Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 8 Oktober 2011

Kursus KSSR Tahun Dua Minggu Ini (10-14 Okt. 2011)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kursus berkenaan akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

1. KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN DUA - MP PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tarikh: 10 - 14 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing. (perubahan terkini)

2. KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN DUA - MP PENDIDIKAN MORAL
Tarikh : 10 - 14 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing (perubahan terkini)

3. KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN DUA - DUNIA SAINS TEKNOLOGI
Tarikh : 10 - 14 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, Bangunan PPD (Lama)

PERHATIAN KEPADA PESERTA KURSUS KSSR - MP PSV DAN PM:

1. Pengisian Slot 1 dan 2 pada hari Isnin (10 Okt. 2011) dan Slot PBS pada (13 Okt. 2011) akan dibuat secara bergabung dua kursus serentak di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sehubungan itu, semua peserta kursus berkenaan diminta berada di Dewan Al-Azhar mengikut ketetapan tersebut.

2. 11 Oktober 2011 (Selasa) 8.00 pagi - Peserta Kursus KSSR - MP Pendidikan Moral diminta bergerak ke Bilik Mesyuarat di Bangunan Utama PPD Mersing bagi memberi laluan kepada Program CAKNA Guru dan Staf di Dewan Al-Azhar.

Sekian. Wassalam.
Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan belanjawan berkenaan untuk makluman para pengunjung yang budiman.
Wassalam.

Lampiran : Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2012
Lampiran : Lampiran 12
Lampiran : Laman Rasmi Belanjawan 2012
Khamis, 6 Oktober 2011

TAKLIMAT PENYELARASAN JU DAN URUSETIA KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN 2 - MATAPELAJARAN PSV DAN PEND. MORAL

Reaksi :  
PROGRAM : TAKLIMAT PENYELARASAN JU DAN URUSETIA KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN 2 - MATAPELAJARAN PSV DAN PEND. MORAL


Tarikh : 06-Oct-2011 hingga 06-Oct-2011
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik
Masa : 15:00:00 hingga 17:00:00
Peserta : 8 peserta - JU Dan Urusetia KSSR Tahun Dua - MP PSV Dan Pend.Moral
Urusetia : Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan pada 2 Oktober 2011 adalah berkaitan.

Merujuk kepada surat BPSM KPM - KP(PP) SULIT0063/57/10 Jld.49 (11) bertarikh 19 September 2011 mengenai perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa BPSM KPM sedang mengumpul maklumat data PPPS bagi Gred DG41 dan DG44 (termasuk PPPS yang mempunyai pengalaman PPPLD) yang telah berkhidmat selama 8,9 dan 10 tahun pada tahun 2012.

1. PPPS Gred DG41 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD.
2. PPPS Gred DG41 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD.
3. PPPS Gred DG44 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD dan
4. PPPS Gred DG44 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD.

Calon-calon yang akan diperakukan mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti surat siaran tersebut.

Sila muat turun surat siaran berkenaan di sini..

Maklumat yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPPD Mersing (u.p. Pn.Norazita Md. Taib) bagi penyatuan sebelum dihantar ke JPN dan seterusnya ke BPSM.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

SUMBER : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2173
Assalamuailakum


Dimaklumkan bahawa semua permohoan pertukaran sama ada PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH diwajibkan untuk dipohon secara atas talian (on-line) iaitu melalui lama web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat web : http://apps.moe.gov.my/etukar.

Sukacita diingatkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan dipertimbangkan lagi.

Peringatan

Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan. Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.

Sila ke pautan berikut untuk maklumat lanjut... http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?UT=4&MN=40&JN=&W=583

Misi Kemanusiaan Somalia JPN Johor

Reaksi :  

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan jadual berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran : Jadual_Pep.Akhir_Tahun_SM.pdf
Rabu, 5 Oktober 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ BAGI PPPLD AMBILAN 2012 DI BAWAH RMK KE – 10

Reaksi :  
Berikut disertakan lampiran mengenai perkara di atas.

Lampiran : http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1317600608.pdf
PROGRAM    :TAKLIMAT PENYELARASAN JU DAN URUSETIA KURSUS PENYEBARAN KSSR TAHUN 2 - MATAPELAJARAN PSV DAN PEND. MORAL
Tempat:Bilik Konsultasi Akademik
Tarikh:06-Oct-2011 hingga 06-Oct-2011
Masa:15:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:8 peserta - JU Dan Urusetia KSSR Tahun Dua - MP PSV Dan Pend.Moral
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum

PERTUKARAN DAN PERLANTIKAN GURU BESAR SK PULAU AUR, SK LABONG DAN SK TENGGAROH 1

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Berikut disenaraikan Pertukaran dan Perlantikan Guru Besar SK Labong, Endau, SK Pulau Aur dan SK Tenggaroh 1. Pertukaran dan perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2011.


Encik Jasmi b. A. Kadir, Guru Besar SK Pulau Aur di ditukar ke SK Labong, Endau.
Puan Hajah Norsiah bt. Idris, 
Guru Penolong Kanan 1 SK Batu 3, Kluang, di lantik sebagai Guru Besar SK Tenggaroh 1, Mersing.
Encik Mohd Sukhimi b. Md. Shah, 
Guru Penolong Kanan 1, SK Tenggaroh 2 dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Aur.

PPD Mersing mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan dan pertukaran ini. Semoga dengan pertukaran dan perlantikan ini dapat menyumbang impak yang besar kepada kejayaan dan menjulang "Mersing Hebat".
Selasa, 4 Oktober 2011

Peristiwa Pendidikan 18/2011

Reaksi :  
Peristiwa Pendidikan 18/2011: Kandungan Peristiwa Pendidikan 18/2011 Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua,Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPM

SENARAI NAMA PESARA BAGI TAHUN 2012

Reaksi :  

SILA KLIK DISINI UNTUK MENYEMAK SENARAI NAMA PESARA BAGI TAHUN 2012.
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERURUSAN TERUS DENGAN UNIT PENCEN,JPNJ DI TALIAN 07-2332239/2278/2395.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN TAHUN 2, 3, 4 DAN 5 AKHIR TAHUN SETARA 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan jadual berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Lampiran : Jadual_Peperiksaan_Akhir_Tahun_Setara_2011.pdf
Isnin, 3 Oktober 2011

Laman Blog Unit Pendidikan Islam, PPD Mersing

Reaksi :  

Paparan Terbaru Portal Rasmi PPD Mersing

Reaksi :  



Peringatan : KUTIPAN DATA SEGAK 2/2011

Reaksi :  
Assalamualaikum wbt  dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.



Mohon perhatian  kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa data SEGAK 2/2011 hendaklah dihantar ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011


Mohon kerjasama semua sekolah menjalankan Ujian SEGAK sebelum tarikh tersebut dan menghantar data tidak lewat dari tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. 

Sukacitanya diingatkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008.


Ujian SEGAK tersebut boleh dibuat di dalam dan luar waktu Pembelajaran dan Pengajaran MP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Ujian SEGAK Bil.1/2011 - 1 hingga 29 Mac 2011
Ujian SEGAK Bil.2/2011 - 5 hingga 30 Sept. 2011

Aplikasi SEGAK Negeri Johor versi terkini (030311) telah siap dibina oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.
Sistem ini hanya perlu diselaraskan dengan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sedia digunapakai oleh pihak sekolah. (tanpa masukkan maklumat murid satu persatu)

Sehubungan itu... dapatan ujian berkenaan hendaklah menggunapakai aplikasi terbaru tersebut seperti dilampirkan.

Kami merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada pihak sekolah yang telah menghantar data berkenaan tepat pada masanya.. Namun sebahagian besar sekolah belum mengambil tindakan tersebut.

Sehubungan itu, mohon perhatian agar Tuan/Puan Guru Besar atau Pengetua dapat memastikan tindakan berkenaan diambil dengan kadar SEGERA.

Wassalam.

Selamat Menduduki PMR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, ungkapan syukur di " rafa'kan '' kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmatNya serta iradahNya, kita telah berjaya menjalani pentarbiahan Ramadan selama sebulan, dan telah meraikan
nikmat Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan Negara kali ke 54. Moga semangat juang dan usaha yang berterusan beristiqamah sentiasa menjadi amalan dan nadi anak-anak Permata Mersing yang dikasih.

Pengisian kemerdekaan dan kehidupan kita selepas ini lebih mencabar dan diluar kemampuan kita untuk menghadapinya tanpa bantuan dan keberkatan Yang Maha Esa. Hanya kepadaNya, tempat kita memohon pertolongan.

Si Kerdil mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN kepada CALON-CALON PMR 2011 pada 4,5,6, 10 dan 11 Oktober 2011 nanti.

Jalanilah ia dengan tenang, sabar, tabah, bersungguh-sungguh dan jangan lupa bahawa Allah SWT adalah pengawal segala-galanya.

Pastikan segala kefardhuan yang disyariatkan, ditunaikan dengan sebaiknya. Sentiasakanlah diri kita berdoa kepada Allah SWT.. moga diberi ketenangan, kecerdasan, kesihatan, kelapangan dan dapat menjawab soalan-soalan PMR dengan baik dan tepat.

Amalkan doa :

اللهم استودعك ما علمتنا ، فاردده عند حاجاتنا إليه ولا تنسناه 
ولاحول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KEMBALIKANLAH KEPADA KAMI, APA YANG TELAH AJARKAN KETIKA MANA KAMI BERHAJAT KEPADANYA YA ALLAH.
JAUHKANLAH KAMU DARIPADA SIFAT LUPA. TIDAK ADA DAYA DAN KUASA SELAIN MU YA ALLAH YANG MAHA TINGGI DAN MAHA AGUNG.


Disamping itu lakukan amalan berikut sebelum memasuki dewan peperiksaan :

1. Ambil Wuduk. (Sebelum itu, tunaikan Solat Hajat sebelum masuk waktu Subuh)
2. Mengadap Kiblat.
3. Baca Syahadah - 3 x.
4. Al-Fatihah - 3 x.
5. Baca 3 Qul - 1 x.
6. Baca Al-Insyirah - 1x. (ألم نشرح)
7. Selawat atas Nabi - 10 x.
8. Niat dalam hati agar dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan. 

KAMI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PERMATA MERSING...MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010.

2. Pihak tuan/puan dipohon klik disini untuk muat turun surat siaran. Kegagalan Pengurus Sekolah dan mana-mana pihak mematuhi pekara yang dinyatan di surat siaran ini adalah bertanggungjawab atas tuntutan pelarasan yang silap / tidak diproses.

Sekian, untuk tindakan tuan/puan selanjutnya. Terima kasih.

Paparan Terbaru Portal Rasmi JPN Johor

Reaksi :  

Media : Sistem Pendidikan Negara Beri Peluang Kepada Semua

Reaksi :  

PEKAN 1 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem pendidikan negara memberi peluang kepada semua golongan tanpa sebarang diskriminasi untuk berjaya.

Beliau berkata sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya lebih baik berbanding negara-negara maju tertentu yang memberi setiap ruang dan peluang kepada semua pihak untuk berjaya.

"Apa yang penting ialah kita dedahkan pelajar dalam satu sistem, mempunyai guru yang komited, dorongan ibu bapa, maka mereka (para pelajar) akan menjadi berjaya.

"Melalui sistem pendidikan kita, kita memberi laluan untuk setiap orang untuk menjadi orang yang berjaya. Kejayaan dalam pendidikan dalam mengubah nasib hidup ini hanya menerusi satu generasi sahaja, ada yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat dan sebagainya,” katanya.

Berucap pada majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan di sini hari ini, beliau berkata terdapat negara maju tertentu misalnya, golongan yang miskin atau bukan bangsawan atau yang hidup di kawasan setinggan, ternyata tidak dapat mengubah nasib untuk menjadi lebih berjaya berbanding ibu bapa mereka.

- Bernama (Sumber Utusan Malaysia)

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa peperiksaan tersebut akan berlangsung pada 4-6 dan 10-11 Oktober 2011.
Sehubungan itu, kami merafa'kan doa kehadrat Allah SWT agar diberikan kecemerlangan dan ketenangan kepada calon-calon Permata PMR Daerah Mersing.

MOGA KECEMERLANGAN MENJADI MILIK ANDA.

Lampiran : Jadual PMR 2011
Lampiran : Kenyataan Akhbar KPM 

Kursus Pendedahan KSSR Tahun Dua & Aktiviti Akademik Minggu ini...

Reaksi :  
1.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR PEND. KESIHATAN TAHUN 2
Tempat:BILIK SEMINAR PPD
Tarikh:03-Oct-2011 hingga 07-Oct-2011
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:40 peserta - Guru Pend. Kesihatan Tahun 2
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum
2.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR PEND. ISLAM TAHUN 2
Tempat:Bilik 1 Pkg Mersing
Tarikh:03-Oct-2011 hingga 07-Oct-2011
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:36 peserta - Guru Pend. Islam Tahun 2
Urusetia:Pn. Rafidah Binti Mohammed - Unit: Kurikulum
3.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2
Tempat:Bilik 2 Pkg Mersing
Tarikh:03-Oct-2011 hingga 07-Oct-2011
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:36 peserta - Guru Bahasa Arab Tahun 2
Urusetia:Pn. Rafidah Binti Mohammed - Unit: Kurikulum
4.PROGRAM    :PEMURNIAAN PENYEDIAAN SOALAN MATEMATIK TINGKATAN 1,2 DAN 4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011.
Tempat:Bilik Mesyuarat SMK Sri Mersing
Tarikh:03-Oct-2011 hingga 03-Oct-2011
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:25 peserta - Guru-guru Matematik Sm Daerah Mersing
Urusetia:Cik Ainul Hayati Bt. Ab. Raof - Unit: Kurikulum