Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 20 Ogos 2011

Sekitar Bicara Sinar UPPM3 UPSR 2011 - Zon Bandar dan Nitar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah turut sama menjayakan program berkenaan secara langsung atau tidak langsung.

Moga usaha kita diberkati Allah SWT.








Sekitar Bicara Sinar UPPM3 UPSR 2011 - Zon Endau

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmatNya dan keizinanNya, program tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar berkat kerjasama semua pihak terutama Guru Besar dan Guru-Guru Zon Endau.
Terimakasih kepada warga SK Teluk Lipat atas komitmen dan kesediaan menjadi tuan rumah program berkenaan.


Baca lagi di sini.......   Sumber : Portal SK Teluk Lipat
Khamis, 18 Ogos 2011

Sekitar Bicara Sinar UPPM3 UPSR 2011 - Zon Tenggaroh

Reaksi :  
TARIKH :  17 OGOS 2011 (RABU)
MASA : 9.00 PAGI - 12.30 TGH.
TEMPAT : DEWAN GEMILANG, SK LKTP TENGGAROH 03
Sesi Pendaftaran
Ucaptama PPD Mersing








Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.
Terima kasih kepada pihak SK LKTP Tenggaroh 03 kerana sudi menyediakan tempat dan menerima kehadiran kami.
TAHNIAH... Moga prestasi kita lebih.
Wassalam.

Lampiran : Analisis UPPM3 Daerah  Mersing
Lampiran : Pen_Kes_Setiap_Daerah.pdf
Lampiran : Ranking_Sekolah_Mersing.pdf
Rabu, 17 Ogos 2011

Bicara Sinar UPPM3 UPSR 2011 - Zon Endau

Reaksi :  
PROGRAM : BICARA SINAR UPPM3 UPSR - ZON ENDAU


Tempat : SK Teluk Lipat
Tarikh : 18-Aug-2011
Masa : 14:30:00 hingga 17:00:00
Peserta : 50 peserta - GB, GPK1 dan Semua Guru Mp Upsr Tahun Enam

Pengerusi : Tn. Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.



SILA PATUHI MASA

Sehubungan dengan itu juga, tuan diminta membawa bersama Laporan Audit Akademik UPPM3 2011 Peringkat Sekolah semasa menghadiri program tersebut.



Sekian. Wassalam.

Laman Blog SK Tanjung Resang

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa SK Tanjung Resang, Endau, Mersing telah ada laman blognya yang tersendiri.

Si Kerdil merakam ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha warga kerja SK Tanjung Resang atas komitmen membina laman blog berkenaan sekaligus menyahut seruan PPD Mersing untuk memartabatkan rangkaian maklumat pendidikan daerah Mersing.

Laman blog berkenaan boleh dilusuri di alamat berikut : http://sktrej.blogspot.com/
Selasa, 16 Ogos 2011

Bicara Sinar Audit Akademik UPPM3 UPSR Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan program seperti butiran di bawah :


Program : Bicara Sinar UPSR Zon Tenggaroh
Tarikh : 17 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi 
Tempat : SK LKTP Tenggaroh 03


Program : Bicara Sinar UPSR Zon Endau
Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang 
Tempat : SK Teluk Lipat

Program : Bicara Sinar UPSR Zon Bandar dan Nitar
Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang 
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.

Sasaran : Guru Besar, GPK1 dan semua guru yang mengajar mata pelajaran BM, BI, Sains dan Matematik Tahun Enam 2011.


Pengerusi : Tn. Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.


Sehubungan itu, Guru Besar bersama GPK 1 serta semua guru yang mengajar mata pelajaran BM, BI, Sains dan Matematik Tahun Enam diminta hadir ke program berkenaan. 

Sehubungan dengan itu juga, tuan diminta membawa bersama Laporan Audit Akademik UPPM3 2011 Peringkat Sekolah semasa menghadiri program tersebut.

Sekian. Wassalam. 
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Ogos 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Kluang.

Pegawai yang terlibat :

1. En. Khairuddin Yaccob (SK Sawah Dato')
2. En. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
3. En. Mohd. Azhan Nathari (SK Bandar Mersing)

Sila bawa bersama keperluan berikut :

1. Komputer Riba
2. Pendrive
3. Pakaian mengikut kesesuaian.
4. Salinan muka depan Buku Bank yang telah disahkan oleh Guru Besar
5. Pakaian Pendidikan Jasmani - T-Shirt Berkolar, Track (Panjang)
6. Surat panggilan peserta yang telah disahkan oleh Guru Besar.
7. Peserta hendaklah sihat tubuh badan (tidak mengandung, cedera dan tidak berpenyakit yang boleh menghalang aktiviti fizikal)
8. Guru yang mengikuti kursus mestilah akan mengajar tahun 2 pada 2012.

Wassalam.

Guru Besar

Sekolah-sekolah Berkenaan

Sehubungan dengan itu, guru seperti nama yang dilampirkan diminta hadir dalam kursus tersebut yang akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 17-18 Ogos 2011

Pendaftaran : 17 Ogos 2011 ( 9.00 pagi )

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Johor ( BTPNJ ), Skudai

Sila bawa bersama dokumen/bahan yang telah diedarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK, KPM. Surat telahpun diedarkan ke sekolah yang berkenaan.

Lampiran : SENARAI_JU_NEGERI_DAN_JU_TAMBAHAN.docx

Sekian, Terima kasih.

Sesi Profesional Akademik Bil. 9/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 17 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Pengerusi : PPPD Kurikulum

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pegawai dan staf Unit Pengurusan Akademik agar dapat hadir ke sesi berkenaan.

Wassalam.
Ahad, 14 Ogos 2011

Tazkirah : Plan-S

Reaksi :  
Assalamu a'laikumm wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah kali ini, Si Kerdil ingin berkongsi tentang betapa hebatnya usaha satu makhluk Allah SWT yang satu ketika dulu turut berada di dalam syurga, sentiasa patuh kepada Allah sehingga sampai satu ketika mereka mula ingkar perintah Allah, sombong @ bongkak, akhirnya dihalau daripada syurga.


Itulah SYAITAN.. ANTARA SYAITAN YANG ORIGINAL ADA SYAITAN YANG BERUPA MANUSIA.


Syaitan akan sentiasa cuba dengan sedaya upaya untuk menyesatkan anak-anak Adam AS.
Plan Syaitan ini kadang agar sukar untuk kita hadapinya dan atasinya kerana di mana-mana dia boleh wujud.


Tengah-tengah buat baikpun, dia datang. Tengah solatpun, dia datang. Tengah buat jahat, lagilah dia datang.  


Si Kerdil ingin kongsikan satu coretan artikel yang telah ditulis oleh  Ustaz Fauzi Deraman – Akademi Pengajian Islam UM untuk tatapan dan muhasabah kita bersama.



SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan.Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.
Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dahsyatnya oleh syaitan dan syaitan manusia.Serangan syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat. Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang,  dari kanan, dan dari kiri.Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada)  jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.
Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun.Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya.Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan.Dan pada akhir zaman serangannya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya manusia syaitan yang telah disebut tadi.
Bahaya syaitan tidak mudah dilihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.Iblis pernah bersumpah seperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”
Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:
  • Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
  • Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
  • Mengajak manusia kearah kehancuran,kebinasaan dan perpecahan.
  • Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
  • Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
  • Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
  • Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
  • Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
  • Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
  • Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
  • Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.
Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya.Di antaranya adalah saperti berikut:
  • Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman.Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
  • Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
  • Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
  • Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
  • Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
  • Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
  • Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
  • Menyemai sifat hasad dan dengki
  • Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
  • Rasa kagum dengan diri sendiri
  • Sifat bakhil
  • Sifat takabur
Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil.Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia,syaitan dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik.Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.
Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan dan syaitan manusia.
Wallahu’alam.

Jadual Peperiksaan Percubaan STPM 2011

Reaksi :  
Sila lihat di sini ..Percubaan_STPM_2011.jpg

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dann Salam Mahabbah.


Berikut dilampirkan Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan berkenaan berkuatkuasa pada 4 Ogos 2011 untuk tindakan tuan selanjutnya.

Sekian Wassalam.

Sila muat turun di sini..bahan_SBP_2012.rar

UJIAN PRAPERCUBAAN SEJARAH SPM NEGERI JOHOR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan Ujian Prapercubaan Sejarah SPM seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Ogos 2011 (Hari Khamis)
Masa : 

8.00 - 9.00 pagi : Kertas 1 (1249/1)
9.00 - 9.30 pagi : REHAT
9.30 - 12.00 tgh. : Kertas 2 (1249/2)

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama semua pengetua untuk melaksanakan ujian tersebut seperti tarikh dan masa yang ditetapkan.. 
Maklumat lanjut mengenai ujian tersebut boleh merujuk kepada surat dan  edaran Jabatan Pelajaran Johor seperti yang dilampirkan. 
Pembayaran sebanyak RM1.75 untuk setiap calon bagi kedua-dua kertas 1 dan 2 serta skema pemarkahannya hendaklah dibuat semasa mengambil kertas ujian tersebut di Unit Pengurusan Akademik, Blok B, PPD Mersing pada 15 dan 16 Ogos 2011.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum di talian 077996700.

Terima kasih

Tazkirah : Syaitan masih berkeliaran di bulan Ramadhan?

Reaksi :  
Sumber : Nik Nasri

Dari Abi Hurairah, katanya, Nabi SAW bersabda, maksudnya: ‘Apabila masuknya malam pertama dari bulan Ramadhan, syaitan dan jin yang ganas dibelenggu. Pintu neraka ditutup, Tidak dibuka satupun darinya. Pintu syurga dibuka. Tidak satupun darinya ditutup. Ada satu seruan: ‘Wahai orang yang mencari kebaikan! Berhadaplah ke mari. Wahai orang yang mencari kejahatan! Henti hentilah (perkara jahat kamu itu). Bagi Allah, ada hamba-hamba yang dimerdekakan. Perkara itu pada setiap malam.’ Riwayat at-Tirmizi

Ringkasan:
Imam Nawawi menyebut jin syaitan ini dibelenggu kerana menghalang mereka dari menyakiti orang mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Belenggu itu boleh jadi hakiki (sebenar) atau majazi (simbolik).
Syaitan
Al-Qadhi Iyadh menyebut: Boleh jadi Allah membelenggukan syaitan itu dengan rantai dan belenggu dengan sebenarnya, bukan ia majazi atau secara simbolik sahaja. Tujuannya supaya mereka tidak menyakiti mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Boleh jadi juga ia adalah simbolik. Allah jadikan mereka itu lemah dari menipu-daya mukmin dalam bulan puasa ini hingga jadi kuranglah tipu-dayanya. Maka jadilah mereka itu seolah-olah dibelenggu. Belenggu juga dengan makna mereka tidak dapat menipu sebahagian mukmin dan sebahagiannya dapat ditipunya. Sebahagian perkara dapat ditipu dan sebahagiannya tidak. Ini semua bermaksud membesarkan bulan Ramadhan itu.
Berkenaan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka, Imam Nawawi menyebut bahawa ia boleh jadi hakiki atau majazi juga. Ertinya apabila masuk bulan puasa itu, Allah buka jalan taat yang banyak kepada hambaNya, yang tidak ada di bulan selain Ramadhan seperti berpuasa, berjaga malam dan pelbagai kebajikan yang lain. Maka itulah yang menjadikan sebab masuk syurga dan seolah-olah itulah pintunya.
Berkenaan seruan itu pula, ia tidak didengari oleh manusia. Namun Allah tidak membiarkan begitu sahaja. Allah memberitahu Nabinya tentang seruan tersebut. Diwakilkan kepada Malaikat menyeru pada setiap malam puasa memanggil hamba-hambaNya untuk berbuat taat dan menjauhkan maksiat.
Allah memerdekakan hambaNya dari neraka dengan sebab ketaatan yang dibuat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab mengesakan Allah. Ada yang dimerdekakan dengan sebab solat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab puasa. Pemerdekaan dalam bulan puasa ialah dengan sebab pahala puasa dan berkatnya.
(Ringkasan Bahr al-Mazi j3 ms 3-6)
Sila lihat di sini : Surat Siaran LPM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LESSON STUDY

Reaksi :  
Lihat lampiran : lesson_study.pdf
Sila muat turun surat siaran di sini
Untuk memuat turun borang-borang berkenaan program, sila klik di sini.
Lampiran : Surat Siaran Program Pemantauan MBMMBI
Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011telah dibuka di sini. Hanya KETUA JABATAN di tempat bertugas pemohon PPG ambilan Khas ini sahaja yang dibenarkan menyokong. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270

Buletin Bicara Ramadan Bil 2/2011

Reaksi :  
Hebahan sebelum ini adalah berkaitan.


Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 2/2011 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1432H.
Berikut disertakan buletin tersebut bagi rujukan dan panduan kita bersama.
Wassalam.
Lampiran :

Tazkirah : Solat Berjemaah

Reaksi :