الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Jumaat, 16 September 2011
KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA INGGERIS TAHUN 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan melaksanakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 hingga 23 September 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Guru Besar sila pastikan guru yang dipilih mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian di dalam surat panggilan kursus yang telah diedarkan ke semua sekolah rendah.
Guru yang telah terpilih diminta menepati masa dan tarikh kursus. Tuan juga diminta membawa bersama komputer riba, 'thumb drive' dan alat tulis . Kehadiran sepanjang kursus adalah diwajibkan.
"SELAMAT BERKURSUS"

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami diarahkan mengelola kursus berkenaan seperti butiran di bawah
Tarikh : 19 hingga 23 September 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing (perubahan dari Bilik Wawasan)
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Guru Besar SK dan SJK agar dapat mengarahkan seorang Guru yang akan mengajar mp Pendidikan Muzik Tahun 2 pada tahun 2012 hadir dan turut serta dalam kursus berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Untuk Perhatian / Tindakan
Guru Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ bagi 6 buah sekolah-sekolah berkenaan
Assalamualaikum wbrkth Dengan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Guru-guru Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ adalah diminta untuk mengemukakan tuntutan elaun tuisyen bagi semua guru-guru di bawah selarasan masing-masing dengan melampirkan bersama-sama dokumen-dokumen berikut
2.1 Laporan Kehadiran murid
2.2 Buku Rekod Mengajar Guru-guru Program Hikmah ( yang telah lengkap)
2.2 Buku Rekod Mengajar Guru-guru Program Hikmah ( yang telah lengkap)
3. Guru Penyelaras Program Tuisyen juga diminta untuk membuat tuntutan elaun sebagai penyelaras pada kadar bayaran yang sama seperti bayaran guru tenaga pengajar tetapi dihadkan hanya kepada 20 jam sahaja.
4. Sila hubungi Pegawai Penyelaras Tuisyen YPJ di PPD untuk makluman lanjut dan sebarang pertanyaan.
Sekian makluman.
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing
Assalamualaikum wbt dan Salam Mahabbah.
Sila ambil perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa data SEGAK 2/2011 hendaklah dihantar ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011.
Mohon kerjasama semua sekolah menjalankan Ujian SEGAK sebelum tarikh tersebut dan menghantar data tidak lewat dari tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.

Sukacitanya diingatkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008.
Ujian SEGAK tersebut boleh dibuat di dalam dan luar waktu Pembelajaran dan Pengajaran MP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Ujian SEGAK Bil.1/2011 - 1 hingga 29 Mac 2011
Ujian SEGAK Bil.2/2011 - 5 hingga 30 Sept. 2011
Aplikasi SEGAK Negeri Johor versi terkini (030311) telah siap dibina oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.
Sistem ini hanya perlu diselaraskan dengan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sedia digunapakai oleh pihak sekolah. (tanpa masukkan maklumat murid satu persatu)
Sehubungan itu... dapatan ujian berkenaan hendaklah menggunapakai aplikasi terbaru tersebut seperti dilampirkan.
Mata pelajaran Sejarah telah diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan, melahirkan perasaan cintakan kepada tanah air, memahami tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan merangka wawasan masa depan negara.
Baca lagi di sini....
Galeri_Sejarah.pdf
Baca lagi di sini....
Galeri_Sejarah.pdf
Pekeliling : Surat Pekeliling Kewangan Bil. 3 Tahun 2011 - Pelaksanaan Sistem Bayaran Secara Pukal Untuk Sekolah Kerajaan Atau Institusi Pendidikan Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Sila muat turun di sini Download
Pembentangan Oleh : YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA - "WHAT CHALLENGING STATUS QUO SHOULD DELIVER"
Untuk makluman dan perhatian tuan/puan, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar, di samping menjaga kebajikan guru dan kakitangan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menurunkan peruntukan tambahan sebanyak RM17,449,280.00 pada 25 Julai 2011 kepada semua Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terlibat dengan pengambilan dan pelantikan Guru Ganti.
Sehubungan dengan itu, semua Guru Besar dan Pengetua dipohon untuk berhubung terus dengan pihak JPN berkaitan perkara ini bagi memsatikan pengambilan dan pelatikan Guru Ganti dapat dibuat mengikut keperluan sekolah masing-masing.

Adalah dimaklumkan bahawa Semakan bagi Keputusan Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berumur 46 dan 47 tahun, adalah seperti tertera di kalendar program. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di talian 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270. Sila klik di sini.
Permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) , anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM ambilan 2012 telah dibuka. Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
http://www.iab.moe.gov.my/npqel atau http://202.186.27.111/npqel
http://www.iab.moe.gov.my/npqel atau http://202.186.27.111/npqel
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32, DG 41, DG 44 dan DG 48 (KUP time based)
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri,
Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012
untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based)
boleh dibuat melalui Laman Web Sistem Pertukaran Guru.

Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.
Tindakan : Guru Besar SK dan Calon-Calon UPSR 2011
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, ungkapan syukur di " rafa'kan '' kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmatNya serta iradahNya, kita telah berjaya menjalani pentarbiahan Ramadan selama sebulan.
Kini, kita diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan Negara kali ke 54.
Pengisian kemerdekaan dan kehidupan kita selepas ini lebih mencabar dan diluar kemampuan kita untuk menghadapinya tanpa bantuan dan keberkatan Yang Maha Esa. Hanya kepadaNya, tempat kita memohon pertolongan.
Si Kerdil mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN kepada CALON-CALON UPSR 2011 pada 13 hingga 15 September 2011.
Jalanilah ia dengan tenang, sabar, tabah, bersungguh-sungguh dan jangan lupa bahawa Allah SWT adalah pengawal segala-galanya.
Pastikan segala kefardhuan yang disyariatkan, ditunaikan dengan sebaiknya. Sentiasakanlah diri kita berdoa kepada Allah SWT.. moga diberi ketenangan, kecerdasan, kesihatan, kelapangan dan dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan baik dan tepat.
Amalkan doa :
KAMI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PERMATA MERSING...MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA.
Lampiran : Jadual UPSR 2011
Lampiran : Syarat Pendaftaran UPSR
Lampiran : Panduan Peng. Peperiksaan
Lampiran : Kajian Mutu Jawapan UPSR 2010

اللهم استودعك ما علمتنا ، فاردده عند حاجاتنا إليه ولا تنسناه
ولاحول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KEMBALIKANLAH KEPADA KAMI, APA YANG TELAH AJARKAN KETIKA MANA KAMI BERHAJAT KEPADANYA YA ALLAH.
JAUHKANLAH KAMU DARIPADA SIFAT LUPA. TIDAK ADA DAYA DAN KUASA SELAIN MU YA ALLAH YANG MAHA TINGGI DAN MAHA AGUNG.
KAMI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PERMATA MERSING...MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA.
Lampiran : Jadual UPSR 2011
Lampiran : Syarat Pendaftaran UPSR
Lampiran : Panduan Peng. Peperiksaan
Lampiran : Kajian Mutu Jawapan UPSR 2010
Adalah dimaklumkan Slide Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Web Bil. 1 Tahun 2011 yang diadakan pada 08 September 2011 boleh dimuat turun di sini (Sila klik)
Langgan:
Catatan (Atom)