* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 30 Januari 2012

Makluman : Persaraan Pilihan En. Khair Affandi bin Mohd., Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Khair Affandi bin Mohd., Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah, PPD Mersing akan bersara pilihan pada 1 Februari 2012.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas jasa bakti beliau sepanjang bertugas dalam perkhidmatan pendidikan selama 32 tahun sejak 1 Januari 1980.
Penempatan pertama beliau adalah di SK FELDA Bukit Besar, Kulai pada 1 Januari 1980 sebagai Guru Penolong.
Beliau pernah bertugas di SK Tenglu dan SK Sri Pantai sebagai Guru Penolong sekitar tahun 1984 - 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Penyelia Koko Akademik, Penyelia Pembangunan & Bekalan dan terkini Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah di PPD Mersing.

Berikut dilampirkan surat ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada seluruh warga pendidikan Mersing.
Wassalam.

Lampiran : Surat Penghargaan En. Khair Affandi.pdf

0 komen ::

Catat Komen