* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 28 Disember 2012

Pengumuman Keputusan PMR 2012 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan majlis pengumuman keputusan tersebut pada 19 Disember 2012 di Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor.

Keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2012 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.69 mata (peningkatan 0.01 mata berbanding tahun 2011)

Semua A : 
7.42% (3,916 orang) berbanding 7.69% (4,117 orang) pada tahun 2011.

Menguasai : 
70.68% (37,283 orang) berbanding 70.71% (37,864 orang) pada tahun 2011.

GPN : 
2.69 berbanding 2.70 pada tahun 2011.

Sebanyak 25 anugerah pelbagai kategori telah disampaikan dalam majlis berkenaan.

TAHNIAH.

Lampiran :
Pengumuman_PMR_2012.pdf
Anugerah_PMR_Johor_2012.pdf

Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormat dan sukacitanya dilampirkan jadual pelaksanaan perkara berkenaan untuk tindakan pihak sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Wassalam.

Lampiran :  BPSH_Pep._Dalaman_2012.pdf

Makluman : Pertukaran Penyelia Sekolah Rendah

Reaksi :  
Dengan sukacitanya PPD Mersing mengumumkan perlantikan 
En. Abd Wahab b. Mohamad, Penyelia
Sekolah Rendah, PPD Mersing bertukar 
sebagai Penyelia Sekolah Rendah 
PPD Kluang. Berkuatkuasa 26 Disember 2012.

Makluman : Pelantikan Pengetua SMK Tenggaroh A

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Tn. Mohd. Hamdin bin Sa'at, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tenggaroh A dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Tenggaroh A, berkuatkuasa 20 Disember 2012.

Moga SMK Tenggaroh akan terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau.
Wassalam.

Makluman : Perubahan Jawatan Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa perubahan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Md. Buang bin Saibani, Ketua Sektor Jaminan Kualiti dilantik sebagai Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

2. Hj. Shaharudin bin Sharif, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan dilantik sebagai Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

3. Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dilantik sebagai Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

TAHNIAH.
Sekian. Wassalam..

Makluman : Pelantikan (Baru) PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Syukur Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa En. Md. Jais bin Samat, Pengetua SMK Belitong, Kluang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

Kami warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran beliau dan mengharapkan Mersing akan terus cemerlang.
Wassalam.

Makluman : Pergerakan PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

 Al-Hamdulillah, sukacitannya dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Yasman bin Jamsir, PPD Mersing dilantik sebagai Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 20 Disember 2012.

Kami Warga PPD Mersing merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga atas pelantikan tersebut. Jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di bumi pendidikan Mersing.
Kami turut mendoakan kecemerlangan beliau walau di mana berada.

Mersing Hebat.

Wassalam...
Isnin, 24 Disember 2012

Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Negeri Johor 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya SPI Bil. 4 / 2008 dan surat JPNJ : SPA(05) / 600-3/6/2 (19) bertarikh 19 Disember 2012 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksananakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008.
Pihak sekolah juga perlu menyediakan peralatan yang standard dan memastikan tahap keselamatan murid terjamin ketika pelaksanaan ujian berkenaan.
Wassalam.

Lampiran :
SEGAK_2013.pdf
PPPJPK.pdf
Jumaat, 21 Disember 2012

PELANCARAN PORTAL BARU KPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Portal Baru KPM akan dilancarkan pada 24 Disember 2012 bersamaan hari Isnin jam 8.00 pagi.


Sehubungan dengan itu,  capaian ke Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja migrasi ke Portal Baru. Proses migrasi akan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 8.00 pagi 24 Disember 2012 (Isnin).

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan capaian ke atas Portal Rasmi KPM.

Segala kesulitan amat dikesali.


Wassalam.

PMR 2012 - Sekitar Laporan Akhbar

Reaksi :  



















Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Warga PPD Mersing akan menganjurkan majlis tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa : 11.30 tgh. - 1.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia Rompin, Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang.
Sasaran : Semua Ahli Kelab Warga PPD Mersing

Sehubungan dengan itu, semua ahli KWPPDMG adalah dijemput.
Kerjasama tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.

Lampiran : AJK Pengelola dan Tentatif Majlis.pdf

Sejarah telah tercipta apabila Pengumuman Rasmi Keputusan PMR 2012 bagi daerah Mersing telah dibuat  secara jarak-jauh via Video - Conferencing oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dari Hotel Warisan Dunia Hang Tuah, Melaka ke Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang jaraknya lebih 300km.

Video -Conferencing pengumuman keputusan peperiksaan tersebut telah berjalan dengan lancar selama hampir  45 minit menggunakan kemudahan SKYPE dan talian 1BestariNet.
  
Haji Yasman bin Jamsir yang sedang menghadiri Mesyuarat Profesional PPD /Pengetua/ Guru Besar Bil.3 /2012 dari 17- 19 Disember 2012 merakamkan ucapan  syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam keputusan tersebut.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar video - conferencing tersebut yang sempat dirakam di dalam bilik mesyuarat PPD Mersing.






Sabtu, 15 Disember 2012

Sekitar Majlis Mengimbas Jari Kali Terakhir Pn. Maimunah Mohamad

Reaksi :  








Makluman : Persaraan En. Mazilan b. Ra'afi

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Mazilan b. Ra'afi, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau, Mersing, Johor telah menamatkan perkhidmatan beliau (bersara) pada 15 Disember 2012.

Sehubungan dengan itu, kami merakamkan sekalung tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menamatkan perkhidmatan beliau di bidang pendidikan. Beliau mula berkhidmat secara rasminya pada 1980 bila ditempatkan di SJKC Kg. Hubong. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai Guru Sementara di SK Rantau Panjang (1974-1975) dan SK Semangar, Kota Tinggi (1976).

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau lebih daripada 32 tahun tersebut, terlalu banyak untuk disebutkan di sini jasa dan bakti beliau kepada pendidikan dan masyarakat setempat.

Kami warga PPD Mersing amat terharu dan mengucapkan jutaan terimakasih sumbangan beliau selama ini kepada pendidikan daerah dan negeri Johor amnya.
Wassalam. MERSING HEBAT.







Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
 Berikut ialah bahan-bahan pembentangan tersebut dalam
format *.pdf , *.pptx dan zip * .rar.  Fail ini hanya boleh dibuka
dengan menggunakan Adode Acrobat Reader, MS OFFICE 2007 ke atas
serta applikasi Winrar.






Bahan Taklimat Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Satu Taklimat Sempena Awal Persekolahan bagi Tahun 2013 telah di adakan 
pada 10 Desember 2012 (Isnin) kepada semua Pengetua dan Guru Besar serta 
Warga Sekolah Jabatan Pelajaran Johor.
Tuan/Puan bolehlah mendapatkan semua bahan taklimat tersebut di Portal jabatan 
di bahagian Muatturun dibawah kategori Lain-lain (Sektor Pengurusan Maklumat), 
atau klik dipautan dibawah ini.
Nota : Terdapat beberapa kesilapan pada pengumuman sebelum ini di mana
Fail bagi Perutusan PPJ dan TPPJ adalah daripada SKPP 
bukan dari bahan Taklimat sebenar PPJ.

Taklimat Awal Tahun: Perutusan PPJ
Taklimat Awal Tahun : SK2P (Taklimat PPJ 2013)
Taklimat Awal Tahun: SK2P(Pengurusan Kewangan & Perkaunan Sekolah)
)
Taklimat Awal Tahun: SPM(Kontrak Bermasa)
Taklimat Awal Tahun: SPM (J/Kuasa Pengurusan Maklumat)
Taklimat Awal Tahun: SPsK (PDKPA)
Taklimat Awal Tahun : SPA (Perancangan 2013 PPPM Gelombang 1)
Taklimat Awal Tahun : Pkhas (Persiapan Awal Tahun P1nch)
Taklimat Awal Tahun:Pkhas(PPKI Baru 2013)
Taklimat Awal Tahun:SPsK(Persaraan Demi Kepentingan Awam)
Taklimat Awal Tahun: BTP (Pra Persediaan JPNJ 2013)
Taklimat Awal Tahun :SJQ
Taklimat Awal Tahun : SPA
Taklimat Awal Tahun:SPSPK(SP7/2004 Kurikulum Pendidikan Khas)
Taklimat Awal Tahun:SPI (Pengurusan Pendidikan Islam)
Taklimat Awal Tahun: SPK (Asrama)
Taklimat Awal Tahun: SPK(Biasiswa)
Taklimat Awal Tahun: SPK (Penarafan Keselamatan-Cth SK Peserai)
Taklimat Awal Tahun:SPK (Disiplin)
Taklimat Awal Tahun: SPK (Gabungan HEM)
Taklimat Awal Tahun: SPK (HEM)
Taklimat Awal Tahun: SPK (Kaunseling)
Taklimat Awal Tahun:SPK (Kebajikan)
Taklimat Awal Tahun:SPK (Slide Utama)
Taklimat Awal Tahun :SPK(SPBT)
Taklimat Awal Tahun: SPK (Unit Sukan)
Taklimat Awal Tahun: SPSPK (Surat KPM kerjasama Ibubapa)
Taklimat Awal Tahun:SPS (Taklimat Awal Tahun 2013)
Taklimat Awal Tahun: SPI(Taklimat MGB & MPSM)
Taklimat Awal Tahun: SPsK (Pengurusan kaunseling)
Taklimat Awal Tahun: SPSPK (Pendidikan Khas)
Taklimat Awal Tahun: SPM
Taklimat Awal Tahun:SPP 2013
Taklimat Awal Tahun:SPP(PBS & ISU)
Taklimat Awal Tahun:SPP (Pengoperasian PBS)
Taklimat Awal Tahun :SKPP
Taklimat Awal Tahun:SPSKP(SP5/2011 KSSR Pendidikan Khas)
Taklimat Awal Tahun :SPK (Kokurikulum)
Taklimat Awal Tahun: SPK(PPDa) 


Sekian terima kasih.



Khamis, 13 Disember 2012
Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa :


En. Abd. Razak b. Husain, Guru Besar SK Tunjuk Laut, Kota Tinggi dilantik sebagai Penyelia Kanan Peperiksaan PPD Mersing.


Perlantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan setelah penyandangnya Puan Maimunah bt. Mohamad bersara pilihan pada 1 Disember 2012.

Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 16 Disember 2012
PPD Mersing mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. Abd Razak semoga dapat menyemarakan lagi "MERSING HEBAT"


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Ahmad Faiz bin Ramli, Guru Penolong SK Pulau Tinggi telah menjuarai Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Peringkat Negeri Johor Tahun 2012.

Beliau sebelum ini telah membentangkan inovasi bertajuk Penggunaan Kad Kotak Ajaib Dapat Mengurangkan Masa Yang Diambil Oleh Murid Tahun 4 dan Tahun 5 Dalam Membuat Penulisan Bahagian A.

Anugerah inovasi tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Johor dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Johor pada 6 Disember 2012 (Khamis) di Dewan Seminar, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor.

Kami merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian beliau yang membanggakan seluruh warga pendidikan daerah Mersing. Ini sekaligus telah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.
Wassalam.
Khamis, 6 Disember 2012

Kursus Kepimpinan Teragih Bagi Guru Besar Negeri Johor 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 hingga 12 Disember 2012
Tempat : Hotel Pelangi, Muar, Johor.
Pendaftaran : 2.30 - 4.30 petang (10 Dis. 2012)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar-Guru Besar berikut agar dapat hadir dan turut serta dalam kursus tersebut :

1.YM RAJA MAZLAN RAJA LATIF (GB SKSM)
2.ZULKIFLI MOHD. AMIN (GB SK KEM ISKANDAR)
3.HJH. SABIHAH BT. SAPUAN (GB SKSP)
4.EN. ZAWAWI MUDA (GB SKBE)
5.EN. WAN MOHD. GHAZALI (GB SKT02)
6.HJ. HAMZAH AHMAD (GB SKN02)
7.PN. MAIMON ISMAIL (GB SK TERIANG

MERSING HEBAT

Sekian. Wassalam.