* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Rabu, 14 Mac 2012

Media : Utusan Malaysia bertarikh 28 Februari 2012 – GURU TIDAK TERLATIH MOHON JAWATAN TETAP

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “GSTT Mengharap, Kuala Kangsar, Perak”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia  bertarikh 28 Februari 2012 – Guru Tidak Terlatih Mohon Jawatan Tetap.

Jumlah sebenar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditawarkan latihan perguruan adalah seramai 7539. Ini adalah termasuk calon gantian yang merujuk kepada kes-kes rayuan dan semakan dokumen kali kedua. Setelah keputusan bagi ambilan pertama dikeluarkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menerima rayuan daripada pelbagai saluran seperti surat rasmi, telefon dan calon hadir ke kaunter Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar (UPPP) BPG. Justeru BPG mengambil langkah positif dengan melaksanakan semakan dokumen GSTT kali kedua di beberapa pusat di seluruh Negara. Seramai 130 calon GSTT dipilih untuk ditawarkan kemasukan kedua berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat pengambilan GSTTuntuk dilatih adalah : -
-       Umur tidak melebihi 35 tahun sebelum 31 Disember 2011
-       Berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya 2 tahun mulai 2008 dan termasuk 2010.
-       Calon yang pernah berkhidmat sebagai GSTT dan dilantik secara Contract For Services (CFS) pada 2011.
Tawaran mengikuti latihan adalah berpandukan :-
-       Dokumen GSTT dan dokumen sokongan yang diperaku oleh panel penyemak.
-       Pemilihan GSTT adalah berpandukan kepada (3.1) di atas dan ditentukan oleh ahli jawatankuasa khas pemilihan yang melibatkan wakil IPGM KPM dan wakil IPTA.
Terdapat perbezaan di antara perkhidmatan guru-guru berikut : -
Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT)
-       Guru yang mengisi jawatan hakiki bagi mata pelajaran di sekolah (ABM Perjawatan).
Guru Ganti
-       Guru yang tidak mengisi jawatan dan hanya menggantikan guru bersalin/kursus/sakit dan akan ditamatkan setelah guru asal kembali bertugas.
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
-       Guru pembantu di sekolah yang dilantik di bawah PRE bermula 2010.
Skim Perkhidmatan Singkat (SPS)
-       Guru pembantu di sekolah yang dilantik sebelum PRE  bermula. Tempoh lantikan selama 3 bulan dan akan disambung jika ada keperluan.

Contract of Services (CoS)

-       Untuk mengisi kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih.

Contract For Services (Cfs)

-       Untuk menampung keperluan semula GSTT di bawah program one off. Cfs tidak mengisi jawatan hakiki sebagaimana GSTT.
GSTT yang tidak berjaya mendapat kursus perguruan akan dipanggil bertugas secara Cfs adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak Bahagian Pengurusan sumber Manusia (BPSM).

Sumber : Portal KPM

0 komen ::

Catat Ulasan