* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 18 Februari 2012

Media : UEM Land beri percuma portal guru.net.my

Reaksi :  
Galak calon UPSR mengulang kaji secara maya

UEM Land menerusi Program Sekolah Angkat Pintar mempertingkatkan khidmat sosialnya apabila menyediakan pembelajaran secara maya percuma menerusi portal guru.net.my kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Majlis penyampaian ID nombor guru.net.my itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Perancangan & Infrastruktur Bandar Nusajaya, Rusli Zainal Abidin kepada 250 murid tahun enam yang menyertai Seminar UPSR 2012 (Fasa 1) Sekolah Pintar UEM Land, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, sabtu lalu. Baca lagi di sini..

Media : Guru lepasan ijazah nikmati manfaat semakan semula SBPA

Reaksi :  
Kerajaan semalam memberi jaminan 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Kementerian Pelajaran sudah mengambil tindakan berhubung kenaikan pangkat itu walaupun SBPA masih di peringkat semakan semula Pasukan Petugas Khas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Beliau menjelaskan Kementerian Pelajaran tidak dapat menaikkan gred guru terbabit tahun lalu disebabkan dasar membekukan lantikan baru bermula 20 Mei sehingga 31 Disember, selain tidak mempunyai jumlah perjawatan mencukupi.

“Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.

“Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu... sebab itulah timbul isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mendedahkan kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu. 
Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing. - Berita Harian

Media : Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin

Reaksi :  
Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA
Jumaat, 17 Februari 2012

Makluman : Pertukaran PPPD Perolehan dan Aset, PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Mohd. Fauzi bin Hamzah, PPPD Perolehan dan Aset bertukar ke SMK Tan Sri Abdul Kadir berkuat kuasa pada 1 Februari 2012.

Jasa bakti tuan, kami amat hargai.
Wassalam.
Khamis, 16 Februari 2012

Mesyuarat JKD Mengikut Mata Pelajaran Bil. 1/2012

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Pengerusi JKD Mengikut Mata Pelajaran

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa setiap JKD Mata Pelajaran adalah dibenarkan mengadakan mesyuarat kali 1 tahun 2012 dalam tempoh 8 Februari 2012 hingga 9 Mac 2012.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Pengerusi JKD Mata Pelajaran agar dapat mengadakan mesyuarat tersebut sebagaimana jadual yang telah ditetapkan. Sila hubungi Pegawai Meja Mata Pelajaran masing-masing untuk maklumat lanjut.

Berikut dilampirkan JKD 2012 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Sekian, Wassalam.

Lampiran : JKD_2012.pdf
Lampiran : JKD_SM_2012.pdf
Lampiran : JKD_SR_2012.pdf

Media : Denda sekolah kotor

Reaksi :  

Rabu, 15 Februari 2012

Takwim Peperiksaan Awam 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan takwim berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.

Wassalam.

Lampiran : Takwim Peperiksaan Awam 2012
Ahad, 12 Februari 2012

Program Bicara Sinar UPSR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

PROGRAM    :PROGRAM BICARA SINAR UPSR 2012
Tempat:Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Tarikh:14-Feb-2012 hingga 14-Feb-2012
Masa:14:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:250 peserta - Guru Besar, GPK1 Dan 4 orang Guru Tahun Enam
Urusetia:Cik Saharazad Binti Mustaffar - Unit: Kurikulum







Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Guru Besar, agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut tepat pada masa yang telah ditetapkan..

Wassalam.