* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sumber : Portal KPM



Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan salinan surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA(I)S.179/17/2-4/ (31) bertarikh 28 Mac 2012 yang disertakan bersama ini.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa JPA melalui surat di atas telah mempelawa pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27 – 40 yang berminat untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training (COTI), Republik Korea. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 9 September 2012 sehingga 22 September 2012.

3.           Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27 - 40 yang layak dan berminat di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengikuti program di atas sepertimana syarat-syarat dan tatacara permohonan di dalam surat tawaran JPA tersebut. Pemohon hendaklah melengkapkan borang-borang dan dokumen-dokumen seperti berikut:

i)        Borang JPA (L)LDP 1A/96;  
ii)       Borang Perakuan Ketua Jabatan;
                        iii)      Senarai Tugas;
                        iv)      Salinan Kad Pengenalan calon; dan
                        v)      Borang Tambahan Perakuan Pemohon

4.           Bersama-sama ini juga disertakan borang-borang dan maklumat tawaran kursus untuk tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan jua. Tarikh tutup permohonan di peringkat KPM adalah pada 24 April 2012 (Selasa). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di peringkat KPM, dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk pertimbangan. Permohonan lengkap hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Aras 4, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)
Tel        : 03-8884 7942
Faks     : 03-8884 7925

5.      Di atas segala kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 

Saya yang menurut perintah,

(ROSLI BIN ABD HAMID)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k :   SUB (SM)
          TSUB (L)
Lampiran :

0 komen ::

Catat Komen