Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

KEM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN IBNU SINA YPJ 2012 : UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Tindakan
:
Semua Warga Pendidikan Mersing
Tarikh
:
09-10-2012
Unit
:
KURIKULUM
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Sukacita dimaklumkan kem tersebut yang telah dilaksanakan dengan lancarnya selama 3 hari 2 malam dari 5 hingga 7 Oktober 2012 di La Bella Resort, Tenglu, Mersing.

Sehubungan dengan itu, PPD Mersing ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu berikut yang telah menunjukkan dan mencurahkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.

Mereka yang ingin diberikan kredit terdiri daripada : -

1.En. Md Jais bin Samat,
mantan Timbalan PPD Mersing yang kini merupakan Pengetua SMK Belitong, Kluang, yang telah memberikan ceramah motivasi dalam sesi penutup program tersebut.

2.Cik Ainul Hayati binti Hj Abd. Raof, Timbalan PPD Mersing yang telah datang pada hari  kedua melihat perjalanan program tersebut.

3.Ustaz Wan Nadzri bin Wan Abdul Rahman, Pen PPD Kurikulum, yang telah merasmikan penutupan program tersebut.

4.En. Ahmad Shahrol bin Mokhtar, guru SM Sri Mersing yang telah ditugaskan sebagai Kem Komandan 1 sepanjang 3 hari 2 malam program tersebut.

5.Puan Rafiza binti Seth, guru SMK Mersing juga sebagai Kem Komandan II program tersebut.

6.Puan Wan Elina Shazwani, guru dari SM Sri Mersing yang turut sama menjaga kebajikan para-pelajar sepanjang program tersebut.

7.Semua guru-guru tenaga pengajar bagi subjek-subjek Biologi, Kimia , Fizik dan Matematik Tambahan dari ketiga-tiga buah sekolah; SMSM, SMKM dan SMKUH.

8.Semua guru-guru pengiring berkenderaan yang telah menghantar dan mengambil balik pelajar-pelajar tersebut.

9.Pihak Pengurusan La Bella Resort yang telah banyak memberikan bantuan sepanjang tempoh program tersebut berjalan.

Semoga curah-bakti tuan-tuan akan menyumbang ke arah matlamat kecemerlangan MERSING HEBAT...INSYAALLAH...!!!


TERIMA KASIH...

0 komen ::

Catat Ulasan