Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 22 Februari 2012

Contoh RPH KSSR Tahun 1 dan 2

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.


Bagi menjawab segala kekeliruan yang timbul tentang perkara tersebut, sukacitanya sekali lagi dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Johor Bil.3/2011 pada 27 Disember 2011 telah memutuskan bahawa semua guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 KSSR pada tahun 2012 dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam bentuk folio bukan lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar (BRM) sediada yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar (MGB).


Hal ini adalah bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa dan mempunyai nilai iovasi bagi memudahkan kerja guru sekaligus mengurangkan beban tugas guru..


Bagi guru yang mengajar kelas-kelas tahun 1 dan tahun 2, juga turut mengajar tahun-tahun lain adalah digalakkan menulis RPH dalam bentuk folio.. (bukan sebahagianya dalam bentuk folio dan sebahagian yang lain dalam BRM sediada). 

RPH berkenaan hendaklah menepati 12 item yang ada dalam penulisan RPH Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagaimana yang telah didedahkan dalam Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 pada Tahun 2011.



Kandungan folio berkenaan hendaklah mengikut apa yang terkandung Buku Rancangan Mengajar sediada.


Berikut dilampirkan format dan contoh RPH untuk makluman dan tindakan rakan-rakan guru di sekolah.


Wassalam.


Lampiran : Taklimat_Nazir.rar
Lampiran : Format_RPH.doc
Lampiran : Contoh_RPH_BMalaysia.pdf

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA 2012

Reaksi :  
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengopersian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.

Mohon kerjasama untuk memaklumkan kepada semua warga pendidik di bawah pentadbiran tuan/puan yang belum mengisi dan membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrument SGM untuk mengisi maklumat tersebut sebelum 31 Mac 2012.

Maklumat dan instrument SGM dalam talian boleh dicapai menerusi URL di bawah.

Terima kasih.

Lampiran : http://apps.moe.gov.my/sgm
Lampiran : SGM.ppt

Perubahan Terkini JKD Mata Pelajaran 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dilampirkan senarai Jawatankuasa Kurikulum Daerah 2012 selepas mengambil kira keputusan Sesi Profesional Akademik Bil.3/2012 pada 22 Februari 2012..

Terima kasih  kepada rakan-rakan Pegawai, Pengetua, Guru Besar serta guru-guru yang turut memberi pandangan dalam ketetapan tersebut.

Ini adalah  keputusan terkini yang kami kira perlu dipatuhi oleh semua pihak. Insya Allah.

Lampiran : JKD_2012.pdf
Lampiran : JKD_SM.pdf
Lampiran : JKD_SR.pdf
Tindakan Pengetua dan Guru Besar.


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Kemudahan Cuti diberikan kepada anggota perkhidmatan awam bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pegawai awam. 
Daripada pemerhatian Jabatan Pelajaran Johor mendapati terdapat permohonan cuti rehat/ cuti rehat khas untuk ke Luar Negara oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) terutama dalam tempoh kritikal Pembelajaran dan Pengajaran.
Sehubungan itu, tuan dikehendaki membuat tapisan awal dengan teliti dalam menyokong kelulusan cuti rehat/ cuti rehat khas pegawai di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan waktu instruksional diutamakan dan tidak menjejaskan sesi (Pdp) tersebut. 
Sila maklumkan kepada guru-guru di sekolah tuan. Surat JPNJ.PKHD(26)/100-7/5/2 (46) bertarikh 25 Januari 2012 telah diedarkan ke sekolah masing-masing


Wassalam.
Ahad, 19 Februari 2012

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan anugerah berkenaan telah disampaikan dalam Program Bicara Sinar 2012 pada 14 Februari 2012 yang lepas.


Berikut adalah penerima anugerah berkenaan bagi tahun 2011.


1. EN. MOHAMED AZHAR BIN SHAHRUDDIN
GPK1 SK Sawah Dato'
2. EN. MOHD. FADZILAH BIN MOHD. ALI
GPK1 SK Sri Mersing.
3. EN. KOO CHEE KIONG
GPK1 SJKC Pai Chee

Kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan dalam menjayakan Program Menggilap Permata SK, Program HALUS Permata SK dan Program Menggilap dan HALUS Permata SJK tahun 2011.
Moga kita terus cemerlangan. Wassalam.

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulilah, program BICARA SINAR UPSR 2012 telah berjaya diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Februari 2012
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar, GPK 1 dan 4 orang Guru Tahun Enam

Syukur Al-Hamdulillah, berkat usaha dan budaya kerja sepasukan yang diamalkan oleh rakan-rakan pegawai dan staf di PPD Mersing, pihak sekolah serta guru-guru daerah Mersing yang hebat, program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut disertakan senarai penerima Augerah Kecemerlangan UPSR 2011 yang telah disampaikan dalam program tersebut.

Kami merakamkan penghargaan dan syabas kepada penerima anugerah. Moga ianya boleh memberi satu suntikan semangat kepada penerima anugerah khususnya dan kepada seluruh warga Pendidikan Mersing amnya.

Apa yang perlu ada dalam jiwa kita ialah usaha secara berterusan untuk memastikan setiap murid kita mendapat pendidikan yang optimum dan matlamat utama kita ialah untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Moga sasaran kita 100 % Menguasai dalam UPSR 2016 akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

BERBANGGALAH DENGAN KEBAIKAN YANG KITA BUAT, BUKA BERBANGGA ATAU BERLAGAK DENGAN KEMUNGKARAN SERTA KEBURUKAN YANG KITA BUAT TANPA NILAI MUHASABAH YANG AKHIRNYA AKAN MENCORAKKAN KEPADA KEBINASAAN DAN KERUNTUHAN.


CIPTALAH SEJARAH DAN PAHATLAH  TAMADUN BARU BAGI DAERAH MERSING.

Wassalam.

Lampiran : Bicara_Sinar_UPSR_2012.rar
Lampiran : Senarai_Penerima_Anugerah.rar

Perubahan JKD Mata Pelajaran 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini tentang perkara berkaitan adalah dirujuk.

Berikut disertakan perubahan JKD mengikut mata pelajaran Pra Universiti terkini selepas mengambil kira cadangan daripada Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan Enam Daerah Mersing...

Perubahan tersebut telah mengubah pengimbangan tanggungjawab JKD yang telah ditetapkan sebelum ini.. Justeru, kami membuka peluang untuk MPSM mencadangkan ketetapan JKD MP tahun 2012 selepas dipersetujui oleh semua Pengetua Sekolah Menengah.

Begitu juga keputusan Majlis Guru Besar turut diperlukan bagi penyelarasan terakhir JKD 2012.

SILA MAKLUMKAN SEBARANG CADANGAN PERUBAHAN KEPADA PPPD KURIKULUM DENGAN SEBERAPA SEGERA.

Wassalam.

Lampiran : JKD_SM_2012.pdf
Lampiran : JKD_2012.pdf
Lampiran : JKD_SR_2012.pdf