* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Sabtu, 5 November 2011

Media : Formula selesai PPSMI

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian


  • Foto
    TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong (kiri) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar (kanan) pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
  • Foto
    SEBAHAGIAN Pegawai Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hadir di Putrajaya, semalam.
  • Dibenar ikuti subjek dalam BI hingga Tingkatan Lima
  • Guna BM sepenuhnya 2016 SRK, 2021 SMK
PUTRAJAYA: Kira-kira lima juta pelajar kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibenar meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris (BI) sehingga tamat Tingkatan Lima.
Ia berikutan keputusan Kabinet semalam untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia (BM) sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016, manakala di sekolah menengah pada 2021 mengikut dasar Memarbatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI), BM atau dalam kedua-dua bahasa apabila memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

Katanya, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan kerisauan ibu bapa, anak mereka yang sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BI selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

“Perlu diperjelaskan juga, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam 2012 dibenar untuk meneruskan pembelajaran dalam BI, BM atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; BI, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan BI atau bahasa Tamil atau kedua-duanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," katanya pada sidang media di sini semalam. 
Kohort terakhir PPSMI di sekolah rendah pada masa ini berada dalam Tahun Dua tahun ini dan tamat Tahun Enam pada 2015.

Bagaimanapun, katanya bagi murid yang sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BM atau kedua-dua bahasa dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam BM sepenuhnya.

“Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut oleh sesetengah pihak,” katanya.

Muhyiddin serta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, turut memberikan taklimat kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah berhubung perkara itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

“Kerajaan berharap keputusan membenarkan kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat Tingkatan Lima dapat melegakan ibu bapa.

“Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia tidak akan terjejas," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berupaya menghalang PPSMI dimansuhkan, Muhyiddin berkata beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri berhubung kaedah "soft-landing" itu.

“Saya berjumpa dengan Perdana Menteri sebelum beliau berangkat ke Makkah... kerajaan dalam hal ini sudah membuat keputusan secara bersama, ini bukan keputusan saya dan bukan keputusan Kementerian Pelajaran.

“Perdana Menteri adalah Pengerusi Kabinet... lebih-lebih lagi apabila ia sudah menjadi polemik, Perdana Menteri setuju PPSMI dimansuhkan cuma bagaimana nak laksanakan kita kemukakan hari ini (semalam),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri ada memberikan pandangan untuk meningkatkan penguasaan BI seperti kandungan sastera Inggeris dimasukkan dalam silibus lebih daripada sekarang.

Katanya, kementerian akan mengkaji perkara itu untuk disesuaikan dengan masa pembelajaran di sekolah termasuk berkaitan sekolah dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Saya harap Tun (Dr Mahathir) faham sebab dia penyokong kuat Barisan Nasional (BN), kita buat keputusan bukan untuk suka-suka tetapi saya percaya rakyat terima, ibu bapa boleh terima. Kita faham, sebab itu keputusan ini dibuat begitu rupa supaya tidak bangkitkan masalah kepada rakyat,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan memutuskan dasar MBMMBI dimulakan tahun ini yang mana menyaksikan murid Tahun Satu tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam BM sepenuhnya manakala pelajar Tingkatan Satu tahun depan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BM sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet mengambil keputusan seperti diumumkan semalam.

Muhyiddin juga berkata kajian Kementerian Pelajaran mendapati kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan sepenuhnya BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains," katanya. 

Media : Pemansuhan PPSMI sekolah rendah 2016, sekolah menengah 2021

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.

"Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.
"Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat tertutup dengan Pegawai Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi. 

Media : 'MBMMBI tak ganggu pelajar'

Reaksi :  

OLEH SYUHADA CHOO ABDULLAH
CHOO@BHARIAN.COM.MY
2011/11/04

pix_gal0
Pendirian MCA, MIC, GERAKAN jadikan bahasa Melayu lemah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pendirian MCA, MIC dan GERAKAN yang menganggap pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan mengganggu pendidikan pelajar di sekolah menengah sebagai tidak logik.
Malah, beliau hairan dengan pendirian mereka hanya mempertahankan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di sekolah rendah, terutama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), tetapi di sekolah menengah mereka mahu menggunakan bahasa Inggeris.
“Dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sepatutnya jangan ada pihak yang bersikap ‘double standard.’ Pendirian parti itu menggambarkan seolah-olah mereka tidak mahu bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu, apatah lagi sebagai bahasa perpaduan.

“Pendirian mereka akan menjadikan bahasa Melayu semakin lemah dan terhakis. Mereka tidak sepatutnya sangsi dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melalui MBMMBI yang jauh lebih baik daripada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebelumnya.

“Semua ini berpunca kerana mereka tidak mahu memahami langkah kementerian mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Mereka harus sedar beratus ribu istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Mereka patut malu kalau anak mereka tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 
Mohd Puad berkata, kedudukan bahasa Melayu harus dipertahankan dan jangan ada pihak yang cuba melemahkannya dalam keadaan semangat perpaduan kini semakin dipersoalkan.

“Isu PPSMI jangan dijadikan sebagai ugutan politik atau kesempatan tersirat untuk terus menanam perasaan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu dan perpaduan.

“Jangan hanya pandai cakap saja, buat kajian menyeluruh mengenai buruk dan baiknya kepada masa depan negara. Bahasa Melayu sebagai lingua franca rakyat negara ini patut terus dimartabatkan, bukan mundur ke belakang,” katanya.

Berita Harian Online: 4 November 2011
Khamis, 3 November 2011

Taklimat Pendedahan KSSR Tahun 2 Kepada Pegawai PPD,JPN Johor dan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan taklimat berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 14 November 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Suria City Hotel, Johor Bahru.
Sasaran : Pegawai-Pegawai di PPD dan Guru Besar

Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang dilampirkan dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing dikehendaki hadir ke taklimat tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : KSSR_GB_PPD.pdf
Rabu, 2 November 2011

PENGISIAN BORANG CURRICULUM VITAE PEGAWAI - PEGAWAI KANAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Assalamu a'laikum wrth.

MOHON KERJASAMA KEPADA SEMUA YANG TERLBAT UNTUK MENGISI BORANG YANG DILAMPIRKAN. TUJUAN PENGISIAN INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MAKLUMAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR.

BORANG YANG TELAH LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KE PPD MERSING UNTUK PERHATIAN PEN. PPD MENENGAH, EN. HASAN BIN ABD RASHID SEBELUM 23 NOVEMBER 2011.

Lampiran : Borang_Telent.zip

HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi JPNJ

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan mengadakan Hari Mesra Pelanggan pada tarikh seperti berikut:-

Tarikh : 10 November 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 8.350 Johor Bahru.

SPP mempelawa semua pihak untuk hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjaya dalam perkhidmatan pelajaran serta pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

HARI BERSAMA KPM (Peringkat Negeri Johor)

Reaksi :  
Sumber : Portal JPNJ

Satu Program Hari Bersama KPM (Peringkat Negeri Johor) akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 3 November 2011 (Khamis)
Tempat : Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.

Program ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi dan Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor.

Program yang akan membentangkan beberapa dasar KPM seperti Perlaksanaan Memertabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Ingeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S) akan diadakan pada hari berkenaan.

Semua PPD (6 orang), Pengetua, Guru Besar, wakil PIBG yang menerima jemputan dipersilakan hadir.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tarikh kemasukan markah Peperiksaan Percubaan SPM 2011 secara atas talian-Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilanjutkan sehingga tarikh yang berikut: 14 November 2011 (Isnin)

Sekian dimaklumkan.

Lampiran : http://www.moe.gov.my/lp/

Isnin, 31 Oktober 2011

Program English Teaching Assistant (ETA) akan dilaksanakan di sekolah harian pada tahun depan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

ETA di Terengganu
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan program berkenaan awal tahun depan di beberapa buah sekolah harian. Dijangkakan 50 orang remaja warga Amerika Syarikat akan tiba untuk program tersebut Januari nanti.

Hasil kajian pelaksanaan program berkenaan di Terengganu sejak lima tahun lepas menampakkan ada kesan-kesan positif yang boleh dikongsikan untuk peningkatan penguasaaan Bahasa Inggeris oleh murid-murid dan juga guru-guru yang terlibat. Moga program tersebut akan memberikan impak yang membanggakan semua pihak Insya Allah.

Sekitar pelaksanaan ETA di Terengganu.




PENDAFTARAN UJIAN MUET SESI MAC 2012

Reaksi :  
  • Pendaftaran bagi ujian MUET Sesi Mac 2012 akan dibuka dari 1 hingga 17 November 2011.

    1. Calon boleh didaftarkan (jika ada) dengan kaedah yang sama seperti pendaftaran sesi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 2011.
    2. Segala maklumat berkaitan pendaftaran ini boleh diperolehi dari laman web MPM
    3. Tarikh tutup pendaftaran bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Akhir TAhun 2011 ialah pada 19 Januari 2012.
    4. Kadar yuran MUET yang baru bermula sesi MAc 2012 ialah RM100.00.

    Sekian,terima kasih.
    http://www.mpm.edu.my/ atau http://www.mesp.gov.my/online
  • www.mpm.edu.my
    Penyemakan status pendaftaran MUET Akhir Tahun 2011 (MUET/D) boleh dibuat mulai 8 September 2011 jam 10.00 pagi melalui perkhidmatan online. Sila hubungi MPM di talian 03-61369663 jika nama tuan/puan tiada di dalam pendaftaran(MUET/D) tersebut dengan kadar SEGERA.

Tazkirah : Fatwa Haram Merokok 1995

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, Subhanallah... kali ini Si Kerdil ingin mengetengahkan semula fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang amalan merokok. Paparan ini hanya bertujuan sebagai muhasabah dan ingatan kita bersama tentang sejauhmana kepatuhan kita kepada sesuatu ketetapan terutama yang melibatkan hukum-hukum tertentu yang putuskan untuk kebaikan kehidupan manusia ke arah menggapai kehidupan yang hakiki di akhirat.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

sumber dari : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam