* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Rabu, 18 Januari 2012

Maklumat Pelaksanaan "Soft Landing" PPSMI & MBMMBI 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dilampirkan dapatan kutipan maklumat PELAKSANAAN 'SOFT LANDING' PPSMI DAN MBMMBI 2012 berdasarkan Pemantauan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) pada minggu pertama persekolahan 2012.

Sekian dimaklumkan. Wassalam.

Lampiran : Mate_SR_2012.pdf
Lampiran : Sains_SR_2012.pdf
Lampiran : Mate_SM_2012.pdf
Lampiran : Sains_SM_2012.pdf

Makluman : Pelantikan Timbalan PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu 'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa CIK AINUL HAYATI ABD. RAOF, PPPD Sains Matematik (Men) telah dilantik sebagai Timbalan PPD Mersing berkuat kuasa 31 Disember 2011.

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau yang telah diberi kepercayaan yang tinggi sebagai Penaraju Kedua Pendidikan Mersing. Pelantikan ini diharapkan dapat memantapkan lagi halatuju pendidikan Mersing selari dengan slogan MERSING HEBAT.

Pelantikan ini juga telah meletakkan beliau sebagai wanita pertama yang diberi kepercayaan sebagai Timbalan PPD di negeri Johor.

Wassalam.

Makluman : Pergerakan En.Md.Jais bin Samat, Timbalan PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa EN. MD. JAIS BIN SAMAT, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing telah diberi amanah untuk mengetuai pentadbiran sebagai Pengetua SMK Belitong, Kluang berkuat kuasa pada 31 Disember 2011.

Kami merakamkan penghargaan  yang tidak terhingga  kepada beliau yang telah mempamerkan budaya kepimpinan  yang mantap dan berkesan serta disegani sepanjang bertugas di PPD Mersing dan daerah Mersing amnya.

Segala tunjuk ajar dan jasa bakti yang telah beliau curahkan, kami amat hargai.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU .
Wassalam.

Makluman : Kenaikan Pangkat Pn.Siti Mariam, KPT PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Siti Mariam binti Abdullah, Ketua Pembantu Tadbir, PPD Mersing (N22) telah dinaikkan pangkat ke Gred N26 berkuatkuasa pada 29 Disember 2011.
Beliau telah ditempat di SMK Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor.

Kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kenaikan pangkat tersebut. Jasa bakti beliau sepanjang berada di PPD Mersing amat dihargai.
Wassalam.
Isnin, 16 Januari 2012

TAWARAN FAST TRACK

Reaksi :  
Subjek: Pelanggan adalah seorang guru yang memiliki Ijazah / Master dalam Pendidikan ingin bertanyakan berkenaan tawaran Fast Track bagi guru yang memegang PHD. Mengapa pihak Kementerian hanya membuat tawaran tersebut kepada pemegang PHD? Bagaimana pula tawaran untuk guru-guru yang memiliki Ijazah / Master?

Buat masa ini kementerian hanya memberi ruang kepada pegawai atau PPPS yang berkelulusan PHD sahaja kerana berdasarkan faktor berikut:

1.   Tenaga pakar dan pemikir pegawai yang berkelulusan PHD amat diperlukan di KPM.
2.   Mereka sering menjadi pakar rujuk untuk pembangunan pendidikan Negara.
3.   KPM telah membuat pelaburan yang tinggi dengan memberi biasiswa kepada PPPS yang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat PHD.
4.   Kepakaran mereka perlu diiktiraf memandangkan mereka telah melalui sekurang-kurangnya 10 tahun pengajian iaitu 4 tahun di peringkat Sarjana Muda, 2 tahun di peringkat Sarjana, dan 4 tahun di peringkat PHD.
5.   Bilangan yang berkelulusan PHD di KPM hanya 0.09% daripada jumlah keseluruhan guru. Oleh itu, mereka perlu dipertahankan kerana mereka adalah aset dan harta intelek KPM.
6.    Seramai 39 orang pegawai yang berkelulusan PHD telah meninggalkan sistem KPM. Fenomena ini jika dibiarkan akan merugikan kepada KPM kerana mereka adalah golongan yang dapat membantu membangunkan kualiti pendidikan Negara.
 

Aduan: KEWANGAN IPGM (MAKTAB PERGURUAN PARAH)

Reaksi :  
Bajet perbelanjaan / keperluan IPG bagi tahun 2010 adalah jauh berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2010 berjumlah RM 756,491,700.00 berbanding perbelanjaan tahun 2009 berjumlah RM1,090,871,555.16 (pengurangan sebanyak RM334,379,855.16 atau 30%). Sebahagian besar pemotongan adalah di bawah OA20000 iaitu melibatkan elaun perjalanan dan bayaran syarahan penceramah semasa Cuti Sekolah.
Ikuti penjelasan seterusnya di sini.
Apabila sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013, maka statusnya sama dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu selain Bahasa Melayu, kelulusan sejarah bukan sahaja diperlukan untuk mendapatkan sijil SPM tetapi menjadi syarat asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran, pemberian biasiswa dan tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta.
      Kesannya sejarah akan menjadi mata pelajaran penting yang mendorong pelajar memberikan perhatian dan belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran dalam huraian sukatan pelajarannya. Dengan meningkatnya penguasaan dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia, maka semangat patriotik dan perpaduan akan dapat diperkasakan. Selama ini sejarah yang merupakan mata pelajaran teras tetapi tidak wajib lulus, kurang diberikan perhatian kerana dianggap kurang nilai pasaran. Baca lagi di sini...
Isu:
1.SPI Bil.11/2009 yang dikeluarkan tidak jelas dan mengelirukan ibu bapa.
2.Pelanggan mempertikaikan pelaksanaan bayaran yuran makan asrama sebanyak RM3.00 sehari bagi penjaga yang berpendapatan RM5000.00 ke atas.
3.Bahagian pelaksanaan tidak sepatutnya menerima bulat-bulat pekeliling tersebut tanpa mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.
4.Beliau beranggapan adalah tidak adil kepada penjawat swasta sekiranya kadar tersebut mengambil kira gaji kasar kerana mereka terpaksa membayar KWSP dan SOCSO.
5.SPI Bil.11/2009 tidak merujuk bilangan tanggungan dan menyukarkan penjaga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.
Ikuti maklumbalas KPM di sini..
Ahad, 15 Januari 2012

Perkongsian Rakan Strategik : Memori Pengetua Pahang 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kali ini Si Kerdil ingin berkongsi dengan para pengunjung yang budiman tentang beberapa coretan kecemerlangan yang telah dicipta oleh rakan-rakan strategik kita di negeri Pahang.

Satu perkara yang perlu kita faham ialah KITA TIDAK MENGETAHUI SEMUA PERKARA, DAN KITA JUGA TIDAK SUNYI DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN DAN BERKERENAH NEGATIF. RASA KEEGOAN DENGAN PENDAPAT SENDIRI SEBENARNYA AKAN MELETAKKAN KITA SENTIASA DALAM KERUGIAN.


Corak pemikiran kita mungkin terhad dengan TEMPURUNG KACA yang barangkali sering menyelubungi diri kita.

Si Kerdil mengajak tuan/puan untuk turut sama membuka tempurung kaca tersebut dengan melihat dan mengkaji kejayaan orang lain serta dalam masa yang sama mengkaji kesilapan atau kekurangan mereka sebagai pengajaran, juga iktibar dalam usaha kita untuk mencipta sejarah, memahat tamadun.

Berikut Si Kerdil pautkan laman blog MEMORI PENGETUA PAHANG 2011 untuk tatapan dan perkongsian semua pihak.

Wassalam...

Lampiran : FB Pengarah Pelajaran Pahang
Lampiran : Blog MPSM Pahang