Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Tuan Pengetua / Guru ICT SM Daerah Mersing

Assalamulaikum wbrkth.

Untuk makluman semua pihak MAMPU dgn kerjasama KPM akan menganjurkan Malaysian Government Open Source Software Conference (MYGOSSCON) 2012 pada 30 - 31 Oktober 2012 dengan tema "Open Source : The Next Generation Of Digital Transformation".

Oleh itu bagi pengisian sebahagian program MYGOSSCON 2012, pihak MAMPU /KPM akan mengadakan Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan IPG dibawah KPM.

Sehubungan itu, diharapkan sekurang-kurangnya 2 buah sekolah menengah yang menawarkan subjek ICT SPM di daerah Mersing (SMKM, SMKN, SMKAB dan SMKUH) dapat menghantar pasukan (terdiri 2 orang murid dan 2 orang guru) untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sekolah menengah lain ( ct. STAR ) yang mempunyai kepakaran juga digalakkan menyertai.

Sekiranya perlu, pihak Sektor ICT, JPN Johor akan mengadakan bengkel pada 27 - 28 Ogos bagi membantu penyediaan multimedia kreatif ini. Sekiranya tuan/puan ada cadangan lain boleh dimaklumkan pada saya untuk dipertimbangkan.

Antara perisian yang perlu digunakan ialah gimp, inkscape, kino, LMMS (Linux Multimedia Studio).

Sila muaturun Lampiran 1 dan 2 - Garis Panduan dari portal rasmi PPD Mersing sebagai makluman awal. Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

azman.yusof@moe.gov.my


0 komen ::

Catat Ulasan