Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 6 Januari 2012

Maklumat Terkini Penghuni KIP Seri Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan senarai terkini penghuni KIP Seri Mersing untuk makluman dan tindakan Warga KIP Seri Mersing.

Wassalam.
Lampiran : Data_Penghuni_KiPs_TERKINI_2012.pdf

Jemputan : Majlis Solat Hajat Barakah Pendidikan 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 6 Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Surau (L), Blok B, PPD Mersing

AGENDA :


1. Selawat Nabi
2. Bacaan Yaasin dan Tahlil
3. Solat Hajat
4. Solat Fardhu Asar
5. Jamuan dan bersurai.

Sehubungan  dengan itu, semua warga PPD Mersing adalah dijemput hadir.
Wassalam.
Khamis, 5 Januari 2012

MAKLUMAN TENTANG 1BESTARINET BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING 2012

Reaksi :  
Assalamualaikum wbrkth

Berikut ialah makluman berkenaan talian internet
1Bestarinet untuk makluman semua warga pendidikan Mersing 2012.

1. Walaupun pihak BTPN telah mengwar-warkan kepada Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru media, bahawa bermula 01 Jan. 2012 semua sekolah akan mendapat akses internet 1Bestarinet, sebenarnya ini tidak akan berlaku sekurang-kurangnya TIDAK bagi daerah Mersing bagi tahun 2012.

2. Hanya 83 buah sekolah terpilih di 4 buah daerah lain di Johor yang telah sedia ada mendapat liputan YES 4G akan menjadi perintis kepada akses 1Bestarinet.

3. Dengan demikian, akses internet bagi semua sekolah teknologi ADSL daerah Mersing (kecuali sekolah-sekolah VSAT) akan terus bergantung kepada talian School Broadband TM (SBB) bagi tempoh Jan- Dis 2012.

Sekian makluman. 
Sumber : Portal PPD Mersing
Assalamualaikum wbrkth.

Dimaklumkan, perkhidmatan internet VSAT School Broadband TM telah diberhentikan (terminate) oleh Telekom Malaysia bermula 01 Jan 2012.

Walaupun demikian rundingan masih dibuat antara pihak-pihak berkenaan untuk membolehkan semua sekolah VSAT mendapat akses internet yang berterusan.

Sehubungan dengan itu, pihak PPD Mersing berharap sekolah-sekolah VSAT dapat berusaha untuk mengakses melalui opsyen-opsyen lain ( contohnya melalui dongle broadband ) bagi terus mendapat hebahan dan makluman terkini dari PPD.

Sekian makluman.
Rabu, 4 Januari 2012

Media : Muhyiddin saran rehat fleksibel murid Tahun Satu

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat yang fleksibel untuk murid Tahun Satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga untuk belajar.
Beliau berkata, bagi mengelak murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada pukul 9.45 pagi boleh diubah kepada pukul 9 pagi atau 8.30 pagi khusus untuk minggu pertama musim baru persekolahan.
Isnin, 2 Januari 2012

Makluman : Pelantikan Guru Besar SK Pulau Tinggi

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa EN. ZAINAL BIN OMAR, GPK Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 01 dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Tinggi berkuat kuasa 26 Disember 2011.

Kami merakamkan tahniah atas pelantikan ini yang sebenarnya satu penghargaan dan kepercayaan tinggi kami kepada beliau bagi memimpin SK Pulau Tinggi.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sanggup menerima pelantikan ini.

Sekian dimaklumkan. Wassalam.

KESIAPSIAGAAN SEKOLAH UNTUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah

Hebahan dan ingatan dalam beberapa siri taklimat dan mesyuarat-mesyuarat sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Mesyuarat Penggal Persekolahan Sesi 2012 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 14 Disember 2O11 telah memutuskan semua sekolah perlu membuat persediaan yang rapi bogi menghadapi sesi persekolahan yang baru.

Sehubungan dengan itu, sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan 2012, kami memohon jasa baik pihak sekolah agar dapat memberi perhatian kepada perkara-perkara
yang telah dinyatakan dengan jelas dalam 
KP(BPSH-SPDK)201/005/03(06) bertarikh 22 Disember 2011

Perkara yang sama turut diingatkan oleh Pengarah Pelajaran Johor dalam Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2012 pada 3 Disember 2011 di Kompleks Islam Iskandar Johor kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
 
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta agar mematuhi segala ketetapan yang telah dibuat sebelum ini tanpa PREJUDIS.


Pihak sekolah juga diminta untuk mengisi borang PPSAT 2012 dan menyerahkannya kepada pegawai-pegawai yang akan memantau sekolah pada 4 Januari 2012. (Rabu)


Berikut dilampirkan surat-surat siaran dan format borang tentang perkara tersebut untuk rujukan pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.