* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sumber : Portal KPM



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SILVERWARNA:BHA08917” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 2 Februari 2012.
 
KPM merujuk kepada SMS – Kecewa dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang meluluskan perpindahan guru tanpa menyelidik masalah kekurangan guru di sekolah asal guru yang berpindah.
 
BPTV memaklumkan bahawa semua urusan pertukaran guru adalah berdasarkan prosedur yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/75 Panduan bagi Pertukaran Guru-guru. Bahagian ini sentiasa mempertimbangkan kriteria dan wajaran yang perlu diambil kira bagi pertimbangan kelulusan pertukaran. Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam menguruskan pertukaran termasuklah:
 
i.  Keperluan mengikut opsyen
ii. Kepentingan-kepentingan perkhidmatan
iii.Masalah peribadi (mengikut suami/rawaan khas perubatan bagi guru. Isteri/suami atau anak-anak masih dalam tanggungan)
iv.Tempoh perkhidmatan
v. Pembahagian guru-guru terlatih dan berpengalaman yang saksama
vi.Pembahagian guru-guru lelaki dan wanita yang munasabah di sekolah-sekolah dalam kawasan yang sama terutama dalam bandar-bandar besar.
vii.Masalah khas perjawatan dalam kategori sekolah tertentu.
 
Sehubungan itu, BPTV mengambil berat dengan aduan yang dilaporkan dan akan sentiasa memastikan semua urusan pertukaran guru dipertimbangkan sewajarnya mengikut SPI Bil 3/75.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 komen ::

Catat Komen