* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 12 November 2011

Makluman : Kematian En.ZANOR BIN ISMAIL, GPK1 SK Tenggaroh 03

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Zanor bin Ismail, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Tenggaroh 03 telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Daerah Mersing..

Didoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah SWT.
AL-FATIHAH.

Makluman : Rekod Kehadiran Sesi Profesional KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kelab Keluarga KIP Seri Mersing telah menganjurkan Sesi Profesional KIP Seri Mersing seperti butiran berikut :


Tarikh : 11 November 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIPs Mersing.


Surat panggilan telah difakskan melalui Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan. Pemakluman juga telah dibuat melalui laman blog ini dan Portal Rasmi PPD Mersing.


Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima  kasih serta tahniah kepada JK Kelab Keluarga KIPs Mersing dan rakan-rakan penghuni yang hadir serta telah memberi komitmen yang membanggakan.


Kami juga mengucapkan terima kasih kepada En. Md. Jais bin Samat, Timbalan PPD Mersing dan Pn. Siti Mariam Abdullah, Ketua Pembantu Tadbir, PPD Mersing atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. 


Berikut dimaklumkan butiran kehadiran peserta program :


SASARAN : 54 ORANG PENAMA YANG MENGHUNI KIPs MERSING


HADIR : 23 ORANG
TIDAK HADIR : 31 ORANG


Pihak kami amat dukacita dengan status kehadiran penghuni dalam program berkenaan. Prestasi yang sama berlaku dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sebelum ini.  Ini sekaligus menggambarkan bahawa usaha-usaha untuk mengurus kebajikan warga KIPs Mersing selama ini seolah-olah tidak dihargai atau dengan kata lain mungkin dianggap tidak penting.


Kami menganggap satu cabaran yang tidak pernah selesai dan menjadi satu persoalan yang besar bilakah ianya akan selesai. Pelbagai pendekatan telah dibuat, tapi hasilnya belum memuaskan. Si Kerdil mengajak seluruh warga KIPs Mersing untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan semua. 


Si Kerdil juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua AJK Kelab Keluarga KIP Seri Mersing kerana sudi menyahut seruan FARDHU KIFAYAH mengurus KIP tersebut. 


Wassalam.


Lampiran : Kehadiran_Sesi_Prof_2011.pdf
Jumaat, 11 November 2011

Permohonan Masuk ke UITM Sesi 2012

Reaksi :  

Program Teaching English Language Literacy (TELL)

Reaksi :  
Teaching English Language and Literacy (TELL)
English Language Training Fellow (ELTF)


Lampiran : Buletin TELL
Lampiran : Pamplet TELL dan ELTF
As-Salam & Selamat Sejahtera,

Berikut disertakan Surat Siaran berkenaan. Sila rujuk lampiran di bawah :-
Surat Siaran Bil 3.2011

Kenyataan Akhbar SPM 2011

Reaksi :  
Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan
berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Baca lagi di sini...

Sesi Profesional KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Kelab Keluarga KIP Seri Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 November 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIP Seri Mersing.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua atau Guru Besar agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut.

Kehadiran adalah WAJIB.

Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Peserta.pdf
Lampiran : Data_Penghuni_KiPs_TERKINI_2011.pdf
Rabu, 9 November 2011

Program Rapat Kerja Warga Pendidikan Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat kami JPN4006.UPA/100 - 1/1/(20) bertarikh 3 November 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor.
Sasaran : Semua Pengerusi Kelab/Bilik Guru Sekolah-Sekolah Daerah Mersing.
(Semua SK Pulau dan SK Peta adalah dikecualikan) - senarai nama dilampirkan.

PERHATIAN : PENGANGKUTAN BAS DISEDIAKAN . SILA BERKUMPUL DI PERKARANGAN PPD MERSING JAM 6.00 PAGI (10/11/2011)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama  semua Pengetua atau Guru Besar agar memastikan kehadiran guru-guru berkenaan seperti ketetapan di atas.

Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Lampiran : Peserta_Rapat_Kerja_Pendidikan.pdf
Lampiran : Tentatif.pdf
Selasa, 8 November 2011
Reaksi :  


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun syarat-syarat pertandingan di bawah.
IKLAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO INOVASI
Sila muat turun Kenyataan Akhbar di sini

Taklimat Tip-Tip Terakhir Kecemerlangan sejarah SPM 2011

Reaksi :  
Tindakan : 


Semua Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Mersing
Maktab Rendah Sains Mara Mersing (MRSM)
SM Arab Al-Khairiah Mersing (SMAM)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD MP Sejarah akan mengadakan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 November 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Guru MP Sejarah Tingkatan Lima 2011.
Urusetia : Pengetua SMK Sri Mersing, Pengerusi JKD MP Sejarah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membenarkan seorang guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima hadir ke taklimat berkenaan.

Wassalam.