* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Ahad, 22 Januari 2012

Arahan Pemantauan Pelaksanaan PBS di sekolah kepada Pengetua dan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Surat JPNJ.SPP(35)/600-6/s/18 Jld. 4(l) bertarikh 9 Januari 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan pentaksiran sekolah yang wajib dilaksanakan di sekolah yang menawarkan pelajar bagi mata pelajaran yang mempunyai komponen pentaksiran sekolah, seperti kerja kursus, PEKA, PAFA, modul, ULBS/PLBS dan lain-lain.
Pelaksanaan penambahbaikan mulai tahun 2O11, PBS merupakan sebahagian daripada Transformasi Pendidikan Kebangsaan yang wajib dilaksanakan mengikut garis panduan dan pekeliling yang ditetapkan. Semua pelajar di sekolah yang mendaftar untuk mengambil mata pelajaran tersebut wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa memantau pelaksaan PBS di sekolah masing-masing dan mengambil tindakan sepatutnya, sebagaimana butiran surat berkenaan bagi memastikan PBS berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.


Wassalam.


Lampiran : Arahan_Pemantauan_PBS.pdf
Lampiran : Instrumen Pemantauan PBS.pdf

0 komen ::

Catat Komen