaan.
Rakannya, Norhayati berkata, dia bersyukur dengan kejayaan itu.
"Pada peringkat junior tahun lalu, saya dapat johan tetapi kali ini saya kalah tipis," katanya.
Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Nur Aina bersyukur dan gembira dengan pencapaiannya pada tahun ini walaupun tidak bergelar johan.
"Saya akan usaha lagi untuk menjadi johan pada tahun depan dan mendalami ilmu taranum," kata pelajar berkerusi roda itu.
Pengetua SMK Panchor, Seremban, Muhammad Amir Y.M Shariff berkata, guru terlibat mendidik pelajar kurang upaya perlu dikagumi kerana bukan mudah mendidik mereka.

Sumber : Utusan Malaysia
Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Datang KS SPI JPNJ

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami mengucapkan SELAMAT DATANG dan TAHNIAH kepada Ust. Abd. Aziz Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor.

Moga kecemerlangan menjadi milik kita.
Moga keberadaan di barisan hadapan menjadi watak kita.

Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya dimaklumkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (saps) dibangunkan untuk mengumpul,menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah seluruh Malaysia.

Sehubungan itu, Taklimat dan Bengkel Aplikasi SAPS bagi Setiausaha Peperiksaan (SUP) Dalaman Sekolah akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut:

Tarikh : 28 Julai 2011 (hari Khamis)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Bilik Seminar Al-Azhar,PPD Mersing

Mohon pihak tuan mengarahkan Setiausaha Peperiksaan Dalaman sekolah tuan hadir dengan membawa komputer riba dan broad band (sekiranya ada)

Mohon kerjasama semua pegawai di Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing agar dapat turut serta.

Sekian.Terima kasih.



Lampiran : http://saps.moe.gov.my
Lampiran : Bahan Bengkel
Sila rujuk http://uppppdpg.blogspot.com untuk maklumat lanjut....
Soalan Lazim SAPS @ SIT
Garis Panduan
Rabu, 27 Julai 2011

Sekitar Program Skor A Sejarah SPM Negeri Johor Tahun 2011

Reaksi :  

Maaf keran visual kurang memuaskan...



Sesi Sentuhan Permata
bersama dengan
En. Md. Jais bin Samat
Timbalan PPD Mersing


Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak PPMP Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, JKD Sejarah, pihak sekolah , barisan penceramah, fasilitator, guru-guru dan anak-anak Permata SPM serta semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

Moga program ini  memberi impak yang besar kepada peningkatan prestasi Sejarah SPM 2011.
Buat anak-anak Permata, kami sentiasa mendoakan kecemerlangan anda.
Wassalam.
Selasa, 26 Julai 2011

Waktu Solat Zohor Berperingkat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PPD Mersing telah diarahkan mengadakan Program Skor A Sejarah SPM Negeri Johor Tahun 2011 dengan kerjasama PPMP Sejarah Negeri Johor dan JKD Mata Pelajaran Sejarah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 dan 27 Julai 2011 (Selasa dan Rabu) 

Masa :  
8.00 pagi - 5.00 petang (26/7/2011)
8.00 pagi - 1.00 petang (27/7/2011)

Tempat  :  Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Murid-Murid Tingkatan Lima (Kategori Sederhana)

Sehubungan itu, penggunaan SURAU LELAKI, Blok B, PPD Mersing adalah dijadualkan seperti berikut :

26 Julai 2011 (Selasa)

1.15 petang - Pelajar Perempuan
1.45 petang - Pelajar Lelaki
2.00 petang - Pegawai dan Staf Lelaki

KERJASAMA TUAN AMAT DIHARGAI.


Wassalam.
Isnin, 25 Julai 2011

Program Skor A Sejarah SPM Negeri Johor Tahun 2011

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua,

Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Mersing

MRSM Mersing

SM Arab Al-Khairiah Mersing


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini telah diarahkan mengadakan program tersebut dengan kerjasama PPMP Sejarah Negeri Johor dan JKD Mata Pelajaran Sejarah seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 26 dan 27 Julai 2011 (Selasa dan Rabu) 
Masa :  Seperti lampiran 
Tempat  :  Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Murid-Murid Tingkatan Lima (Kategori Sederhana)


BIL
NAMA SEKOLAH
BIL. GURU
BIL. MURID
1
SMK SRI MERSING
2
25
2
SMK MERSING
2
20
3
SMK TENGGAROH A
2
20
4
SMK TAN SRI ABD.KADIR
2
20
5
SMK NITAR
2
25
6
SMK PAI CHEE
2
10
7
SMK UNGKU HUSIN
2
25
8
SMK ANJUNG BATU
2
20
9
SM ARAB AL-KHAIRIAH
2
10
10
SMS SULTAN ISKANDAR
2
10
11
MRSM
2
10

JUMLAH KESELURUHAN
22
195


Sehubungan itu, sekolah tuan dipelawa untuk menyertai program tersebut dengan menghantar murid-murid Tingkatan Lima Tahap Sederhana sebagaimana ketetapan di atas.

Sila sahkan jumlah penyertaan sekolah tuan dengan Pengetua SMK Sri Mersing, Pengerusi JKD Sejarah.

Tentatif program adalah seperti berikut :



Tarikh
Masa
Perkara

26 Julai 2011
(Selasa)

8.00 – 8.30 pagi
8.30 – 10.00 pagi
10.00 – 10.30 pagi
10.30 – 12.30 tgh.
12.30 – 2.00 ptg.
2.00 – 4.30 ptg.


Pendaftaran
Slot 1 (Soalan Fokus)
Minum Pagi
Slot 2 (KBKK)
Makan Tengahari, Rehat dan Solat
Slot 3 (Objektif)

27 Julai 2011
(Rabu)

8.30 – 10.30 pagi
10.30 – 11.00 pagi
11.00 – 1.00 ptg.


Slot 4 (Struktur)
Minum Pagi
Slot 5 (Esei)


Sekian. Wassalam.
Ahad, 24 Julai 2011

Gotong Royong KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufiq, inayah serta keizinanNya, Program Gotong-Royong  KIP Seri Mersing telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mulai 7.30 pagi hingga 11.30 tgh tadi.

Tahniah kepada AJK Kelab Keluarga KiPs Mersing kerana dapat mengelola program tersebut dengan baik. Terima kasih atas sokongan dan kerja sama semua penghuni yang hadir. Moga program mulia tersebut diberkati Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Wassalam.

Lihat gambar-gambar di sini.