Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 11 Februari 2012

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Pra Universiti Daerah Mersing

Reaksi :  

Al-Hamdulillah. Dewan Al-Azhar, PPD Mersing - 11 Februari 2012... Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Pra Universiti Daerah Mersing telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Hj. Abd. Latiff bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mersing pada jam 12.00 tgh.

Sebelum itu, pada jam 8.30 pagi, pelajar-pelajar berkenaan telah didedahkan dengan ceramah Motivasi Kecemerlangan Diri oleh En. Suhaimi bin Ismail.

Al-Hamdulillah, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami rakamkan kepada pihak YB Datuk kerana sudi menyempurnakan majlis berkenaan.. serta turut mengumumkan sumbangan permulaan untuk program-program kecemerlangan Pra Universiti sebanyak RM5000.00 (Lima Ribu Ringgit) .. 
Beliau juga menjanjikan sumbangan  Netbook 1 Malaysia kepada setiap pelajar Pra Universiti (6 Atas) dan guru yang mengajar sebelum akhir Mac 2012... 

Kami turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan progrm berkenaan dengan cemerlang dan lancar.. TAHNIAH.

MUTIARA KATA :

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."
" Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."
" Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya, tetapi tidak ramai orang yang menepati masa yang berharga."
Rabu, 8 Februari 2012

Penulisan RPH Tahun 1 dan 2 KSSR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah. Pemakluman sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Johor Bil.3/2011 pada 27 Disember 2011 telah memutuskan bahawa semua guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 KSSR pada tahun 2012 dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam bentuk folio bukan lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar (BRM) sediada yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar (MGB).

RPH berkenaan hendaklah menepati 9 elemen yang ada dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Sekian. Wassalam

Peringatan Pewujudan Galeri Sejarah di Semua Sekolah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, SPI Bil. 9/2011 adalah dirujuk dan hebahan serta pemakluman sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mata Pelajaran Sejarah telah diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan, melahirkan perasaan cinta kepada tanah air, memahami tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan merangka wawasan masa depan negara.

Menyedari akan kepentingan tersebut, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan buku Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah pada tahun 2007. Buku panduan tersebut juga telah menjelaskan peranan Panitia Mata Pelajaran Sejarah dalam mewujudkan dan memanfaatkan sudut mata pelajaran Sejarah di bilik darjah.
Selain itu, Persatuan Sejarah di sekolah juga diminta berperanan dalam membuat koleksi bahan sejarah seperti gambar, filem slaid, video, artifak, keraatan akhbar, menghias dan melengkapkan bilik atau galeri sejarah di sekolah serta mendokumenkan  peristiwa-peristiwa sejarah sekolah dan persekitarannya.

Sehubungan itu, semua sekolah hendaklah mewujudkan galeri atau sudut sejarah sebagai usaha ke arah melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik, cintakan negara dan menjunjung warisan budaya. Sekiranya pihak sekolah telah mewujudkan galeri/sudut sejarah, ianya hendaklah diselenggara dan dibuat penambahbaikan ke atas koleksi galeri/sudut sejarah tersebut secara berterusan.

Sehubungan itu juga, pihak sekolah diminta mematuhi kehendak pekeliling SPI Bil.9/2011 dan bahan taklimat tentang perkara tersebut.

Untuk makluman bahawa pertandingan Galeri Sejarah akan dibuat di peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : SPI Bil.9/2011 Galeri_Sejarah.pdf
Lampiran : Taklimat_Galeri_Sejarah.rar
Isnin, 6 Februari 2012

Media : 430,000 guru tidak setuju SBPA

Reaksi :  
Sumber : MyMetro


KUALA LUMPUR: Seramai 430,000 guru dari seluruh negara tidak bersetuju dengan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan meminta kerajaan menimbang semula kepentingan penjawat awam, terutama golongan pendidik, dalam mesyuarat anjuran Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) di Taman Setiawangsa, di sini, semalam.
Pengerusinya, Jemale Paiman berharap kerajaan menimbang seadil-adilnya rumusan mesyuarat yang diputuskan bersama 320 pemimpin kesatuan dengan memberi tempoh lapan hari.

Beliau berkata, selain Ceupacs sebagai panel tetap, wakil peguam dan JPA sebagai sekretariat, tiga wakil khas mewakili warga pendidik dilantik untuk berjumpa atau berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan SBPA, terutama bagi membela nasib golongan berkenaan.
“Kami mendapati ada klausa kurang jelas dalam pelaksanaan SBPA, misalnya tidak mengambil kira kenaikan gaji tahunan antara tujuh hingga 13 peratus untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi.

“Disebabkan golongan pendidik sektor penting dalam pembangunan negara, perkara itu harus dipertimbangkan sebaik-baiknya.

Sekitar Perarakan Maulidur Rasul Daerah Mersing 1433H

Reaksi :  
Ahad, 5 Februari 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kali ini kami ingin kongsikan nukilan syair Maulidur Rasul oleh En.Nazim Mohd Subari, seorang guru di SMK Ungku Husin buat renungan dan takzirah kita bersama. Insya Allah.

12 Rabiul Awal lahirnya Rasulullah,
insan pilihan utusan Allah,
pembawa ajaran agama terserlah,
manusia tinggalkan jalan yang salah.

Perjuangan menegakkan syiar Islam,
dihadapi dengan ketabahan mendalam,
tercatat dalam lembaran silam,
cemerlang cahaya menggantikan kelam.

Rasulullah pemimpin jalan kebenaran,
bersama panduan mukjizat al-Quran,
laksana cahaya suci sinaran,
Islam berkembang ummah bertebaran.

Akhlak Rasulullah contoh ikutan,
berkemilau peribadi umpama intan,
mengikuti sunnahnya terhalang kesesatan,
cinta kepadanya seteguh ikatan.

Ajaran baginda obor penyelamat,
menjadikan kita semulia umat,
amalan dan kebaikan kukuh disemat,
titik kemungkaran dihancur lumat.

Ayuhlah kita banyakkan selawat,
senjata menempuh zaman yang gawat,
cemar peribadi hendaklah dirawat,
perbaiki akhlak jangan terlewat.

Rasulullah suka umatnya bersatu,
di bawah lembayung addin yang satu,
maruah agama dipertahankan tentu,
menjalin muafakat bantu-membantu.

Janganlah kita lalai suruhan,
amalkan segala perintah Tuhan,
kerana kita umat pilihan,
sentiasa bernaung di bawah teduhan.

Hiasi diri sifat terpuji,
akhlak baginda dicontohi dikaji,
tidaklah terpijak lopak keji,
selamat menghadapi detik teruji.

Bangun berjuang umat Islam,
hadapi musuh siang dan malam,
pastikan maruah tidak tenggelam,
saudara seagama ikhlas bersalam.

- NAZIM MOHD. SUBARI,
SMK Ungku Husin, 86900 Endau, Mersing, Johor.
5 Februari 2012/ 1.40 petang.

PENGISIAN SKPM 2010 DI LAMAN E-NAZIR

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK dan SJK Daerah Mersing


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah status pengisian Skor PKS-SKPM 2010 di laman web e-Nazir. Mohon pihak tuan dapat ambil tindakan yang sewajarnya.

Tarikh tutup pengisian adalah pada 20 Februari 2012

Sekian, terima kasih.



Lampiran : http://www.moe.gov.my/enazir/index.php
Lampiran : SKPM_2010_SEKOLAH_RENDAH.jpg

PROGRAM CREATIVE SCIENCE FOR SCHOOL (CSS)

Reaksi :  
Petrosains merupakan sebuah Organisasi di bawah tajaan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) yang tidak berasaskan keuntungan. 
Pihak Petrosains menawarkan Program "Creative Science Fof Schools" kepada pelajar-pelajar. Program ini merupakan program di mana sains dan matematik dijadikan asas yang menarik melalui aktiviti secara "hand-on" dan penemuan yang menyeronokan. Program ini direka khas untuk menyokong dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pihak sekolah digalakkan membuat perancangan dan menyertai program ini sebagai salah satu aktiviti luar kelas dan menambah nilai pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sebarang pertanyaan tentang program ini boleh diajukan kepada Puan Izhana Fitri Mohd Rawi di talian 03-23311097 atau En Nor Azhar Ishak di talian 03-23311851.

Maklumat lanjut sila layari www.petrosains.com.my


Lampiran : risalah_aktiviti.pdf
Lampiran : risalah_penerangan.pdf
Lampiran : risalah_tempahan.pdf

HEADCOUNT STPM 2012

Reaksi :  
Pekara di atas dirujuk.

Mohon jasa baik tuan untuk mengisi data headcount STPM bagi tahun 2012. Sila muat turun lampiran MS excel dan data yang telah dilengkapkan sila email kepada PPPD Teknik dan Vokasional En. Azamani Bin Ghazali di azam9w2agh@yahoo.com 

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian terima kasih.


Lampiran : HC_2012.xls

Selamat Datang : Mersing menerima dua orang warga Amerika untuk Program ETA

Reaksi :  
Sumber : Portal PPD Mersing.

PPD Mersing telah menerima 2 orang pelajar Tajaan Fullbright dari Amerika di bawah Program English Teaching Assistant (ETA). ETA adalah satu program kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika. Program ini bertujuan meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. 


ETA yang ditempatkan di Mersing adalah:
Tina Lee dari Seattle Washington,
bertugas di SMK Anjung Batu
di bawah mentor Pn. Norhafidzah Kamsan

Kristen Tamburro dari Bridgewater, New Jersey.
Bertugas di SK Sawah Dato' dengan pengawasan
Pn.Zaharah bt. Hashim.
Kedua-dua ETA ini akan berada di sekolah tersebut sehingga cuti persekolahan akhir tahun 2012.
Diharapkan dengan kehadiran mereka di Mersing dapat membantu PPD merealisasikan "Mersing Hebat".

Wassalam.