* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 10 September 2011

Majlis Solat Hajat UPSR SK Pulau Aur

Reaksi :  
 
Bacalah beritanya kat sini ....http://skpulauaur.blogspot.com/

TAHNIAH BUAT WARGA SK PULAU AUR ...MOGA SENTIASA CEKAL DAN IKHLAS MENABUR BAKTI MEMBINA MODAL INSAN PERMATA MERSING.
Khamis, 8 September 2011

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Kecemerlangan UPSR Serentak di semua Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah diharapkan dapat menjalankan program berkenaan secara serentak di semua sekolah rendah.

Tarikh : 8 September 2011 (Khamis)
Masa : 7.00 petang - 9.00 malam
Cadangan Tentatif :

1. Solat Fardhu Maghrib
2. Solat Hajat Kecemerlangan UPSR
3. Bacaan Yaasin dan Munajat
4. Solat Fardhu Isyak.

SEMUA WARGA PENDIDIKAN ADALAH DIJEMPUT

Program ini adalah atas inisiatif bersama dengan Majlis Guru Besar Daerah Mersing.
Wassalam.
Selasa, 6 September 2011

AWAS : Pecah Rumah di KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa kejadian PECAH RUMAH telah berlaku di Kompleks Institusi Pendidikan Seri Mersing pada 5 September 2011 (Isnin) melibatkan 5 buah rumah.

Kejadian tersebut disyaki berlaku sekitar 9.00 pagi hingga 1.30 petang sewaktu semua penghuni keluar bekerja.

Laporan polis telah dibuat dan semua urusan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Si Kerdil menasihatkan agar semua penghuni KIP Seri Mersing dapat mengambil langkah-langkah keselamatan sepatutnya sebelum meninggalkan rumah.

Berhati-hatilah semasa menerima tetamu yang tidak diundang.

PERHATIAN KEPADA PELAKU : BERTAUBATLAH SEMENTARA ANDA MASIH SEMPAT DAN SESUNGGUHNYA DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT.

Moga kita dilindungi oleh Allah SWT.

Wassalam.....