* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 27 Oktober 2011

Pencapaian Pep. Percubaan STPM 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah yang terlibat.

01_Kes_Sekolah.pdf
02_MP.pdf
03_Ana_Setiap_Kertas_MP.pdf
Rabu, 26 Oktober 2011

Selamat Menyambut Deepavali 2011

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Si Kerdil mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada warga pendidikan Mersing yang beragama Hindu .... selamat bercuti ... Moga perpaduan kita akan berkekalan.

MERSING HEBAT

Lampiran : Deepavali
Isnin, 24 Oktober 2011

Permohonan masuk ke KRK, KAA, SMKA dan SK 2012

Reaksi :  
Permohonan masuk ke KRK, KAA, SMKA dan SK 2012 secara online dibuka mulai 16 Oktober hingga 18 November 2012. Sila klik di sini.

SURAT PENGECUALIAN PEMBAYARAN UTILITI INTERNET SCHOOLNET DI BAWAH SISTEM PUKAL

Reaksi :  
SEMUA SEKOLAH PUSAT TANGGUNGJAWAB

Untuk makluman dan tindakan, disertakan surat dari Jabatan Akuantan Negara Malaysia, cawangan Johor berkenaan kelulusan pengecualian pembayaran utiliti internet schoolnet dibawah sistem pukal. No rujukan ANM.JB(B)1 Jld.16(74) bertarikh 13 September 2011.
Mohon kerjasama semua sekolah pusat tanggungjawab memuat turun surat ini bagi urusan pembayaran talian internet TM School Broadband. Untuk maklumat pihak kontraktor Telekom Malaysia bagi mengisi sistem e-SPKB adalah seperti berikut:
               
Nama Pembekal :     Telekom Malaysia Berhad (128740-P)                              
Pegawai Mengurus:   Rashid Bin Abu                                                           
No. Telefon:              07-2281130                                                                  
No. Faks:                 07-3326666                                                                  
E-Mail:                     acid@tm.com.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara diatas, pihak tuan boleh menghubungi En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2310181, Jabatan Pelajaran Johor

Sekian terima kasih.

Sila klik untuk muat turun Surat dari AG.

TAKWIM SEKOLAH BAGI TAHUN 2012

Reaksi :  
Takwim sekolah bagi tahun 2012 boleh dimuat turun di bawah

Takwim Penggal Persekolahan 2012

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SOMALIA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Hebahan sebelum ini adalah berkaitan.

Negara-negara di timur benua Afrika kini sedang dilanda musim kemarau yang paling teruk dan kira-kira 12 juta penduduk diancam kebuluran. Kawasan selatan Somalia ialah kawasan yang paling serius terjejas, hinggakan binatang ternakan serta kawasan pertanian turut mengalami kemusnahan. Menurut statistik Badan Bangsa-Bangsa Bersatu, sejak 3 bulan lalu, ratusan ribu penduduk Samolia telah menjadi pelarian dan mula memenuhi kem-kem perlidungan di sempadan Kenya dan Ethiopia. Hampir 50 peratus kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan teruk, manakala hampir 30 ribu kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran.

Untuk makluman tuan/puan, penyertaan ibadat korban seekor kambing telah ditutup kerana penyertaan sudah penuh. Ini adalah kerana JPN hanya diperuntukkan 100 ekor sahaja.
Walau bagaimanapun, tuan/puan masih boleh mengambil bahagian dengan menderma pek makanan bernilai RM200.00 satu pek (Beras, gandum dll). Untuk pek makanan anda boleh berkongsi.

Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh menghubungi Us. Mohd. Hairozi di talian 0197311344
Makluman Sehingga 14 Oktober 2011
Segala urusan dengan Wisma Putra telah berjaya diselesaikan pada 07 Oktober 2011 oleh Us. Hairozi Muhammad.
Sehingga kini penyertaan sumbangan untuk pek makanan masih diteruskan dan sesiapa yang berminat sila hubungi Us. Hairozi dengan segera.
Sedikit bantuan anda mungkin boleh menyelamatkan satu jiwa.
Sila rujuk http://misisomalia.blogspot.com

PROGRAM QURBAN KEMBOJA 2011

Reaksi :  
PROGRAM QURBAN KEMBOJA 2011 ini adalah program ke-2 selepas program pertama pada tahun 2010 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Pada tahun 2010, program yang telah dilaksanakan di peringkat negeri Johor telah berjaya mengutip dana untuk Qurban (53 ekor lembu) dan penyediaan infrastruktur air bersih sebanyak (10 unit pam air).
Namun begitu, masih banyak kampung di pedalaman yang tidak mempunyai pili air bersih dan hanya bergantung kepada air sungai atau kolam. Menjadi kewajipan kepada umat Islam yang diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk membantu penduduk-penduduk Islam yang rata-ratanya sangat dhaif.
Projek Qurban Kemboja yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Segamat pada tahun ini pula mensasarkan sekurang-kurangnya 50 ekor lembu.
 
Projek ini yang sangat bererti bagi umat Islam di Kemboja. Rata-rata umat Islam yang miskin di sana hanya berpeluang untuk mendapat dan merasai daging ketika menjelang Aidil Adha sahaja.
 
PROGRAM QURBAN KEMBOJA 2011 pada kali ini juga menyeru umat Islam untuk menyalurkan sumbangan bagi mencapai sasaran membiayai pengurusan pendidikan di sana. Projek Dana Pendidikan ini mensasarkan untuk membiayai guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar Islam.
 
Seramai 15 orang guru yang dikenalpasti dan mengajar secara ikhlas. Mereka hanya menerima sumbangan ikhlas dari pihak sekolah di Kemboja yang berjumlah sekitar RM 200 - RM 250 sebulan. Guru-guru ini terpaksa menjalankan aktiviti lain untuk menampung kehidupan.
Melalui Projek Dana Pendidikan ini, diharapkan ianya dapat menampung sumbangan ikhlas sedia ada sepanjang tahun 2011-2012 dan juga menampung pembelajaran pelajar-pelajar Islam di bumi Kemboja agar dapat belajar dengan lebih selesa.
 
PROGRAM QURBAN KEMBOJA 2011 pada kali ini juga berhasrat untuk memenuhi keperluan asas umat Islam iaitu memperolehi air bersih. Sebahagian besar umat Islam hanya bergantung kepada air sungai yang tercemar dan juga air-air parit serta kolam sebagai sumber air untuk membasuh, mandi dan air minuman.
Sehingga kini (melalui projek tahun 2010) terdapat 20 buah pili air yang melibatkan 20 buah kampung telah berjaya dilaksanakan. Namun jumlah tersebut sangat kecil berbanding dengan jumlah kampung umat Islam yang ada dan keperluan mendesak umat Islam terhadap air bersih.
 
Sasaran kutipan dana kali ini adalah untuk menampung kos menyediakan sejumlah 20 unit lagi pam air di kampung-kampung pedalaman yang belum mendapat kemudahan tersebut dan juga kampung-kampung yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai.
Harapan semoga usaha murni ini akan mendapat keredhaan Allah dan kita tergolong dalam kalangan umat Islam yang melepaskan kesempitan umat Islam yang lain.
 
PROGRAM Qurban Kemboja 2011 ini merangkumi Projek Ibadah Qurban, Dana Pendidikan dan Dana Infrastruktur Air Bersih di perkampungan-perkampungan penduduk Islam Kemboja.
 
Satu bahagian lembu : RM250
 
Keterangan Lanjut : 

Ustaz Mohd Hairozi (0197311344), Ustaz Jamil (0197845243)
Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor.
Borang boleh dimuat turun di sini.